Jumaat, Jun 27, 2008

Reishi Mushroom

Reishi mushrooms grow in the coastal areas of China and are cultivated in Taiwan, Korea, North America, and Japan. It is referred to as the “herb of spiritual potency”, or hing zhi.
..
They are found on fallen tree stumps and decomposing logs. There are six varieties of color, but red mushrooms are used primarily in Asia and North America. Medicinal benefits come from the fruiting part of the mushroom.
..
Reishi is used to treat asthma, coughs, weakness and fatigue, and insomnia. Polysaccharides, coumarin, sterols, mannitol, and triterpenoids called ganoderic acides are the primary constituents of the mushroom.Ganoderic acids may be able to lower cholesterol and blood pressure in addition to inhibit blood platelets from sticking together.
...
Although not yet proven, these acids may also be able to treat chronic hepatitis B, altitude sickness, cancer, and diabetes mellitus.
..
Recommended Dosage
  • Take 1.5-9 grams of dried mushroom daily
  • Take 1ml of tincture or in tea daily
  • Take 1-1.5 grams in powdered form daily

Isnin, Jun 23, 2008

Resepi Cendawan Puchong

Puchong – 23 Jun. Hari ini pihak cendawanpuchong telah menjemput seorang chef dari Puchong juga iaitu Chef. Zul (macam kenal je) untuk berkongsi cara-cara membuat cendawan goreng. Berdasarkan gambar-gambar yang disertakan diharapkan para pembaca mendapat kefahaman dan boleh mencubanya di rumah.

Bahan-bahannya
1) 5 biji telur ayam yang di kacau rata.
2) Tepung Kentucky
3) Cendawan segar baru petik dari ladang

Caranya
1) Basuh cendawan dan toskan.
2) Celup cendawan ke dalam sebatian telur yang dah dikacau.
3) Gaul atau balik-balikkan cendawan ke atas tepung Kentucky
4) Masukkan kedalam kuali dan goreng sehingga garing.

Perasa Tambahan
1) Boleh buatkan sambal kicap
2) Atau sos cili dan sebagainya sebagai pencicah.

Sudah siap dan selamat mencuba…….
...



Selasa, Jun 10, 2008

Faedah Kesihatan Lingzhi


Lingzhi telah lama di kenali secara turun temurun oleh orang Cina dan menganggap ia sejenis herba yang istimewa sebagai ubat ajaib dan sangat berharga.
..
Di antara keajaiban ubat ini adalah ianya boleh memanjangkan usia seseorang. Keterangan ini ditulis di dalam Ensaiklopedia perubatan klasik Cina seperti ‘Shen-Nung Herbal Medicine Book’:

..

Lingzhi sebagai ubat bermutu tinggi. Tiada kesan sampingan buruk. Seluruh badan bertambah baik dan sihat. Pelaburan baik yang menjamin kesihatan sepanjang hayat.

..

Cendawan secara semulajadi tumbuh liar di dalam hutan dan ini termasuklah Lingzhi di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar di dapati. Tambahan pula dengan kurang perhatian di peringkat awal serta kesukaran untuk mengawal dan menentukan mutu cendawan Lingzhi.

..

Teknik penanaman Lingzhi bermula pada tahun 1970, di mana pegawai kajian sains makanan dari Universiti Kyoto, Jepun telah berjaya menggunakan “Kaedah Isolasi Dan Pemeliharaan Spora”. Kaedah ini telah berjaya menanam dan memelihara Lingzhi secara komersial di Jepun. Pada 1975 pula kaedah ini berkembang ke China dan seterusnya ke Taiwan dengan jayanya.

....

....
Keberkesanan Lingzhi
Lingzhi adalah mikroorganisma berkhasiat semulajadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya pada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit. Di antara kebaikan yang dirasai adalah:

  • Aktif dan bertenaga.
  • Tempoh masa tidur dipendekkan tetapi badan tetap lebih bertenaga.
  • Mengekalkan berat badan.
  • Penghadaman yang lancar.
    ....

Pada mereka yang bermasalah, pengambilan Lingzhi mungkin akan memberikan sedikit kesan seperti berikut:

  • Pening.
  • Darah banyak berkumpul pada bahagian muka atau kulit (kerana peredaran darah meningkat). Kesemua kesan ini akan hilang dalam tempoh 30 minit. Pada pesakit kencing manis pula akan terjadi peningkatan gula dalam darah atau penyakit kulit.
  • Kejadian ini tidak perlu dikhuatiri kerana ia adalah fenomena biasa dalam proses perubatan Lingzhi yang berlaku hanya di peringkat awal pengambilannya dan akhirnya kesan ini akan hilang segera.
    ......

Kebelakangan ini lebih banyak penyelidikan telah dilakukan di negara China, Jepun dan Malaysia dengan kerjasama dari hospital, kolej dan farmasi, di mana hasil keputusan lebih banyak diperolehi dalam membuktikan keajaiban Lingzhi seperti berikut:


  1. Membersihkan darah
  2. Meneutralkan bisa
  3. Melindungi hati
  4. Mengawal atau melawan usus
  5. Tonik untuk selsema
  6. Mengawal tekanan jantung
  7. Menghilangkan batuk
  8. Mengeluarkan kahak
  9. Mententeramkan fikiran
  10. Mencegah kanser
  11. Mengubati resdung

..

Dipetik dari http://malimas.com/

Rabu, Jun 04, 2008

Pengusaha Cendawan Sg. Balak Cheras

...
Sg. Balak Cheras 3 Jun - Lahirnya seorang lagi usahawan cendawan hasil bimbingan dan latihan daripada CendawanPuchong. En. Johari namanya. Bermula dengan menjadi driver lori kepada seorang temannya yang ingin membeli 3000 beg cendawan di CendawanPuchong telah menarik minatnya untuk belajar menanam cendawan.
..
Jadi, pihak CendawanPuchong telah menawarkan kursus kepada beliau. Tamat sahaja kursus, beliau bersama 2 orang rakannya telah membina bangsal (bertukang sendiri) dan lengkap semuanya dalam 1 bangunan. Bermakna bangunannya memang besar lengkap dengan tempat simpanan habuk kayu, tempat proses, kukus, peram dan ruangan suntik. Bilik hasil juga ada. WOW!!!! Sungguh bersemangat dan gigih.
..

..
Atas kegigihan dan bersungguhnya beliau ini, maka tak sampai 1 bulan sebanyak 5,000 beg telah berjaya dihasilkan dengan 98% berjaya. Pihak CendawanPuchong kerap melawat di samping memberi lagi beberapa tunjuk ajar, cara penjagaan kualiti dan tip-tip tambahan perasa bagi meningkatkan lagi mutu dan juga produktiviti pengeluaran cendawan.
...

Setakat ini, Alhamdulillah. Beliau sudah mula dikenali dan telah sibuk menerima kunjungan dan lawatan individu-individu yang berminat dan yang paling syok lagi ialah harga cendawan bagi 100g di tempat beliau ialah RM2.50. Manyak syok!!!!
.. ...
So, kepada sesiapa yang nak mengenali beliau atau ingin berguru dengan beliau bolehlah menghubungi terus no telefon ini : 012-263 2605.

..

Nota Cendawan Global: Inilah yang dikatakan ciri-ciri seorang usahawan yang berpotensi untuk berjaya, di mana beliau melihat peluang, kumpulkan pasukannya dan mendapat keuntungan daripada peluang yang diambil. Tahniah kepada En. Johari daripada Cendawan Global.

..

...

Kepada anda yang berhajat dan mempunyai semangat membara untuk menceburi bidang ini serta ingin mendapatkan tip dan tunjuk ajar daripada sifu cendawan, pendaftaran dibuka sekarang dan anda boleh pilih tarikh kursus yang sesuai kerana En. Zul dan teamnya bersedia membantu anda merealisasikan rancangan bisnes cendawan anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!....

Selasa, Jun 03, 2008

Pengusaha Cendawan Kg. Limau Manis

..

Sepang - Baru-baru ini, En. Zul dari CendawanPuchong telah melawat seorang usahawan cendawan di Kg. Limau Manis (Sepang). Namanya Puan Zaliha. Beliau ini telah membeli 300 beg cendawan daripada CendawanPuchong (CP) dan baru nak cuba-cuba belajar menanam cendawan.
..
Beliau tidak menggunakan bangsal sebaliknya hanya sebuah canopy (10x10) yang boleh memuatkan 1,000beg cendawan. Canopy tersebut diletakkan di bawah sepohon pokok yang besar bagi mendapatkan keredupan dan juga merendahkan suhu di dalam canopy. Memang berkesan!!! Cendawan telah tumbuh dan membuahkan hasil. Puan Zaliha bercadang nak besarkan lagi canopy beliau jika hasil R&D beliau ini memuaskan. Jika sesiapa berminat nak lihat canopy beliau, silalah ke sana atau menghubungi beliau sendiri. 012 – 6346220 Puan Zaliha.
..
a> Related Posts with Thumbnails