Selasa, Disember 23, 2014
Rezeki cendawan tiram
ALOR GAJAH 22 Dis. - Cendawan kini merupakan salah satu makanan yang semakin popular dan digemari dalam hidangan masyarakat negara ini kerana mempunyai rasa serta keenakan tersendiri berbeza dengan sayuran lain.
Cendawan tiram kelabu atau nama sainstifiknya Pleurotus sajor-caju merupakan salah satu kulat boleh dimakan yang ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan.
Tumbuhan ini banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika dan merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu.
Cendawan tiram yang tumbuh meliar ini sememangnya mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusahanya namun tidak ramai yang menceburi perusahaan penghasilan tumbuhan berkenaan.
Advertisement
Beberapa faktor penting perlu diberi penekanan bagi menjadikan perusahaan cendawan tiram ini mampu mengeluarkan hasil yang banyak seperti jenis media, suhu, kelembapan, cahaya, pengudaraan, dan lain-lain.
Berbekalkan modal RM20,000 menerusi pinjaman dari Agro Bank melalui Skim MyAgrosis pada 2008, ia dimanfaatkan oleh Mohd. Syukor Ahmad, 35, untuk membina rumah cendawan di Ayer Molek.
Bermula secara kecil-kecilan dengan modal yang diperolehnya, cendawan yang dihasilkan mendapat permintaan tinggi daripada pengguna di sekitar negeri ini.
Bertitik-tolak daripada itu, bagi mengembangkan lagi perusahaan cendawannya, Mohd. Syukor membuka dua rumah cendawan di Melaka Pindah, Alor Gajah yang berkeluasan 0.4 hektar pada 2010.
Berikutan komitmen yang diperlukan untuk berada di tapak perusahaan itu, akhirnya beliau meletakkan jawatan sebagai pegawai tadbir pada 2012 untuk memberi tumpuan sepenuh masa bagi memastikan projek tanaman cendawannya itu berjaya.
Dua rumah cendawan itu boleh menampung 80,000 bongkah bagi proses pemeraman selain terdapat sebuah bilik inokulsi untuk menyejuk serta penyuntikan benih.
Bagi proses tanaman cendawan itu, Mohd. Syukor mencampurkan habuk kayu dengan kapur dan dedak dalam plastik tahan haba sebelum dikukus dalam tong selama antara tujuh hingga lapan jam.
Bahan campuran tersebut disejukkan selama sehari selepas dipanaskan dan seterusnya benih cendawan akan dimasukan dalam campuran berkenan untuk disimpan dalam bongkah khas.
Bongkah itu kemudian disusun pada rak khas dalam rumah cen- dawan selama dua bulan sebelum mengeluarkan hasil untuk dipetik.
Berkat kesungguhannya, perusahaan itu mampu memberi pulangan pendapatan sehingga RM 10,000 sebulan menerusi jualan cendawan di sekitar negeri ini.
Menerusi tanaman di ladang baru itu juga, pengeluaran cen- dawan yang dihasilkan mampu mencapai sehingga 1,200 kilogram sebulan.
Secara purata, setiap bongkah boleh mengeluarkan 250 sehingga 300 gram setiap tuaian daripada kira-kira 1,000 bongkah sehari.
Harga cendawan yang dijual pada harga berpatutan iaitu RM8 sekilogram bagi harga borong manakala RM10 hingga RM12 bagi harga runcit.
Mohd. Syukor yang juga memiliki Ijazah Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini turut menyertai Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC) anjuran Kementerian Kemenajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 2013.
Dengan usaha dan kebolehan yang dimiliki, beliau berjaya menghasilkan kertas kerja mengenai hala tuju perniagaan dalam tempoh tiga tahun dan akhirnya me nerima penilaian daripada pegawai kementerian itu untuk melihat perusahaan cendawannya.
Menerusi kemampuannya itu Mohd. Syukor dipilih sebagai penerima Anugerah Jaya RBC dengan menerima geran pembangunan berjumlah RM750,000.
Menurutnya, dia amat bersyukur dengan rezeki yang diterimanya selepas mengalami jatuh bangun ketika memulakan perusahaan cendawan itu.
“Saya pernah mengalami kerugian kira-kira RM10,000 semasa mula menjalankan perusahaan ini, namun dengan berkat sokongan ahli keluarga saya mampu bangkit semula dan bertahan sehingga kini.
Advertisement
“Saya mula belajar dan berkongsi ilmu dengan mereka yang lebih arif berkenaan cendawan dan Alhamdulillah perusahaan ini ak- hirnya berjaya pada hari ini,” katanya.
Katanya, buat masa ini pasaran cendawannya hanya di sekitar Melaka seperti di kawasan medan selera, kawasan rehat selain berhasrat memperluaskan pasaran ke negeri-negeri lain.
“Saya menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 3,000 kilogram cendawan sebulan bagi mengembangkan perusahaan ini.
“Saya yakin boleh mencapai sasaran itu berikutan setiap bongkah dihasilkan memgambil masa 45 hingga 60 hari untuk mengeluarkan cendawan dan setiap bongkah ini mampu bertahan selama tiga bulan,” katanya.
Mohd. Syukor berkata, Syarikatnya, Sinar Syukrawie Enterprise turut menyediakan khidmat nasihat, pembekalan peralatan serta memantau untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berminat menyertai perusahaan berkenaan.
“Kita juga berhasrat untuk mengembangkan perusahaan ini dengan menambah rumah cen- dawan serta membuka pusat latihan tanaman cendawan d tanah seluas 1.6 hektar di Gadek.
“Jika projek ini berjalan lancar, kita juga merancang untuk menjadikannya sebagai projek perlancongan berkonsep agro-tourism,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/rezeki-cendawan-tiram-1.39772#sthash.JS5D3vG9.dpuf
Khamis, Disember 04, 2014
Segalanya tentang cendawan
Bruschetta cendawan.
HARI ini saya ingin bercerita tentang cendawan. Melalui pengamatan saya cendawan yang merupakan salah satu hasil asas tani kini sungguh besar potensinya dalam industri makanan dan kesihatan.
Kebiasaannya masyarakat kita menikmati cendawan dengan dibuat sup atau digoreng sebagai sayur atau kudap-kudapan. Selain itu cendawan juga turut digunakan dalam kebanyakan masakan Barat seperti ditaburkan di atas piza atau dijadikan sos cendawan.
Bayangkan jika anda menikmati sup yang kaya dengan rasa cendawan ditambah pula jika ia dicicah dengan roti Perancis bakar. Memang menyelerakan!
Cendawan juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Daripada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: "Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat mengubati mata."
Banyak kajian juga telah dilakukan ke atas khasiat cendawan. Menurut Eva Guillamón et al 2010 yang dipetik daripada Journal Fitoterapia, cendawan dapat merawat kanser, merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah serta meningkatkan sistem ketahanan badan.
Untuk pengetahuan pembaca, terdapat beratus-ratus jenis cendawan di seluruh dunia. Tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang selamat untuk dimakan. Antara jenis cendawan yang biasa dinikmati adalah cendawan tiram, butang, shitake, dan cendawan straw.
Beberapa tip yang perlu anda ketahui tentang cendawan. Pilihlah cendawan segar yang masih keras dan tidak berlendir. Selain itu cendawan yang segar tidak berwarna kusam dan ia masih berwarna cerah.
Cendawan seperti kentang dan epal, mudah mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Oleh itu, apabila cendawan telah dihiris, jangan didedahkan terlalu lama pada udara kerana akan menjadi lembik, menukar warna kepada keperangan dan hilang perisa aslinya.
Selain boleh didapati secara segar, anda juga boleh membeli cendawan yang kering atau yang telah siap ditinkan. Cuba-cubalah resipi minggu ini untuk anda menikmati kelazatan cendawan yang sebenar dalam masakan.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm#ixzz3KurPKpf2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Isnin, November 17, 2014
RM1.2 juta perluas projek cendawan
PULAU PINANG 1 Okt. - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memperuntuk sebanyak RM1.2 juta untuk memperluas projek cendawan di tujuh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Arpan Shah Satu berkata, sebanyak 40,000 bongkah cendawan jenis Tiram Kelabu akan diagihkan kepada setiap PPK dan hasilnya dijangka dapat dituai awal tahun depan.
Menurut beliau, setakat ini, purata pengeluaran cendawan di bawah seliaan Pertubuhan Peladang negeri hanya mencapai 500 kilogram sebulan.
"Kita menyasarkan pengeluarannya dapat ditingkatkan kepada 2.4 tan sebulan mulai tahun depan dengan adanya projek ini," katanya kepada pemberita selepas menyertai program Kelab MyAgrosis Universiti Sains Malaysia (USM) di sini baru-baru ini.
Dalam majlis itu, Arpan Shah turut menyampaikan cek bernilai RM24,000 kepada MyAgrosis USM untuk menampung kos pembinaan sebuah lagi rumah cendawan kelab berkenaan, di samping pembelian motosikal roda tiga dan benih baharu.
MyAgrosis USM yang ditubuh sejak 2011 di bawah seliaan LPP muncul kelab terbaik setakat ini daripada lebih 20 MyAgrosis di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.
Menurut Arpan Shah, lima usahawan peladang akan mengurus projek itu secara bersama bagi setiap PPK, membabitkan PPK Seri Pulau, Penaga, Pokok Sena, Kampung Pelet, Tasek, Bukit Mertajam dan Sungai Acheh.
Katanya, sebanyak 40,000 bongkah cendawan itu secara kasar dapat menghasilkan pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan, namun pengusaha mampu menggandakan pendapatan sekiranya mereka bijak mengatur strategi, selain mempelbagaikan produk dikeluarkan.
Dalam perkembangan lain, tambah beliau, MyAgrosis dengan kerjasama LPP akan menganjurkan Pasar MyAgrosis yang turut membabitkan 40 usahawan peladang, setiap Jumaat di kampus USM mulai 24 Oktober ini.
"Pelbagai produk pertanian tempatan akan dijual, termasuk hasil akuakultur dan ini adalah program pertama berkonsep pasar tani dianjurkan di dalam kampus secara mingguan dari pukul 3 petang hingga 9 malam," katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/rm1-2-juta-perluas-projek-cendawan-1.11450#sthash.pKzSDxm2.dpuf
Sabtu, November 15, 2014
Kursus Agropreneur Muda Cendawan 2014
Assalam.
Saya merasa amat bertuah kerana terpilih untuk menghadiri kursus agropreneur muda cendawan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian bertempat di PBU, Pagoh.
Seramai 29 orang peserta berkampung selama 4 hari bermula dari 10-14 November. Ada yang paling berpengalaman yang telah mengusahakan projek cendawan lebih daripada 9 tahun hinggalah kepada yang baru 2-3 bulan memulakan projek.
Matlamat utama program ini ialah bagi melahirkan usahawan cendawan yang mampu menghasilkan pendapatan lebih RM5,000 sebulan.
Para peserta datang dari seluruh Malaysia dan kami merupakan kumpulan yang paling awal bagi Agropreneur muda cendawan. Para penceramah pula terdiri daripada pakar dari bidang masing-masing dan kami amat bertuah kerana didedahkan dengan maklumat terkini dan cara yang betul bagi menjalankan projek cendawan melalui teori dan praktikal.
Sesi wajib, bergambar di hadapan pusat latihan sebelum memulakan kelas.
Pada hari terakhir dan di majlis penutup.
Kami dibawa melawat ke ladang cendawan C & C Mushroom yang merupakan ladang cendawan terbesar di Malaysia. Pengeluaran cendawan tiram kelabu di sini ialah sebanyak 3.5 tan sehari!
Alat yang digunakan untuk mengukus bongkah.
Pejabat jualan C&C.
Sepanjang kursus, banyak maklumat baru dan berguna dapat dikutip untuk dibawa balik dan dipraktikkan di tempat masing-masing dan adalah diharapkan semoga usaha MOA untuk melahirkan usahawan muda yang berjaya di dalam bisnes cendawan akan tercapai.
Saya merasa amat bertuah kerana terpilih untuk menghadiri kursus agropreneur muda cendawan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian bertempat di PBU, Pagoh.
Seramai 29 orang peserta berkampung selama 4 hari bermula dari 10-14 November. Ada yang paling berpengalaman yang telah mengusahakan projek cendawan lebih daripada 9 tahun hinggalah kepada yang baru 2-3 bulan memulakan projek.
Matlamat utama program ini ialah bagi melahirkan usahawan cendawan yang mampu menghasilkan pendapatan lebih RM5,000 sebulan.
Para peserta datang dari seluruh Malaysia dan kami merupakan kumpulan yang paling awal bagi Agropreneur muda cendawan. Para penceramah pula terdiri daripada pakar dari bidang masing-masing dan kami amat bertuah kerana didedahkan dengan maklumat terkini dan cara yang betul bagi menjalankan projek cendawan melalui teori dan praktikal.
Sesi wajib, bergambar di hadapan pusat latihan sebelum memulakan kelas.
Pada hari terakhir dan di majlis penutup.
Kami dibawa melawat ke ladang cendawan C & C Mushroom yang merupakan ladang cendawan terbesar di Malaysia. Pengeluaran cendawan tiram kelabu di sini ialah sebanyak 3.5 tan sehari!
Alat yang digunakan untuk mengukus bongkah.
Sepanjang kursus, banyak maklumat baru dan berguna dapat dikutip untuk dibawa balik dan dipraktikkan di tempat masing-masing dan adalah diharapkan semoga usaha MOA untuk melahirkan usahawan muda yang berjaya di dalam bisnes cendawan akan tercapai.
Selasa, November 04, 2014
Ebook Teknik Tanam Cendawan Tiram Kelabu Kecil-Kecilan Tanpa Menggunakan Tanah!
Anda buntu hendak tanam apa secara kecil-kecilan?
Jom kita tanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan tanpa menggunakan tanah!
Anda tinggal di apartmen yang tiada tanah sebagai tapak untuk bercucuk tanam?
Ok, saya cadangkan kepada anda agar tanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan sebagai alternatif yang terbaik khas untuk orang yang suka berkebun dan suka bertani!
Pada zaman sekarang ini, semakin ramai penduduk tinggal di kawasan bandar untuk mencari pekerjaan. Apabila tinggal di kawasan bandar, penduduk pasti akan mengalami masalah untuk dapatkan tapak tanah untuk bercucuk tanam.
Jika ada pun tanah tidak lah luas sangat, hanya sekadar cukup untuk tanam beberapa pokok sayuran sahaja untuk melakukan penjimatan, memandangkan kos sara hidup semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Namun, bagaimana pula dengan penduduk yang tinggal di kawasan flat, apartmen atau kondominium? Bagaimana mereka untuk bercucuk tanam sedangkan tapak tanah tidak disediakan di kawasan apartmen mereka? Inilah penyelesaiannya...
TANAM CENDAWAN TIRAM KELABU!
Penanaman cendawan tiram kelabu tidak memerlukan tanah!
Senang untuk diuruskan asalkan ada kelembapan di sekeliling kawasan penanaman cendawan tiram kelabu itu. Anda boleh menanam cendawan tiram kelabu di belakang rumah, di dalam bilik air dan juga di bilik tidur!
Bagi yang tinggal di rumah flat, apartmen atau kondominium, anda boleh menanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan di balkoni rumah anda! Cadangan yang bagus bukan?
Penanaman cendawan tiram kelabu kecil-kecilan sangat penting memandangkan permintaan pada cendawan tiram kelabu sangat tinggi di pasaran.
Bagi sesiapa tinggal di Selangor, jika anda pergi ke pasar, super market atau kedai runcit harga cendawan tiram kelabu boleh mencecah hingga RM 2.50 untuk 100 gram sahaja!
Jadi, tunggu apa lagi, marilah kita tanam cendawan tiram kelabu walaupun dibuat secara kecil-kecilan sahaja!
Kenapa cendawan (termasuk cendawan tiram kelabu) mendapat permintaan yang tinggi di pasaran?
Cendawan tiram kelabu boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis resipi seperti sup cendawan tiram kelabu, cendawan tiram kelabu goreng berempah, nasi goreng cendawan dan sebagainya!
Cendawan tiram kelabu mempunyai banyak khasiat dan boleh bertindak sebagai agen antioksida untuk merencatkan pertumbuhan tumor dan kanser.
Pertanian dan pengeluaran cendawan masih lagi kurang di Malaysia termasuk pengeluaran cendawan tiram kelabu.
Oleh itu, fakta ini boleh membuat anda berpeluang lebih cerah untuk tanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecillan dan jual kepada mana-mana tauke kedai runcit! Mudah bukan?
KENAPA KITA PERLU TANAM CENDAWAN TIRAM KELABU?
Kerana Khasiat yang terdapat dalam Cendawan Tiram Kelabu...
Cendawan tiram kelabu mempunyai beberapa khasiat yang elok untuk kesihatan, contohnya:
- Cendawan tiram kelabu mengandungi 9 jenis asid amino yang penting untuk kesihatan badan kita.
- Cendawan tiram kelabu mengandungi pelbagai jenis vitamin contoh vitamin B1, B2, Niasin, Biotin dan Vitamin C.
- Cendawan tiram kelabu mengandungi mineral-mineral penting seperti Kalium (K), Potassium (P), Kalsium (Ca), Natrium (Na), Magnesium (Mg) dan Kuprum (Cu).
Cendawan tiram kelabu tidak mengandungi bahan kimia. Oleh itu, cendawan tiram kelabu boleh dikatakan sebagai tumbuhan organik dan selamat untuk dimakan.
Selain itu, ia ditanam di taman yang tertutup di mana aspek kebersihan sangat perlu dijaga untuk memastikan cendawan tiram kelabu ini boleh tumbuh dengan baik. Jika tidak, habislah cendawan tiram kelabu akan dijangkiti kulat dan jangkitan ni akan melarat dan berjangkit pada cendawan tiram kelabu yang lain!
Vitamin-vitamin yang terkandung dalam cendawan tiram kelabu ini boleh menjadikan ia sebagai agen anti oksida untuk merencatkan pertumbuhan tumor dan kanser. Peranan ini sudah cukup untuk menjadikan cendawan tiram kelabu mempunya nilai kesihatan yang sangat tinggi pada manusia!
Cendawan tiram kelabu juga mempunyai sifat anti thrombotik di mana ia boleh berfungsi untuk mengurangkan kesan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi. Kesan-kesan penyakit darah tinggi dapat dikurangkan dengan mengamalkan makan cendawan tiram kelabu memandangkan nutrien-nutrien dalam cendawan tiram kelabu boleh melancarkan perjalanan darah.
Nutrien-nutrien yang ada dalam cendawan tiram kelabu ini boleh juga mengurangkan kesan penyakit diabetes dengan merendahkan tahap glukos dan lipid dalam darah.
Selain itu, cendawan tiram kelabu juga dapat memperbaiki sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Sistem imun sangat penting kerana jika imun sistem kita lemah, kita mudah diserang penyakit termasuk penyakit kronik seperti kanser!
Cendawan Tiram Kelabu boleh Dimasak dengan Pelbagai Cara
Cendawan tiram kelabu merupakan sayur pilihan untuk dimasak sebagai sup sayur, cendawan goreng berempah dan juga digunakan untuk membuat nasi goreng. Malah cendawan tiram kelabu sangat disukai kanak-kanak terutamanya cendawan tiram kelabu goreng dengan tepung yang selalu dijual di pasar!
Cendawan Tiram Kelabu Boleh Ditanam Dengan Pelbagai Cara dan Dimana-mana Sahaja!
Cendawan tiram kelabu boleh ditanam dengan pelbagai cara tanpa perlu menggunakan tanah dan pasu, contohnya dengan cara menggantung cendawan, meletakkannya di rak-rak kayu dan boleh juga di rak-rak kayu yang dipaku di dinding!
Selain itu beg cendawan tiram kelabu juga boleh diletakkan atas dulang atau besen mengikut kemampuan dan kreativiti anda. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih!
Jadi anda sudah nampak bukan, betapa mudahnya menanam cendawan tiram kelabu ini?
Tunggu apa lagi, marilah kita mula menanam cendawan tiram kelabu sebagai langkah untuk meningkatkan penjimatan kos sara hidup dan persediaan untuk menghadapi pengenalan GST yang bakal bermula pada bulan April 2014 nanti!
Namun, penanaman cendawan tiram kelabu memerlukan teknik yang betul agar ia dapat tumbuh dengan baik. Oleh itu, anda perlu menimba ilmu sebanyak yang boleh tentang teknik-teknik penanaman cendawan tiram kelabu dan kenali cendawan tiram kelabu terlebih dahulu sebelum menanamnya!
Jadi, untuk mempelajari teknik-teknik yang betul tentang penanaman cendawan tiram kelabu ini, marilah dapatkan ebook teknik penanaman cendawan tiram kelabu yang hebat ini yang berharga hanyalah RM 20 sahaja!
EBOOK TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU KECIL-KECILAN
Tahukah anda....
Apakah Keistimewaan Ebook Cendawan Tiram Kelabu Ini?
Harganya berpatutan dan memenuhi kehendak pembaca yang hanya ingin mempelajari ilmu lengkap tentang tanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan.
Yang penting sekali, penjelasan tentang teknik untuk tanam cendawan tiram kelabu dalam ebook ini mudah difahami dan anda sudah boleh mulakan penanaman cendawan tiram kelabu selepas membaca ebook ini!
Anda tidak perlu membelanjakan kos yang tinggi sehingga beratus-ratus ringgit untuk semata-mata untuk menghadiri kursus penanaman cendawan tiram kelabu di mana ia hanya praktikal bagi orang yang ingin menanam cendawan secara besar-besaran tetapi kurang fokuskan pada penanaman cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan.
Melalui ebook teknik penanaman cendawan tiram kelabu ini yang dengan hanya pelaburan RM 20 sahaja sudah cukup untuk anda untuk memulakan penanaman cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan dengan penuh yakin!
BONUS!!!
Ebook teknik penanaman cendawan ini akan menunjukkan teknik penyediaan tali untuk menggantung beg cendawan tiram kelabu dengan baik untuk mengurangkan risiko kerosakan yang teruk pada beg cendawan tiram kelabu.
Jika berminat, komen NAK di blog ini untuk mendapatkan ebook teknik penanaman cendawan tiram kelabu tanpa menggunakan tanah yang hebat ini!
Jika hendak tahu lagi tentang penanaman cendawan tiram kelabu ini, anda boleh kunjungi http://www.exercisesifu.com
Blog asal di sini.
Isnin, Oktober 20, 2014
Nurul Hakimi buat keputusan tepat
NURUL HAKIMI (kanan) dan Mohd. Shahril boleh berbangga kerana telah memiliki empat buah rumah cendawan setakat ini.
NURUL HAKIMI SHAHRI, 34, tidak menyangka nasib ahli keluarganya berubah selepas dia secara tidak langsung melibatkan diri dalam penjualan cendawan tiram kelabu kira-kira lima tahun lalu.
NURUL HAKIMI SHAHRI, 34, tidak menyangka nasib ahli keluarganya berubah selepas dia secara tidak langsung melibatkan diri dalam penjualan cendawan tiram kelabu kira-kira lima tahun lalu.
Melihat prospek jualan yang amat memberangsangkan, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini tidak teragak-agak mencuba nasib untuk mengusahakan sendiri tanaman cendawan yang dilihat mempunyai permintaan pasaran tinggi.
Menurut Nurul Hakimi, segala-galanya bermula secara kebetulan ketika dia sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka antara tahun 2009 hingga 2011 apabila seorang rakan memperkenalkannya dengan hasil pertanian itu.
“Pada awalnya saya hanya berniaga suka-suka. Saya beli tiga kilogram cendawan setiap hari, kemudian dibungkus semula dan dihantar ke beberapa buah kedai makan sekitar tempat tinggal saya.
“Setiap hari cendawan yang saya jual habis dan dari situ, saya mula buat kajian melalui internet mengenai prospek tanaman cendawan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Katil, Melaka baru-baru ini.
Menurutnya, pada 2010 dan berbekalkan modal RM1,500, dia dan suaminya, Mohd. Sharil Md. Sarip, 35, mula mengusahakan tanaman cendawan.
Namun, semua proses itu dilakukan secara manual kerana mereka masih tidak mampu untuk membeli mesin dan menyediakan rumah cendawan.
Nurul Hakimi berkata, empat bulan kemudian, mereka berjaya mengumpul modal sebanyak RM50,000 hasil meminjam duit daripada ahli keluarga untuk membina sebuah rumah cendawan dan membeli dua jenis mesin untuk memproses tanaman tersebut.
Katanya, melihat potensi besar tanaman itu, suaminya mengambil risiko dengan berhenti kerja dan memberi fokus penuh terhadap perniagaan tersebut manakala dia pula terpaksa membahagikan masa antara belajar dan mengusahakan tanaman tersebut bersama suaminya.
SEORANG pekerja membungkus cendawan sebelum ia dipasarkan.
Tidak menunggu lama, beliau berkata, mereka mula mengembangkan perniagaan dengan membina tiga lagi rumah cendawan dan kemudian menggunakan pinjaman Skim Pembiayaan Ekonomi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM100,000 bagi meluaskan ‘empayar’ yang diusahakan.
“Kini setiap bulan, empat buah rumah cendawan yang diusahakan di kampung suami saya di Tangkak, Johor boleh menghasilkan sebanyak 1.5 tan cendawan sebulan. Hasil tersebut diagih kepada beberapa buah pasar raya.
“Harga cendawan berkenaan adalah antara RM9 hingga RM10 sekilogram untuk pasaran borong manakala RM12 hingga RM16 sekilogram bagi jualan runcit.
“Namun, jumlah tersebut masih belum cukup untuk menampung permintaan yang tinggi di pasaran,” jelasnya,
Buat masa ini, Nurul Hakimi hanya boleh membekalkan hasil pertanian itu ke tiga buah pasar raya di Melaka dan sebuah pasar raya di Seremban, Negeri Sembilan.
Disebabkan ruang pasaran yang dilihat sangat meyakinkan, usahawan ini terus mengembangkan perniagaannya dengan suntikan modal melalui pembiayaan berjumlah RM300,000 daripada Agrobank baru-baru ini.
Melalui dana tersebut, mereka memajak sebidang tanah seluas 0.8 hektar milik Jabatan Pertanian Ledang dan membina 15 buah rumah cendawan yang kini dalam proses pembinaan.
“Jika siap kelak, kesemua 19 rumah cendawan tersebut dijangka mampu menghasilkan 250 kilogram cendawan setiap hari dan pasaran dijangka meluas ke Lembah Klang,” katanya.
Menurut Nurul Hakimi yang juga Ahli Majlis Unit Agropreuner Muda, kunci kejayaan mereka adalah tidak kenal putus asa dan sanggup belajar walaupun diuji pelbagai rintangan.
“Dari situ kami tahu, banyak perkara perlu dititikberatkan termasuk menggunakan benih berkualiti selain menjaga kebersihan rumah cendawan kerana tanaman ini sangat sensitif terhadap persekitaran,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm#ixzz3GeOaKPNp
Hakcipta terpelihara
Ahad, Oktober 05, 2014
Beli bongkah siap atau buat bongkah cendawan sendiri?
Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek tanaman cendawan masa kini disebabkan oleh permintaan dan harga yang tinggi, kos yang rendah, bersih, mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak masa untuk menjaganya.
Tetapi ramai yang mengalami masalah untuk memilih cara nak mula projek ini…adakah dengan membeli bongkah atau membuatnya sendiri?
Harus diingat jika anda betul-betul mahu buat projek cendawan, anda harus memulakan langkah pertama. Baru la anda lihat sejauh mana kemampuan anda.
Sebagai contoh, langkah pertama anda ikuti kursus. Dari situ anda dapat lihat semua proses penghasilan bongkah dari proses gaul sehinggalah mengutip hasil. Ada peserta kata prosesnya amat remeh kena gaul, isi dalam plastik, kukus, suntik benih dan masalah penyakit.
Banyak kerja yang kena buat…ada juga yang kata “kalu macam ni baik beli bongkah yang dah matang dari buat lagi senang”.
Ramai yang datang jumpa saya mempunyai masalah mencari bekalan dedak, habuk kayu, benih dan alatan membuat bongkah cendawan.
Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan projek ini dinasihatkan membeli bongkah yang matang supaya anda tau seba sedikit cara jaga bongkah cendawan semasa pengeluaran hasil…belajar teknik-teknik buka tutup penutup untuk tau macam manae nak keluarkan hasil setiap hari.
Ini ada sedikit tip untuk anda lihat perbandingan serta kelebihan / kekurangan beli bongkah matang atau buat bongkah sendiri.
Beli bongkah cendawan matang
- Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll
- Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah umah pun boleh
- Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual
- Tiada masalah penyakit..kalu ada pun sedikit
- Boleh test market dulu…ada tak permintaan penduduk setempat
- Boleh beli sikit2 dulu…100 bongkah ke ikut modal la
- Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung
- Boleh buat separuh masa
Buat bongkah sendiri
- Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll…
- sesetengah tempat susah nak dapat bekalan
- Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit
- Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih
- Masalah penyakit kulat perosak
- Jimat kos
- Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z
- Kena buat sepenuh masa
Cara mana yang anda pilih?
Itu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Saya sendiri pun bermula dengan membeli bongkah yang diproses dan benih diisikan sendiri.
Jika berminat untuk menempah bongkah cendawan, boleh hubungi saya di 019-7589774 (Nizam)
Isnin, September 29, 2014
Bongkah cendawan untuk dijual
Tawaran tempahan bongkah cendawan berbenih kini dibuka kepada anda yang ingin menceburi bidang tanaman cendawan. Ditujukan khas kepada bakal pengusaha cendawan dari pantai timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang) kerana kini Cendawan Global boleh memproses dan menghasilkan bongkah cendawan pada skala yang besar.
Anda mempunyai pilihan sama ada ingin mendapatkan bongkah yang baru disuntik mahupun yang telah separa matang bagi mempelajari secara praktikal cara penanaman cendawan dengan betul dan seterusnya mulakan bisnes cendawan di kawasan anda.
Harga boleh dirunding dan pengangkutan juga disediakan.
Kami tawarkan untuk membeli semula hasil cendawan anda.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi dengan whatsapp/sms/call di talian : 019-7589774 (Nizam)
Selasa, September 23, 2014
Nilai tambah kepada cendawan segar
Oleh Mohd Sabran Md Sani
Satu sajian pembuka selera dihidangkan di hadapan penulis dengan gaya persembahan sangat istimewa. Dihiasi daun salad, sos dan roti, menu burger ditampilkan cukup menyelerakan.
Dilihat pada strukturnya, ia seakan-akan burger daging biasa yang terdapat di pasaran. Bentuk, warna dan saiznya juga meletakkan minda penulis bahawa bahan makanan itu dihasilkan daripada daging.
Misi seterusnya adalah membabitkan ujian rasa bagi mengetahui keenakan burger berkenaan.
Rumusan dapat dibuat, burger berkenaan menggunakan daging sebagai bahan utama bersandarkan teksturnya.
Rumusan dapat dibuat, burger berkenaan menggunakan daging sebagai bahan utama bersandarkan teksturnya.
MOHD Irwani bersama dua pembantu penyelidik yang terbabit dalam penghasilan burger cendawan.
Ia bersandarkan kepada bentuknya yang tidak banyak beza dengan burger lain.
Hakikatnya, hidangan itu bersumberkan cendawan yang diolah menjadi makanan segera.
Inovasi berkenaan cetusan idea penyelidik dari Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Mohd Irwani Hafiz Sahid.
Usahanya membangunkan burger cendawan memberikan nilai tambah kepada cendawan segar.
Membanggakan institusi berkenaan apabila produk hiliran dibangunkan itu memperoleh pingat perak sempena Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE) 2014.
Mohd Irwani membangunkan produk hiliran cendawan tiram atau nama saintifiknya Pleurotus pulmonarius.
Usahanya membangunkan burger cendawan memberikan nilai tambah kepada cendawan segar.
Membanggakan institusi berkenaan apabila produk hiliran dibangunkan itu memperoleh pingat perak sempena Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE) 2014.
Mohd Irwani membangunkan produk hiliran cendawan tiram atau nama saintifiknya Pleurotus pulmonarius.
MENU burger cendawan pembuka selera.
Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang produk makanan berasaskan daging seperti burger, kemudian mengaplikasikan penggunaan cendawan dalam teknologi pemprosesan burger.
Dengan kepakarannya, Mohd Irwani memformulasikan bahan berkenaan untuk diterjemahkan kepada produk hiliran.
Kesannya, bahan yang mudah rosak pada persekitaran biasa diberi nilai tambah.
Dengan kepakarannya, Mohd Irwani memformulasikan bahan berkenaan untuk diterjemahkan kepada produk hiliran.
Kesannya, bahan yang mudah rosak pada persekitaran biasa diberi nilai tambah.
Siapa sangka cendawan segar yang mengalami proses layu dalam tempoh singkat dimanfaatkan menjadi burger.
Paling mustahak ia mempunyai nilai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Antaranya burger dihasilkan tidak mengandungi atau dicampur daging dan rendah lemak.
Paling mustahak ia mempunyai nilai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Antaranya burger dihasilkan tidak mengandungi atau dicampur daging dan rendah lemak.
BURGER cendawan dijadikan makanan segera.
Cendawan mengandungi beta glukan (membantu merendahkan tahap kolesterol) dan tidak mengandungi kolesterol.
Kekuatan pada burger berasaskan cendawan itu katanya adalah berunsurkan vegetarian.
“Maknanya orang yang tidak makan daging boleh makan, selain ia tidak mengandungi daging melainkan bahan cendawan dan bahan tidak bersumberkan daging.
“Ia juga sesuai bagi mereka yang inginkan makanan kesihatan,” katanya.
Katanya, dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020, cendawan dikenal pasti sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi.
“Tumpuan peningkatan aktiviti huluan dan hiliran akan diberi keutamaan bagi tujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar.
“DAN juga menggalakkan pembabitan agensi swasta dalam pengeluaran benih cendawan dan amalan pertanian serta pengilangan baik yang membawa kepada pengurusan sisa sifar,” katanya.
Sambil merujuk senario dan hala tuju industri cendawan di Malaysia, katanya, bilangan pengusaha dijangka meningkat.
“Dari segi pengeluaran cendawan pula, diunjurkan kepada 67,000 tan metrik dan nilai eksport akan meningkat kepada RM300 juta pada kadar 16 peratus setahun,”
katanya.
Menurutnya, ramai mempunyai persepsi cendawan hanya untuk kegunaan segar.
“Selama ini kita tahu orang cuma tanam cendawan dan dijual secara segar.
“Mereka (petani) tidak menjadikan cendawan sebagai satu produk,” katanya.
Dari segi penanam cendawan, mereka hanya tahu cendawan segar dan tidak ada ilmu pemprosesan makanan bagi menghasilkan produk makanan.
“Justeru, kami di sini menghasilkan produk hiliran daripada cendawan dan mencipta produk nilai tambah daripada cendawan,” katanya.
Khasiat cendawan juga sebagai mengawal aliran darah, mengurangkan tekanan darah, meningkatkan sistem imun dan antioksidan.
“Kajian bermula pada 2011. Pertamanya kami melakukan analisis tekstur (tekstur perlu menyamai daging).
“Daging tidak boleh lembik dan melekat.
“Ia disusuli ujian deria rasa dan kajian kuman (mikrobiologi) kerana burger itu dikira sebagai produk sejuk beku,” katanya.
Katanya, dia kini membawa produk berkenaan dalam pelbagai pameran termasuk lawatan Ketua Audit Negara dan Hari Cendawan 2014 di Bukit Tinggi Klang.
Lebih banyak kajian harus dijalankan untuk menghasilkan lebih banyak produk hiliran berasaskan cendawan.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) katanya, DAN dan Pertanian Negara Ketiga, sektor pertanian diberi penekanan dalam mengembalikan semula era kecemerlangan pertanian sebagai penjana ekonomi.
“Industri cendawan diberikan pelbagai insentif selaras dengan dasar itu.
“Namun begitu, keperluan dan permintaan terhadap cendawan negara masih tinggi dan perlu diimport dari Korea, China dan Jepun,” katanya.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, industri cendawan mengalami defisit bekalan bernilai RM52.99 juta iaitu bersamaan 16.3 metrik tan cendawan pada tahun 2007.
Melalui inisiatif baru dalam pembangunan negara, Kementerian Pertanian dan Asas Tani mengunjurkan pengeluaran cendawan meningkat.
Justeru, industri cendawan dilihat sebagai industri yang berpotensi untuk dibangunkan.
Dengan pelaksanaan DAN yang dirangka dilihat sebagai titik permulaan untuk kebangkitan semula industri cendawan.
“Suntikan teknologi baru perlu diperkenalkan dan dilaksanakan terutamanya dalam penghasilan dan penambahbaikan proses hiliran produk berasaskan cendawan.
“Lambakan cendawan tiram kelabu dan tiram putih di pasaran disebabkan ketiadaan dan kekurangan teknologi dalam proses hiliran cendawan.
“Kekurangan teknologi hiliran cendawan mengakibatkan kesukaran pengusaha cendawan untuk mempelbagaikan produk cendawan,” katanya.
Oleh itu, suatu mekanisma untuk mempelbagaikan produk cendawan perlu dibangunkan dan secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada pengusaha cendawan.
Cendawan mengandungi beta glukan (membantu merendahkan tahap kolesterol) dan tidak mengandungi kolesterol.
Kekuatan pada burger berasaskan cendawan itu katanya adalah berunsurkan vegetarian.
“Maknanya orang yang tidak makan daging boleh makan, selain ia tidak mengandungi daging melainkan bahan cendawan dan bahan tidak bersumberkan daging.
“Ia juga sesuai bagi mereka yang inginkan makanan kesihatan,” katanya.
Katanya, dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020, cendawan dikenal pasti sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi.
“Tumpuan peningkatan aktiviti huluan dan hiliran akan diberi keutamaan bagi tujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar.
“DAN juga menggalakkan pembabitan agensi swasta dalam pengeluaran benih cendawan dan amalan pertanian serta pengilangan baik yang membawa kepada pengurusan sisa sifar,” katanya.
Sambil merujuk senario dan hala tuju industri cendawan di Malaysia, katanya, bilangan pengusaha dijangka meningkat.
“Dari segi pengeluaran cendawan pula, diunjurkan kepada 67,000 tan metrik dan nilai eksport akan meningkat kepada RM300 juta pada kadar 16 peratus setahun,”
katanya.
Menurutnya, ramai mempunyai persepsi cendawan hanya untuk kegunaan segar.
“Selama ini kita tahu orang cuma tanam cendawan dan dijual secara segar.
“Mereka (petani) tidak menjadikan cendawan sebagai satu produk,” katanya.
Dari segi penanam cendawan, mereka hanya tahu cendawan segar dan tidak ada ilmu pemprosesan makanan bagi menghasilkan produk makanan.
“Justeru, kami di sini menghasilkan produk hiliran daripada cendawan dan mencipta produk nilai tambah daripada cendawan,” katanya.
Khasiat cendawan juga sebagai mengawal aliran darah, mengurangkan tekanan darah, meningkatkan sistem imun dan antioksidan.
“Kajian bermula pada 2011. Pertamanya kami melakukan analisis tekstur (tekstur perlu menyamai daging).
“Daging tidak boleh lembik dan melekat.
“Ia disusuli ujian deria rasa dan kajian kuman (mikrobiologi) kerana burger itu dikira sebagai produk sejuk beku,” katanya.
Katanya, dia kini membawa produk berkenaan dalam pelbagai pameran termasuk lawatan Ketua Audit Negara dan Hari Cendawan 2014 di Bukit Tinggi Klang.
Lebih banyak kajian harus dijalankan untuk menghasilkan lebih banyak produk hiliran berasaskan cendawan.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) katanya, DAN dan Pertanian Negara Ketiga, sektor pertanian diberi penekanan dalam mengembalikan semula era kecemerlangan pertanian sebagai penjana ekonomi.
“Industri cendawan diberikan pelbagai insentif selaras dengan dasar itu.
“Namun begitu, keperluan dan permintaan terhadap cendawan negara masih tinggi dan perlu diimport dari Korea, China dan Jepun,” katanya.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, industri cendawan mengalami defisit bekalan bernilai RM52.99 juta iaitu bersamaan 16.3 metrik tan cendawan pada tahun 2007.
Melalui inisiatif baru dalam pembangunan negara, Kementerian Pertanian dan Asas Tani mengunjurkan pengeluaran cendawan meningkat.
Justeru, industri cendawan dilihat sebagai industri yang berpotensi untuk dibangunkan.
Dengan pelaksanaan DAN yang dirangka dilihat sebagai titik permulaan untuk kebangkitan semula industri cendawan.
“Suntikan teknologi baru perlu diperkenalkan dan dilaksanakan terutamanya dalam penghasilan dan penambahbaikan proses hiliran produk berasaskan cendawan.
“Lambakan cendawan tiram kelabu dan tiram putih di pasaran disebabkan ketiadaan dan kekurangan teknologi dalam proses hiliran cendawan.
“Kekurangan teknologi hiliran cendawan mengakibatkan kesukaran pengusaha cendawan untuk mempelbagaikan produk cendawan,” katanya.
Oleh itu, suatu mekanisma untuk mempelbagaikan produk cendawan perlu dibangunkan dan secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada pengusaha cendawan.
Sumber: Harian Metro
Jumaat, September 19, 2014
Rumah cendawan untuk disewa di Johor
Assalam.
Berita baik buat bakal pengusaha cendawan di kawasan Johor dan Lembah Klang.
Rumah
cendawan yang lengkap dengan kemudahan untuk disewa di Kg Sri Jaya, Kota Tinggi, johor. Lokasi yang terletak kira-kira 11km dari kota tinggi dan 45km
dari jb dan pasir gudang.
Terdapat
6 buah rumah cendawan keseluruhannya yang boleh memuatkan sehingga 8000 bongkah
setiap rumah. Pada masa ini, saya baru menggunakan 2 buah rumah dan ada 4 buah
lagi yang kosong.
Sewa
untuk sebuah rumah cendawan ini ialah RM100 sebulan.
Selalunya
bakal pengusaha cendawan yang ingin memulakan projek cendawan menghadapi dilema
kerana kos untuk membina rumah cendawan yang tinggi maka peluang ini saya
tawarkan buat anda. Lebih banyak bongkah boleh dihasilkan kerana tempat untuk
pemeraman dan kutipan hasil telah sedia ada.
Penyewa
juga diberikan pilihan sama ada ingin menguruskan sendiri bongkah cendawan dan
juga hasil cendawan ataupun berkongsi khidmat upah daripada pekerja ladang saya
yag sedia ada.
Tentang
pasaran pula, buat masa ini, telah sedia ada pembeli cendawan dan anda ada pilihan
sama ada jual sendiri ataupun boleh jualkan hasil tersebut kepada saya pada
harga ladang.
Bongkah
cendawan juga ada pilihan iaitu sama ada beli yang telah siap dengan saya
ataupun buat sendiri di sini dengan menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Saya
secara peribadi galakkan beli bongkah yang telah siap sekurang-kurangnya
separuh matang bagi mempercepatkan proses dan saya boleh sediakan dalam tempoh
masa yang singkat.
Disamping menjimatkan masa, anda boleh belajar dulu cara
penjagaan hinggalah kepada pemasaran sebelum tumpukan kepada proses pembuatan
pula bagi musim kedua.
Jika
berminat, boleh hubungi saya dengan segera kerana saya sendiri dalam proses
untuk memenuhkan kesemua rumah cendawan berkenaan pada hujung tahun ini juga kerana
permintaan pasaran ke atas cendawan semakin meningkat setiap hari terutama di
kawasan sekitar Johor pada masa. Siapa cepat dia dapat.
Hubungi saya dengan sms/ whatsapp di 019-7589774 (Nizam)
http://tonexpress.com/hanizam
Langgan:
Catatan (Atom)