Isnin, Oktober 20, 2014

Nurul Hakimi buat keputusan tepat

NURUL HAKIMI (kanan) dan Mohd. Shahril boleh berbangga kerana telah memiliki empat buah rumah cendawan setakat ini.

NURUL HAKIMI SHAHRI, 34, tidak menyangka nasib ahli keluarganya berubah selepas dia secara tidak langsung melibatkan diri dalam penjualan cendawan tiram kelabu kira-kira lima tahun lalu.
Melihat prospek jualan yang amat memberangsangkan, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini tidak teragak-agak mencuba nasib untuk mengusahakan sendiri tanaman cendawan yang dilihat mempunyai permintaan pasaran tinggi.
Menurut Nurul Hakimi, segala-galanya bermula secara kebetulan ketika dia sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka antara tahun 2009 hingga 2011 apabila seorang rakan memperkenalkannya dengan hasil pertanian itu.
“Pada awalnya saya hanya berniaga suka-suka. Saya beli tiga kilogram cendawan setiap hari, kemudian dibungkus semula dan dihantar ke beberapa buah kedai makan sekitar tempat tinggal saya.
“Setiap hari cendawan yang saya jual habis dan dari situ, saya mula buat kajian melalui internet mengenai prospek tanaman cendawan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Katil, Melaka baru-baru ini.
Menurutnya, pada 2010 dan berbekalkan modal RM1,500, dia dan suaminya, Mohd. Sharil Md. Sarip, 35, mula mengusahakan tanaman cendawan.
Namun, semua proses itu dilakukan secara manual kerana mereka masih tidak mampu untuk membeli mesin dan menyediakan rumah cendawan.
Nurul Hakimi berkata, empat bulan kemudian, mereka berjaya mengumpul modal sebanyak RM50,000 hasil meminjam duit daripada ahli keluarga untuk membina sebuah rumah cendawan dan membeli dua jenis mesin untuk memproses tanaman tersebut.
Katanya, melihat potensi besar tanaman itu, suaminya mengambil risiko dengan berhenti kerja dan memberi fokus penuh terhadap perniagaan tersebut manakala dia pula terpaksa membahagikan masa antara belajar dan mengusahakan tanaman tersebut bersama suaminya.
SEORANG pekerja membungkus cendawan sebelum ia dipasarkan.
Tidak menunggu lama, beliau berkata, mereka mula mengembangkan perniagaan dengan membina tiga lagi rumah cendawan dan kemudian menggunakan pinjaman Skim Pembiayaan Ekonomi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM100,000 bagi meluaskan ‘empayar’ yang diusahakan.
“Kini setiap bulan, empat buah rumah cendawan yang diusahakan di kampung suami saya di Tangkak, Johor boleh menghasilkan sebanyak 1.5 tan cendawan sebulan. Hasil tersebut diagih kepada beberapa buah pasar raya.
“Harga cendawan berkenaan adalah antara RM9 hingga RM10 sekilogram untuk pasaran borong manakala RM12 hingga RM16 sekilogram bagi jualan runcit.
“Namun, jumlah tersebut masih belum cukup untuk menampung permintaan yang tinggi di pasaran,” jelasnya,
Buat masa ini, Nurul Hakimi hanya boleh membekalkan hasil pertanian itu ke tiga buah pasar raya di Melaka dan sebuah pasar raya di Seremban, Negeri Sembilan.
Disebabkan ruang pasaran yang dilihat sangat meyakinkan, usahawan ini terus mengembangkan perniagaannya dengan suntikan modal melalui pembiayaan berjumlah RM300,000 daripada Agrobank baru-baru ini.
Melalui dana tersebut, mereka memajak sebidang tanah seluas 0.8 hektar milik Jabatan Pertanian Ledang dan membina 15 buah rumah cendawan yang kini dalam proses pembinaan.
“Jika siap kelak, kesemua 19 rumah cendawan tersebut dijangka mampu menghasilkan 250 kilogram cendawan setiap hari dan pasaran dijangka meluas ke Lembah Klang,” katanya.
Menurut Nurul Hakimi yang juga Ahli Majlis Unit Agropreuner Muda, kunci kejayaan mereka adalah tidak kenal putus asa dan sanggup belajar walaupun diuji pelbagai rintangan.
“Dari situ kami tahu, banyak perkara perlu dititikberatkan termasuk menggunakan benih berkualiti selain menjaga kebersihan rumah cendawan kerana tanaman ini sangat sensitif terhadap persekitaran,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm#ixzz3GeOaKPNp 
Hakcipta terpelihara 


Ahad, Oktober 05, 2014

Beli bongkah siap atau buat bongkah cendawan sendiri?



Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek tanaman cendawan masa kini disebabkan oleh permintaan dan harga yang tinggi, kos yang rendah, bersih, mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak masa untuk menjaganya. 

Tetapi ramai yang mengalami masalah untuk memilih cara nak mula projek ini…adakah dengan membeli bongkah atau membuatnya sendiri? 

Harus diingat jika anda betul-betul mahu buat projek cendawan, anda harus memulakan langkah pertama. Baru la anda lihat sejauh mana kemampuan anda. 


Sebagai contoh, langkah pertama anda ikuti kursus. Dari situ anda dapat lihat semua proses penghasilan bongkah dari proses gaul sehinggalah mengutip hasil. Ada peserta kata prosesnya amat remeh kena gaul, isi dalam plastik, kukus, suntik benih dan masalah penyakit.

Banyak kerja yang kena buat…ada juga yang kata “kalu macam ni baik beli bongkah yang dah matang dari buat lagi senang”. 


Ramai yang datang jumpa saya mempunyai masalah mencari bekalan dedak, habuk kayu, benih dan alatan membuat bongkah cendawan.

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan projek ini dinasihatkan membeli bongkah yang matang supaya anda tau seba sedikit cara jaga bongkah cendawan semasa pengeluaran hasil…belajar teknik-teknik buka tutup penutup untuk tau macam manae nak keluarkan hasil setiap hari. 


Ini ada sedikit tip untuk anda lihat perbandingan serta kelebihan / kekurangan beli bongkah matang atau buat bongkah sendiri.

Beli bongkah cendawan matang

  • Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll 
  • Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah umah pun boleh
  • Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual
  • Tiada masalah penyakit..kalu ada pun sedikit
  • Boleh test market dulu…ada tak permintaan penduduk setempat
  • Boleh beli sikit2 dulu…100 bongkah ke ikut modal la
  • Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung
  • Boleh buat separuh masa

Buat bongkah sendiri

  • Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll… 
  • sesetengah tempat susah nak dapat bekalan
  • Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit
  • Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih
  • Masalah penyakit kulat perosak
  • Jimat kos
  • Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z
  • Kena buat sepenuh masa

Cara mana yang anda pilih?


Itu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Saya sendiri pun bermula dengan membeli bongkah yang diproses dan benih diisikan sendiri. 


Jika berminat untuk menempah bongkah cendawan, boleh hubungi saya di 019-7589774 (Nizam) 

Isnin, September 29, 2014

Bongkah cendawan untuk dijual




Tawaran tempahan bongkah cendawan berbenih kini dibuka kepada anda yang ingin menceburi bidang tanaman cendawan. Ditujukan khas kepada bakal pengusaha cendawan dari pantai timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang) kerana kini Cendawan Global boleh memproses dan menghasilkan bongkah cendawan pada skala yang besar.

Anda mempunyai pilihan sama ada ingin mendapatkan bongkah yang baru disuntik mahupun yang telah separa matang bagi mempelajari secara praktikal cara penanaman cendawan dengan betul dan seterusnya mulakan bisnes cendawan di kawasan anda.



Harga boleh dirunding dan pengangkutan juga disediakan.

Kami tawarkan untuk membeli semula hasil cendawan anda. 

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi dengan whatsapp/sms/call di talian : 019-7589774 (Nizam)

Selasa, September 23, 2014

Nilai tambah kepada cendawan segar


Oleh Mohd Sabran Md Sani
Satu sajian pembuka selera dihidangkan di hadapan penulis de­ngan gaya persembahan sangat istimewa. Dihiasi daun salad, sos dan roti, menu burger ditampilkan cukup menyelerakan.
Dilihat pada struktur­nya, ia seakan-akan burger daging biasa yang terdapat di pasaran. Bentuk, warna dan saiznya juga meletakkan minda penulis bahawa bahan makanan itu dihasilkan daripada daging.
Misi seterusnya adalah membabitkan ujian rasa bagi mengetahui keenakan burger berkenaan.

Rumusan dapat dibuat, burger berkenaan menggunakan daging sebagai bahan utama bersandarkan teksturnya.
MOHD Irwani bersama dua pembantu penyelidik yang terbabit dalam penghasilan burger cendawan.
Ia bersandarkan kepada bentuknya yang tidak banyak beza dengan burger lain.
Hakikatnya, hidangan itu bersumberkan cendawan yang diolah menjadi makanan segera.
Inovasi berkenaan cetusan idea penyelidik dari Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Mohd Irwani Hafiz Sahid.

Usahanya memba­ngunkan burger cendawan memberikan nilai tambah kepada cendawan segar.

Membanggakan institusi berkenaan apabila produk hiliran dibangunkan itu memperoleh pingat perak sempena Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE) 2014.

Mohd Irwani membangunkan produk hiliran cendawan tiram atau nama saintifiknya Pleurotus pulmonarius.
MENU burger cendawan pembuka selera.
Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang produk makanan berasaskan daging seperti burger, kemudian mengaplikasikan penggunaan cendawan dalam teknologi pemprosesan burger.

Dengan kepakarannya, Mohd Irwani memformulasikan bahan berkenaan untuk diterjemahkan kepada produk hiliran.

Kesannya, bahan yang mudah rosak pada persekitaran biasa diberi nilai tambah.
Siapa sangka cendawan segar yang mengalami proses layu dalam tempoh sing­kat dimanfaatkan menjadi burger.

Paling mustahak ia mempunyai nilai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Antaranya burger dihasilkan tidak mengandungi atau dicampur daging dan rendah lemak.
BURGER cendawan dijadikan makanan segera.

Cendawan mengandungi beta glukan (membantu merendahkan tahap kolesterol) dan tidak mengandungi kolesterol.

Kekuatan pada burger berasaskan cendawan itu katanya adalah berunsurkan vegetarian.

“Maknanya orang yang tidak makan daging boleh makan, selain ia tidak mengandungi daging melainkan bahan cendawan dan bahan tidak bersumberkan daging.

“Ia juga sesuai bagi mereka yang inginkan makanan kesihatan,” katanya.

Katanya, dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020, cendawan dikenal pasti sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi.

“Tumpuan peningkatan aktiviti huluan dan hiliran akan diberi keutamaan bagi tujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar.

“DAN juga menggalakkan pembabitan agensi swasta dalam pengeluaran benih cendawan dan amalan pertanian serta pengilangan baik yang membawa kepada pe­ngurusan sisa sifar,” katanya.

Sambil merujuk senario dan hala tuju industri cendawan di Malaysia, katanya, bilangan pengusaha dijangka meningkat.

“Dari segi pe­ngeluaran cendawan pula, diunjurkan kepada 67,000 tan metrik dan nilai eksport akan meningkat kepada RM300 juta pada kadar 16 peratus setahun,” 
katanya.

Menurutnya, ramai mempunyai persepsi cendawan hanya untuk kegunaan segar.

“Selama ini kita tahu orang cuma tanam cendawan dan dijual secara segar.

“Mereka (petani) tidak menjadikan cendawan sebagai satu produk,” katanya.

Dari segi penanam cendawan, mereka hanya tahu cendawan segar dan tidak ada ilmu pemprosesan makanan bagi menghasilkan produk makanan.

“Justeru, kami di sini menghasilkan produk hiliran daripada cendawan dan mencipta produk nilai tambah daripada cendawan,” katanya.

Khasiat cendawan juga sebagai mengawal aliran darah, mengurangkan tekanan darah, meningkat­kan sistem imun dan antioksidan.

“Kajian bermula pada 2011. Pertamanya kami melakukan analisis tekstur (tekstur perlu menyamai daging).

“Daging tidak boleh lembik dan melekat.

“Ia disusuli ujian deria rasa dan kajian kuman (mikrobiologi) kerana burger itu dikira sebagai produk sejuk beku,” katanya.

Katanya, dia kini membawa produk berkenaan dalam pelbagai pameran termasuk lawatan Ketua Audit Negara dan Hari Cendawan 2014 di Bukit Tinggi Klang.

Lebih banyak kajian harus dijalankan untuk menghasilkan lebih banyak produk hiliran berasaskan cendawan.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) katanya, DAN dan Pertanian Negara Ketiga, sektor pertanian diberi penekanan dalam mengembalikan semula era kecemerlangan pertanian sebagai penjana ekonomi.

“Industri cendawan diberikan pelbagai insentif selaras dengan dasar itu.

“Namun begitu, keperluan dan permintaan terhadap cendawan negara masih tinggi dan perlu diimport dari Korea, China dan Jepun,” katanya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, industri cendawan mengalami defisit bekalan bernilai RM52.99 juta iaitu bersamaan 16.3 metrik tan cendawan pada tahun 2007.

Melalui inisiatif baru dalam pembangunan negara, Kementerian Pertanian dan Asas Tani mengunjurkan pengeluaran cendawan meningkat.

Justeru, industri cendawan dilihat sebagai industri yang berpotensi untuk dibangunkan.

Dengan pelaksanaan DAN yang dirangka dilihat sebagai titik permulaan untuk kebangkitan semula industri cendawan.

“Suntikan teknologi baru perlu diperkenalkan dan dilaksanakan terutamanya dalam penghasilan dan penambahbaikan proses hiliran produk berasaskan cendawan.

“Lambakan cendawan tiram kelabu dan tiram putih di pasaran disebabkan ketiadaan dan kekurangan teknologi dalam proses hiliran cendawan.

“Kekurangan teknologi hiliran cendawan meng­akibatkan kesukaran pe­ngusaha cendawan untuk mempelbagaikan produk cendawan,” katanya.

Oleh itu, suatu mekanisma untuk mempelbagaikan produk cendawan perlu dibangunkan dan secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada pengusaha cendawan.
Sumber: Harian Metro

Jumaat, September 19, 2014

Rumah cendawan untuk disewa di Johor

Assalam.

Berita baik buat bakal pengusaha cendawan di kawasan Johor dan Lembah Klang.

Rumah cendawan yang lengkap dengan kemudahan untuk disewa di Kg Sri Jaya, Kota Tinggi, johor. Lokasi yang terletak kira-kira 11km dari kota tinggi dan 45km dari jb dan pasir gudang.

Terdapat 6 buah rumah cendawan keseluruhannya yang boleh memuatkan sehingga 8000 bongkah setiap rumah. Pada masa ini, saya baru menggunakan 2 buah rumah dan ada 4 buah lagi yang kosong.

Sewa untuk sebuah rumah cendawan ini ialah RM100 sebulan.



Selalunya bakal pengusaha cendawan yang ingin memulakan projek cendawan menghadapi dilema kerana kos untuk membina rumah cendawan yang tinggi maka peluang ini saya tawarkan buat anda. Lebih banyak bongkah boleh dihasilkan kerana tempat untuk pemeraman dan kutipan hasil telah sedia ada.

Penyewa juga diberikan pilihan sama ada ingin menguruskan sendiri bongkah cendawan dan juga hasil cendawan ataupun berkongsi khidmat upah daripada pekerja ladang saya yag sedia ada.



Tentang pasaran pula, buat masa ini, telah sedia ada pembeli cendawan dan anda ada pilihan sama ada jual sendiri ataupun boleh jualkan hasil tersebut kepada saya pada harga ladang.

Bongkah cendawan juga ada pilihan iaitu sama ada beli yang telah siap dengan saya ataupun buat sendiri di sini dengan menggunakan kemudahan yang sedia ada. 



Saya secara peribadi galakkan beli bongkah yang telah siap sekurang-kurangnya separuh matang bagi mempercepatkan proses dan saya boleh sediakan dalam tempoh masa yang singkat. 

Disamping menjimatkan masa, anda boleh belajar dulu cara penjagaan hinggalah kepada pemasaran sebelum tumpukan kepada proses pembuatan pula bagi musim kedua.



Jika berminat, boleh hubungi saya dengan segera kerana saya sendiri dalam proses untuk memenuhkan kesemua rumah cendawan berkenaan pada hujung tahun ini juga kerana permintaan pasaran ke atas cendawan semakin meningkat setiap hari terutama di kawasan sekitar Johor pada masa. Siapa cepat dia dapat.

Hubungi saya dengan sms/ whatsapp di 019-7589774 (Nizam)

http://tonexpress.com/hanizam
a> Related Posts with Thumbnails