Jumaat, Jun 10, 2016

Cendawan volvariella pikat hati juri



KUALA NERANG – Inovasi teknologi cendawan volvariella yang dihasilkan oleh Jabatan Pertanian Padang Terap berjaya menarik perhatian pihak juri apabila dinobatkan johan bagi kategori awam dan johan keseluruhan dalam Konvensyen Pertandingan Inovasi Inklusif di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
Pegawainya, Yuzaidi Azmi berkata, Jabatan Pertanian Padang Terap mewakili Kedah dalam pertandingan peringkat kebangsaan itu.
Menurutnya, melalui teknologi itu petani tidak memerlukan kos yang tinggi bagi mengusahakannya dan pengurusannya juga sangat mudah berbanding cendawan biasa yang memerlukan pengalaman serta kos yang tinggi untuk menghasilkannya.
“Petani tidak memerlukan tanah yang luas serta membina pondok untuk menghasilkan cendawan ini. Bagi penoreh getah mereka boleh mengusahakannya di tengah antara pokok getah dan ini juga hasil alternatif kepada mereka bagi menampung pendapatan terutamanya semasa musim hujan.
“Cendawan ini boleh diusahakan di ladang kelapa sawit dan dusun kerana cuacanya yang dingin. Dengan hanya bermodalkan sebanyak RM3,000 petani mampu memperoleh RM10,000 sebulan jika cendawan itu dijaga dengan baik,” katanya.
Yuzaidi berkata, tanaman cendawan dari Pejabat Pertanian Padang Terap itu merupakan kali pertama dihasilkan di Malaysia.
Jabatan Pertanian Padang Terap juga turut dinobatkan bagi memenangi juara keseluruhan selepas mengatasi juara kategori awam dan pendidikan.
Kejayaan ini membolehkan Jabatan Pertanian Padang Terap membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 serta piala iringan.
Katanya, diharap teknologi tanaman cendawan ini dapat dimanfaatkan kepada seluruh petani di negara ini terutamanya kepada penoreh getah yang sering menghadapi masalah kejatuhan harga dan juga musim hujan.
“Kejayaan ini juga telah mengharumkan nama Jabatan Pertanian Kedah dalam membantu petani di luar bandar dan pihak kami juga sentiasa peka dengan masalah petani supaya mereka dapat keluar dari masalah kemiskinan,” katanya.
sumber: Sinar Harian

Gambar Hiasan : Cendawan volvariella

Video Teknik FB Retargeting


‘Benda Licik’ Ini Bantu Saya Follow Prospek Ke Mana-mana Sahaja Dalam Facebook!

Saya Bongkar Habis!
Strategi SECRETPROVEN Bagaimana Saya...
Buat Iklan Terpapar Betul-betul Depan Mata Prospek & Ikut Mereka Ke Seluruh Pelusuk Facebook & Hasilkan KEUNTUNGAN RM3,310 Kurang Dari 15 Hari!

Ini yang terjadi pada bisnes saya:

Maklumat lanjut di sini.

.

Sabtu, Mei 21, 2016

Nekad jadi pengusaha cendawan tiram berjaya

Nekad jadi pengusaha cendawan tiram berjaya
Mohd Hairolzeman menunjukkan hasil tanaman cendawan kepada wakil PPK Kangkong yang datang melawat ke rumahnya.

MINAT mendalam terhadap cendawan tiram menyebabkan seorang pemuda sanggup melepaskan jawatan sebagai juruteknik semata-mata mahu mengusahakan tanaman berkenaan.

Keputusan nekad Mohd Hairolzeman Harun, 36, untuk mengusahakan tanaman cendawan sejak 2013, meletakkan pemuda ini antara pengusaha berjaya di jajahan Pasir Mas.

“Saya buat keputusan untuk serius dalam bidang ini kerana mendapati tanaman cendawan mempunyai potensi cukup besar di pasaran. Bermula dengan 3,000 bongkah, Alhamdulillah, sekarang saya mempunyai 9,000 bongkah cendawan.

"Cendawan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran dan digunakan dalam masakan tomyam serta sup. Penggunaan cendawan dalam kedua-dua masakan itu mampu menjadikan ia lebih sedap," katanya.

Nekad jadi pengusaha cendawan tiram berjaya

Menurut Mohd Hairolzeman, kejayaan itu menguatkan lagi semangatnya untuk terus maju dalam bidang tersebut.

Selain itu katanya, dia turut bercita-cita untuk mengusahakan cendawan sejuk beku berperisa 'Crispy' dan snek cendawan.

“Kedua-dua produk ini masih dalam kajian dan penelitian. Bila siap, saya akan pasarkan. Selain itu, saya juga bertekad untuk menjadi pembekal bongkah cendawan yang berkualiti di negeri ini," katanya.

Nekad jadi pengusaha cendawan tiram berjaya

Mohd Hairolzeman berkata, pengalaman mengusahakan tanaman itu dan mengikuti kursus berkaitan, menjadikan dia lebih bersedia untuk melebarkan sayap dalam bidang tersebut.

“Kejayaan saya ini juga adalah hasil tunjuk ajar dan sokongan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong. PPK Kangkong banyak membantu saya dengan memberi sokongan dalam menjayakan program,” katanya.

sumber: Sinar Harian

Ahad, April 17, 2016

Tanam cendawan di ladang getah

Tanam cendawan di ladang getah
Abd Lateh (dua, kanan) menyerahkan bantuan mereka kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama As Siddiqiah, Mohd Sidek Junus (dua, kiri).

ALOR SETAR - Golongan penoreh getah yang menerima kesan ekoran kejatuhan harga komoditi getah dicadangkan mengusahakan tanaman alternatif.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah, Abd Lateh Mohd Saman berkata, cendawan volvariella dilihat bersesuaian sebagai tanaman sampingan di kebun getah.
“Proses mengusahakan tanaman cendawan jenis berkenaan berkenaan tidak rumit, sekali gus membolehkan penoreh getah menjana pendapatan tambahan.
“Malah, inisiatif penanaman cendawan dalam kebun getah buat pertama kalinya dalam negara di Kampung Kubang Kenyeng, Padang Terap kini dilihat membuahkan hasil,” katanya.
Menurutnya, inovasi cendawan volvariella berkenaan menempa nama sebagai johan dalam Konvensyen Pertandingan Inovasi Inklusif peringkat kebangsaan di Pahang, tahun lalu.
"Cendawan volvariella ini boleh diusahakan di kebun getah menggunakan bahan terbuang, malah kaedah penjagaan tanaman itu mudah.
"Harga runcit bagi cendawan berkenaan buat masa ini adalah sekitar RM15 sekilogram (kg), sekali gus dilihat mampu menambah pendapatan mereka," katanya.
Untuk itu katanya, penoreh getah dinasihatkan mengambil peluang mempraktikkan inovasi berkenaan bagi menempuhi keadaan harga getah jatuh melalui bantuan dan sokongan kerajaan.
"Kami sentiasa memandang serius kebimbangan golongan berhubung kejatuhan harga getah, apatah lagi penoreh merupakan sebahagian daripada peladang," katanya.
Malah katanya, pihak mereka sedang menyiapkan kertas kerja usul kepada pihak bertanggungjawab untuk memberi bantuan kepada pekebun getah kecil terutamanya di luar bandar.
"Antara cadangan adalah peruntukan kewangan dan bantuan mesin proses cendawan terhadap golongan penoreh getah terlibat.
"Kami berharap cadangan berkenaan diberikan perhatian oleh mana-mana pihak berkaitan bagi membantu golongan yang terjejas kebelakangan ini," katanya.
Sementara itu katanya, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian tanah seluas 404.7 hektar di Gunung Bongsu, Kulim.
"Pihak PPN Kedah akan membangunkan tanah berkenaan untuk penanaman pokok getah bagi membantu golongan penoreh di negeri ini.
"Tanah diberikan kepada PPN Kedah di Cherok Selok sudah diusahakan sebagai ladang getah, malah ia kini sedang membuahkan hasil," katanya.
Terdahulu, pihak PPN Kedah menyalurkan sumbangan 230 beg sekolah dan wang sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran di Sekolah Menengah Agama As Siddiqiah, Padang Terap, kelmarin.
 
sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/tanam-cendawan-di-ladang-getah-1.496382

Ahad, Mac 06, 2016

Cendawan jerami bantu penoreh

Cendawan jerami bantu penoreh
Razali (kanan) menunjuk teknik mengusahakan cendawan jerami di dalam ladang getah.

KUALA NERANG - Cendawan jerami akan diperkenalkan kepada penoreh getah di Padang Terap bagi menambahkan pendapatan ketika harga getah semakin merosot.

Pegawai Jabatan Pertanian daerah Padang Terap, Mohamad Yuzaidi Azmi berkata, tanaman cendawan ini akan dijadikan tanaman alternatif supaya penoreh boleh menambah pendapatan mereka melalui projek itu.

Menurutnya, bagi peringkat permulaan, projek di bawah jabatan ini mula diusahakan seorang penoreh getah di Kampung Kubang Kenyeng, Mukim Tekai Kanan, dekat sini.

"Melalui projek ini, penoreh boleh mengusahakannya di tengah ladang getah mereka dan mudah untuk mengusahakannya berbanding teknik tanaman cendawan sebelum ini," katanya.

Mohamad Yuzaidi berkata, projek itu hanya memerlukan tandan sawit atau jerami padi yang diperam tujuh hari dan kemudiannya ditambak menjadi batas sepanjang tiga meter panjang dan satu meter lebar di atas plastik hitam.

“Jerami itu akan dimampatkan dan ditutup selama tujuh hari kemudiannya plastik hitam itu dilengkungkan dengan buluh supaya tidak mengganggu proses tumbuhan cendawan nanti.

"Selepas lima hari, akan kelihatan cendawan tumbuh dan hasilnya boleh bertahan sehingga sebulan,” katanya.

Katanya, setiap batas boleh menghasilkan dua kilogram cendawan sehari dan penoreh mampu mengusahakannya lima batas sebagai peringkat permulaan.

"Harga setiap satu kilogram cendawan jerami pada hari ini ialah RM10 dan jika mereka mampu menghasilkan 10 kilogram sudah tentu mampu meraih pendapatan RM100 sehari," katanya.

Tambahnya, cendawan jerami ini sangat sesuai dengan cuaca di kawasan itu dan tidak memerlukan kos tinggi untuk mengusahakannya.

"Jerami dan tandan kelapa sawit yang terbuang juga boleh digunakan untuk tanaman cendawan ini," katanya.

Malah katanya, apabila musim luruh daun getah berlaku, pengusaha boleh memasang jaring hitam bagi menutup batas cendawan itu supaya dapat mengekalkan cuaca di dalam ladang getah mereka.

"Pengusaha tidak perlu membina rumah khas yang memerlukan kos tinggi.

“Saya mengalu-alukan penoreh getah melibatkan diri dalam tanaman cendawan jerami ini kerana mampu menambah pendapatan sebagai penoreh getah. Pihak Jabatan Pertanian juga bersedia membimbing penoreh yang berminat,” katanya.


sumber: Sinar Harian
a> Related Posts with Thumbnails