Ahad, Julai 26, 2009

Update dari London


Saya sekarang berada di London mengikuti latihan yang dihantar oleh pihak pengurusan. Kalau nak ikutkan, belum mampu lagi nak guna belanja sendiri. Orang sponsor bolehlah. Saya mula jejakkan kaki kat sini 9 Julai lepas dan kursus sehingga hujung Ogos nanti. Jarak dari apartmen ke ofis dalam 15 minit je jalan kaki. Ofis saya kat area Canary Wharf.
..
Jika ada masa nanti saya akan update gambar-gambar kat sini. Sekarang ni musim panas jadi suhu dia macam kat Malaysia, cuma kadang-kadang je sejuk skit. Sekali-sekala melawat tempat orang nih memang banyak benda yang best dan peluang yang ada saya gunakan untuk melawat banyak tempat2 yang menarik kat sini tapi masa hujung minggulah.
..
Yang menariknya, salah satu menu utama saya kat sini ialah cendawan butang. Saiz dia memang besar dan harga dia berpatutan. Boleh dikatakan tiap hari dalam menu lauk sayur kat bila masak kat rumah. Daripada paket tu diimport dari Belanda.
..
Apa pun saya akan update blog Cendawan Global seperti biasa dari masa ke semasa nanti.
..
Salam dari London, UK.

..
Nizam

Khamis, Julai 02, 2009

Kursus Cendawan di Cendawan Puchong







Jangan lepaskan peluang menjadi salah seorang bakal usahawan cendawan dengan menghadiri kursus cendawan anjuran Cendawan Puchong. Teknik dan tip serta rahsia penjagaan cendawan yang diajarkan secara live, tiada camera trick dan super impose, hehe.

..

Hubungi pihak urusetia untuk maklumat lanjut dan juga urusan pendaftaran.

a> Related Posts with Thumbnails