Selasa, Mac 17, 2009

Kursus Tanaman Cendawan di Cendawan Puchong







Saya bagi pihak cendawan global mengalu-alukan penyertaan anda dalam kursus tanaman cendawan yang dianjurkan oleh rakan bisnes saya dari Cendawan Puchong seperti banner yang dipaparkan. Kursus akan berlangsung sepanjang bulan Mac dan April 2009.
..
Anda boleh mendaftar di borang yang disediakan di sebelah, hubungi pihak urusetia atau datang sendiri semasa hari pendaftaran. Selamat berkursus dan selamat maju jaya kepada semua.


Pendaftaran Kursus Cendawan

Ahad, Mac 15, 2009

Mushrooms

Misconception: Mushrooms are a low-calorie food with little nutritional benefit.
..

Why they're good for you: They may be 90 percent water and have only 18 calories per cup, but mushrooms are getting serious scientific attention.

..

Laboratory reports and animal studies show that compounds in mushrooms may do everything from bolster immune function to suppress breast and prostate cancers to decrease tumor size.

..

And now, Penn State researchers find that mushrooms, from the humble button to the giant portobello, harbor large amounts of an antioxidant called L-ergothioneine. The scientific buzz is that fungi, for the moment, are the only foods that contain this compound.

..

While scientists work to figure out how these findings will translate to dietary advice, there are plenty of reasons to enjoy mushrooms. Clare Hasler, Ph.D., a well-known expert in functional foods and executive director of the Robert Mondavi Institute for Wine and Food Science at the University of California, Davis, points out that mushrooms offer a healthy helping of the blood pressure-- lowering mineral potassium.
..
"Most people might be surprised to learn that while orange juice is touted as one of the highest potassium foods, one medium portobello mushroom actually has more potassium," she says. "And five white button mushrooms have more potassium than an orange."




Ahad, Mac 08, 2009

Cendawan Shiitake turunkan tahap kolesterol

Cendawan shiitake memang banyak khasiatnya. Malah disebabkan kebaikan dan nilainya untuk kesihatan maka sejak bertahun lamanya cendawan yang turut dikenali dengan nama Lenthula Edodes ini telah dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia.
..
Menurut cerita, berkurun lama dahulu masyarakat bangsawan dan kenamaan Jepun telah menganggap bahawa cendawan shiitake sebagai afrodisiak atau pembangkit syahwat. Bukan itu sahaja, sejarah mengatakan bahawa maharaja China telah memakan cendawan shiitake bagi melewatkan proses penuaan.
..
Cendawan Shiitake dikatakan berasal dari Asia timur namun kini cendawan shiitake boleh diperolehi di mana-mana sahaja. Terdapat cerita bagaimana bermulanya pengambilan cendawan shiitake sebagai makanan. Dikatakan cendawan ini pada mulanya telah dipersembahkan kepada Maharaja Jepun bernama Maharaja Chuai oleh sekumpulan penduduk asli yang dikenali sebagai Kyusuyu pada tahun 200.
....
Walau bagaimanapun nilai pemakanan dan perubatan cendawan ini sebenarnya telah diketahui oleh bangsa China lebih lama lagi daripada insiden tersebut. Di China, cendawan shiitake dikenali sebagai Hoang-mo.
....

Cendawan Shiitake teramat popular di Jepun sehingga dikatakan mereka mengambil kebanyakan sumber protein daripada cendawan ini. Seperti juga cendawan lain, cendawan shiitake berwarna coklat dan mempunyai kepala berukuran kira-kira dua hingga empat inci diameter. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, daun, bunga atau biji.

..

Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A,B,B12,C,D dan niasin. Kajian telah mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. .

..
Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain.

..
Lentinan yang juga secara teknikalnya dikelaskan sebagai polysaccharide juga dikatakan telah menunjukkan aktiviti anti-kanser di dalamnya. Cara lentinan bertindak adalah sama ada bagi menghenti atau memperlahankan pertumbuhan tumor. Malah boleh dikatakan cendawan shiitake ini mampu digunakan sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara serta dipercayai mampu merencatkan semula sel kanser daripada merebak.

..
Kandungan antioksidan tinggi
Dalam kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan mendapati bahawa komponen aktif dalam cendawan shiitake yang telah dikenali sebagai eritadenine dikatakan telah menurunkan tahap kolesterol. Walaupun apabila haiwan ujian ini diberikan pemakanan yang kaya protein methionine –asid amino yang dikatakan sebagai sebagai pembentukan kolesterol, eritadenine dikatakan tetap mampu menurunkan tahap tahap plasma kolesterol. Kesimpulannya, lebih banyak eritadenine diberikan maka lebih banyak tahap kolesterol dikurangkan.

..
Antioksidan berkuasa yang dikenali sebagai L-ergothioneine juga telah ditemui dalam cendawan. Melalui kajian yang telah dipersembahkan semasa American Chemical Society 2005 di Washington D.C. para penyelidik mendedahkan cendawan mengandungi kandungan sejat L-ergothioneine yang tinggi daripada sumber pemakanan lain. Bukan itu sahaja, L-ergothioneine tidak musnah apabila cendawan ini dimasak sebelum dimakan.

....
Terdapat pelbagai cara cendawan shiitake boleh digunakan sebelum dimakan. Namun begitu tidak semua boleh memakan cendawan shiitake. Dikatakan bahawa mereka yang menderita kanser pundi kencing tidak boleh mengambil cendawan shiitake dalam bentuk mentah dan kasar.

..

Apa yang pasti, sungguhpun cendawan shiitake dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan tapi penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. -mingguan wanita




Jumaat, Februari 20, 2009

Peluang bisnes dari Cendawan Puchong

Berita Baik kepada pengusaha cendawan di sekitar Lembah Klang kerana rakan saya, En. Zul dari Cendawan Puchong menawarkan peluang bisnes seperti berikut:
..
"Saya mencari pembekal cendawan segar (loose packing) tapi dah potong akar. Harga RM6/kg (boleh runding). Daily supplier dalam 50kg – 100kg. Term ikut keadaan. Sebolehnya COD la...."
..
H/P: 019-2071743 (Zulkifli)
...
...



..
Juga kepada yang berminat untuk menghadiri kursus cendawan, boleh hubungi pihak urusetia berdasarkan tarikh yang tertera. Bisnes cendawan memerlukan promosi dan maklumat yang berterusan agar ia boleh meningkatkan lagi jualan dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan projek yang dilancarkan.
..
Suka saya petik satu maklumat yang saya dapat mengenai pemasaran atau marketing:
..
"Marketing is not the art of finding clever ways to dispose of what you make. It is the art of creating genuine customer value."
..
Sebab tu saya memilih bisnes ini berbanding peluang yang lain.

Selasa, Februari 03, 2009

Cerita Kursus Cendawan

...
3 Feb, Puchong – Disini saya senaraikan nama para peserta yang telah hadir KURSUS TANAMAN CENDAWAN disepanjang bulan Januari hingga 1 Feb’09 dan berjaya menamatkannya dengan jayanya.
..

..
Syabas buat para peserta dan pada kali ini saya menerima responds yang sangat baik daripada para peserta dimana hasil maklumat mereka saya telah dikunjungi dengan lebih ramai lagi oleh mereka-mereka yang berminat nak melihat sendiri bagaimana cendawan itu ditanam atau dihasilkan.
..
Ada juga beberapa peserta yang agresif dimana apabila mereka balik sahaja ke rumah dan terus membina bangsal cendawan dan juga rak-rak cendawan ‘percubaan’ dan seterusnya menempah beg-beg media daripada cendawanpuchong untuk start menanam cendawan.

..
Semoga berjaya saya ucapkan. Jika ada masalah, jangan malu atau segan untuk hungungi saya. Insya ALLAH pihak cendawanpuchong akan membantu selagi termampu. So, kursus seterunya adalah pada 8 Feb, 15 Feb dan 21 Feb. Jemput mendaftar jika ada yang minat dan khabo – khabo le kek teman yang lain ya……
..


...

Nota CG: Terima kasih saya ucapkan buat rakan bisnes saya dari Cendawan Puchong di atas kesudian berkongsi cerita mereka tentang kursus cendawan yang dianjurkan. Nasihat dan pesanan saya ialah praktikkan apa yang dipelajari dan belajar daripada kesilapan. Peluang hanya datang sekali dan berusahalah dengan tekun. Selamat maju jaya buat semua warga peminat dan usahawan cendawan di seluruh Malaysia.



a> Related Posts with Thumbnails