Isnin, September 23, 2013
Cendawan rawat Aids
RUSIA - Satu lagi penemuan baru bagi merawat penyakit Aids ditemui saintis Rusia menggunakan cendawan Chaga yang tumbuh di Serbia.
Menurut saintis dari Institut Vector di Novosibirsk, spesies cendawan tumbuh di pokok birch itu menunjukkan reaksi positif untuk digunakan dalam perubatan antiretroviral berbanding dua jenis cendawan lain yang turut digunakan dalam kajian sama.
"Terikan yang terdapat pada cendawan ini menunjukkan tahap toksik yang rendah dan kesan anti virus yang kuat, selain berkesan menghalang influenza, penyakit cacar dan HIV," katanya dalam satu kenyataan, dipetik dari Daily Mail.
Chaga atau nama saintifiknya Inonotus obliquus dianggap mengandungi asid betulinic yang mempunyai ciri antiretroviral dan anti radang serta telah digunakan oleh pengamal perubatan tradisional di Serbia sejak berabad.
Berbeza dengan spesies cendawan lain yang biasanya lembut, Chaga adalah keras seperti kayu dan ditemui di habitat sejuk seperti Rusia, Eropah Timur, Amerika Syarikat dan Kanada.
Sesetengah daripada mereka juga percaya, cendawan itu boleh merawat penyakit kanser.
Namun, masih tiada ujian klinikal yang mampu membuktikannya, menurut pakar Pusat Kanser Memorial Sloan-Kettering di New York.
sumber: Sinar Harian
Selasa, September 17, 2013
TPME hasil 350kg cendawan sehari
NURUNNAIM (kanan) dan Nazrol Hisham menyusun beg media di atas rak dalam bilik pengasingan dengan penuh teliti.
Daripada sebuah bangsal lembu, seorang bekas penjaja pasar malam ‘mempertaruhkan’ nasib menjadikannya sebagai tempat penanaman cendawan.
Ternyata ‘eksperimennya’ selama enam tahun tidak sia-sia apabila bidang pertanian itu akhirnya mengubah kehidupannya sekeluarga.
Berbekalkan prinsip hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, Norazimi Azuwal Nordin, 29, dari Kampung Tasik Pauh, Selising, Pasir Puteh, Kelantan mampu menjadi usahawan tani berjaya walaupun sekadar memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pemilik Tasek Pauh Mushroom Enterprise (TPME) itu kini menarik nafas lega apabila syarikatnya mampu mengeluarkan 350 kilogram (kg) hasil cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifiknya, Pleurotus sajor-caju setiap hari di atas tanah seluas 0.6 hektar milik ayahnya, Nordin Abdullah, 60.

Lebih membanggakan Norazimi, kejayaan itu bukan milik peribadinya, malah turut dikongsi bersama adik-beradik, Nurunnaim, 26, Nurayu, 23, Nurazmimi, 21, Nazrol Hisham, 19 dan Nur Fatin Natasya, 18.
BEBERAPA pekerja TPME mengisi bahan utama dalam plastik beg media bagi menampung permintaan pelanggan.
Malah, ibu bapanya, Nordin dan Azinun Ahmad, 56, banyak membantunya mengusahakan bidang pertanian itu sejak 2007.
Selain kilang di Tasik Pauh, Norazimi turut membuka dua lagi cawangan terbaru TPME di Hutan Kuin, Machang dan Kampung Bechah Kura, Peringat, masing-masing diuruskan Nurunnaim dan Nazrol Hisham.
Norazimi berkata, ketika berniaga di pasar malam selama lima tahun, dia sering melihat ramai pengunjung mencari tanaman berkhasiat itu, namun ada yang kecewa kerana cendawan jenis itu sering kehabisan stok.
Katanya, hatinya terus terdetik untuk mengusahakan penanaman cendawan sebelum mengikuti kursus mengenai bidang pertanian itu dengan Jabatan Pertanian di Lundang pada 2007.

NUR Fatin Natasya menunjukkan benih cendawan Tiram Kelabu.
“Pada peringkat permulaan, bermodalkan RM1,000 saya guna bangsal lembu sebagai tempat penanaman cendawan sebelum cuba menjualnya di pasar tani seluruh Kelantan dan alhamdulillah, saya berjaya mengumpul RM30,000 dalam lapan bulan.
“Dengan modal sebanyak itu, saya bersama Nurunnaim dan ibu bapa membina dua bangsal pada 2008 sebelum menambahnya menjadi 10 bangsal sebaik mendapati jualan cendawan semakin memberangsangkan,” katanya.
Pemenang Anugerah Wiratani Jaya Peringkat Kelantan pada 2010 itu berkata, proses penanaman cendawan itu perlu melalui beberapa teknik betul jika ingin mendapatkan hasil memuaskan.
Katanya, pertama penyediaan beg cendawan sebelum diisi tiga bahan utama iaitu habuk kayu getah, dedak padi dan kapur kalsium karbonat yang digaul bersama pada kadar 100:10:1 mengikut berat sebelum dilembapkan dengan air sehingga mencapai kelembapan 60 hingga 65 peratus.
“Penutup kemudian dipasang pada beg sebelum dibawa masuk ke bilik kukusan untuk dimatikan kuman pada suhu 90 darjah celsius bagi mengelakkan pertumbuhan kulat hantu seperti kulat oren, hijau atau hitam yang dikhuatiri boleh merosakkan campuran bahan media itu.
“Sebaik dikukus, semua beg perlu disejukkan selama 12 jam sebelum disuntik benih cendawan untuk diperam dua bulan dalam bangsal lain pada kelembapan 80 hingga 90 peratus dengan suhu, 28 hingga 30 darjah celsius,” katanya yang memenangi Anugerah Belia Negara peringkat negeri tiga tahun lalu.
Menurutnya, sebaik melepasi tahap matang, penutup dibuka bagi membolehkan cendawan keluar dalam tempoh 10 hari dan kebiasaannya, satu beg mampu mengeluarkan hasil antara enam hingga lapan kali bagi tempoh lima bulan.
Selain cendawan Tiram Kelabu, katanya, jenis cendawan berpotensi lain di Malaysia ialah Abalon, Telinga Kera, Tiram Putih, Jerami, Berangan, Peha Ayam, Tiram Kuning, Tiram Merah Jambu, Ling Zhi, Perut Lembu dan Jarum Emas.
“Cendawan Tiram Kelabu memiliki banyak khasiat, antaranya mengawal atur darah termasuk antithrombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus serta bakteria, merencat pertumbuhan tumor dan antiksidan.
“Sebab itu, cendawan jenis itu menjadi ‘buruan’ ramai kerana kelebihan khasiatnya, selain rasa agak enak dan sedap,” katanya yang pernah memenangi tempat kedua Pertandingan Hasil Cendawan dalam Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA 2010).
Nurunnaim selaku Pengurus Pemasaran TPME pula berkata, pihaknya kini menjual 350kg cendawan setiap hari kepada pemborong selepas kilang di Tasik Pauh mampu menghasilkan 250,000 beg media pada satu masa diikuti Machang (60,000) dan Peringat (40,000).
Katanya, mengenai benih cendawan, mereka membelinya di Kuala Lumpur dan Selangor sebanyak 350kg untuk penanaman bagi tempoh sebulan.
“Beg media keluaran TPME turut mendapat permintaan di kalangan 30 pengusaha cendawan lain di Kelantan, selain kilang di Tasik Pauh sering dikunjungi oleh mereka yang baru hendak berjinak-berjinak dengan bidang berkenaan.
“Walaupun memiliki Ijazah Kejuruteraan Elektrik Kuasa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), saya tidak menyesal membabitkan diri dalam penanaman cendawan, sebaliknya berpuas hati dapat membantu abang serta keluarga mengusahakan bidang yang kurang diceburi ramai itu,” katanya.

sumber: Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/17
Nota Cendawan Global: Saya pun bercadang untuk pergi berjumpa dan melawat pengusaha cendawan yang berjaya ini. Semoga mendapat tips yang berguna bagaimana untuk berjaya di dalam bisnes cendawan.
Jumaat, September 13, 2013
Kursus cendawan di Cendawan Puchong
Berita Baik buat anda, bakal usahawan dan pengusaha cendawan kerana rakan bisnes Cendawan Global iaitu Cendawan Puchong sekali lagi menawarkan sesi kursus buat anda seperti tarikh yang tertera di atas.
Inilah peluang terbaik buat anda belajar teknik asas penanaman cendawan daripada pengusaha aktif dan berpengalaman luas dalam penanaman dan bisnes cendawan iaitu En. Zul.
Berminat?
Boleh hubungi pihak urusetia untuk maklumat lanjut dan juga tempahan tempat. Bertindaklah sekarang!
Isnin, September 09, 2013
Pembinaan rumah cendawan kedua bermula
Minggu ini bermulanya kerja-kerja pembinaan rumah cendawan kedua. Tapak rumah terletak di belakang rumah famili. Saiz yang dirancang ialah 20' x 30' dan apabila siap kelak boleh memuatkan sehingga 10,000 bongkah cendawan.
Target untuk siapkan dalam bulan September juga sementara rumah yang pertama masih lagi mengeluarkan hasil.
Saya juga terfikir, jika sesiapa yang berminat untuk melanggan ruang iklan atau menaja rumah cendawan ini, amatlah dialu-alukan. Saya bercadang untuk mempromosikan penaja di rumah cendawan ini pada kadar yang tertentu. Jadi, pelawat rumah cendawan ini kelak akan dapat melihat iklan serta penaja. Jadi, 'win-win situation' kan?
Saya akan namakan rumah cendawan ini Portobello Cottage.
Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut..
Khamis, September 05, 2013
Cendawan Aneh Berbentuk Tangan Zombie Keluar Dari Tanah
Wow ! Pernahkah anda berasa teruja akan keunikan alam semulajadi dimuka bumi ini ?
Lebih-lebih lagi, jika ia berbentuk tangan Zombie. SubhanAllah.. Kekayaan flora dan fauna dunia sangatlah luas dan bermacam rupa bentuk dari yang biasa sampailah yang pelik bahkan yang belum pernah kita lihat sebelumnya, seperti gambar ini.
Tangan zombie telah ditemui dari spesies cendawan baru yang mempunyai nama latin Clathrus Columnatus atau juga disebut Octopus Stinkhorn dan boleh juga disebut sebagai “Deadman’s Finger” berbentuk Tangan Mayat atau Tangan Zombie.
Bentuk strukturnya yang menyerupai tangan, tumbuhan aneh ini tergolong sebahagian dari cendawan, bentuk dari cendawan ini sangat mirip tangan mayat, yang seakan akan keluar dari tanah kubur.
Inilah alasannya kenapa cendawan ini dinamakan sebagai cendawan Tangan Zombie, ada alasan lain mengapa dinamakan seperti itu, kerana asalnya dari tanaman (cendawan) ini adalah benih yang tersimpan selama bertahun tahun di dalam baja kompos.
Cendawan aneh ini juga menjadi tarikan pelancong kerana bau-nya yang sangat busuk seperti bau ikan mati atau tikus mati.
Selasa, September 03, 2013
Sesi temu dan beramah mesra
Minggu lepas, pihak Cendawan Global telah menerima kunjungan daripada adik-adik pelajar dari IKM Besut. Tujuan utama ialah untuk menemuramah pemilik bisnes Portobello Resources iaitu En. Ahmad Hanizam Abdullah yang kebetulan adalah saya sendiri.
Ada empat orang sebenarnya sebab yang tiada dalam gambar iaitu adik Khairudin ialah orang sedang menangkap gambar ini. Banyak perkongsian yang dibuat dan sebenarnya lebih kepada sesi soal jawab berkaitan pengalaman dan mereka juga ingin mengetahui sebab utama saya memilih bidang ini dan juga pencapaian serta kejayaan yang telah dicapai sehingga kini.
Apa yang saya kongsikan ialah bidang ini mempunyai potensi yang luas untuk berkembang dan sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh maka kejayaan akan menjadi milik kita dengan izinNya. Insha Allah..
Prinsip saya, "manfaat kulat dikongsi bersama."
Terima kasih sekali saya ucapkan kepada adik-adik berempat dan saya ucapkan selamat maju jaya di dalam pelajaran anda. :)
Langgan:
Catatan (Atom)