29 Disember 2012
TUMPAT – Banjir yang melanda daerah ini sejak empat hari lalu, memusnahkan tanaman cendawan kelabu apabila bangsal tanaman tersebut milik seorang pengusaha di Kampung Kajang Sebidang di sini, ditenggelami air.
Kamariah Yaakob, 48, menanggung kerugian RM15,000 apabila sebahagian bongkah tempat semaian cendawan hampir mengeluarkan hasil, turut musnah apabila bangsalnya ditenggelami air hampir satu meter.
Katanya, sebanyak 4,000 bongkah semaian mengandungi cendawan yang mula bercambah, dihanyutkan air apabila dia tidak sempat memindahkan bongkah tersebut ke tingkat rak atas.
“Air naik begitu cepat pada Selasa lalu, saya tidak sempat memindahkan bongkah semaian yang berada di rak tingkat bawah.
“Semua cendawan dalam bongkah semaian itu, mati kerana terlalu lama berendam dalam air serta ada sebahagiannya dihanyutkan air.
“Bagaimanapun, bongkah semaian yang berada di rak tingkat atas tidak terjejas dan sempat dipetik,” katanya.
Kamariah mengusahakan tanaman cendawan kelabu sejak lapan tahun lalu, sering berdepan dengan risiko ditenggelami banjir memandangkan bangsal tanaman tersebut berada di kawasan rendah.
Dia mengusahakan tanaman tersebut bersama suami, Mat Daud Salleh, 47, yang banyak membantu menguruskan tanaman cendawan tersebut di empat bangsal miliknya yang menempatkan 32,000 bongkah semaian.
Dalam setahun, Kamariah mampu menyemai cendawannya sebanyak tiga musim dan setiap musim dia perlu mengeluarkan modal sebanyak RM32,000.
Menurutnya, sejak dia melibatkan diri dalam perusahaan ini, sudah empat kali tanaman cendawan kelabunya ditenggelami banjir.
“Tahun ini, antara kerugian yang paling besar terpaksa ditanggung oleh saya, mujurlah sebahagiannya saja yang rosak.
“Semaian di musim ke-3 yang sering berisiko mengalami kerugian kerana hujung tahun adalah musim banjir di negeri ini,” katanya yang mempunyai empat anak.
Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar turut meredah air banjir untuk ke bangsal cendawan tiram kelabu tersebut selepas dimaklumkan Kamariah bangsal cendawannya ditenggelami banjir.