Ahad, September 30, 2007

Kaedah Pemasaran Cendawan

Pemasaran Cendawan
Pemasaran adalah faktor yang paling mustahak diambil kira dalam perusahaan cendawan. Jika anda tidak boleh menjual cendawan anda pada harga yang boleh memberikan margin keuntungan yang munasabah, lebih baik anda lupakan sahaja projek ini. Luangkan sedikit masa, malahan sedikit modal untuk menambah pengetahuan anda tentang kaedah pemasaran yang paling sesuai untuk memasarkannya. Kajian pasaran dan penilaian awal terhadap potensi cendawan dianggap cabaran yang paling utama dalam peringkat awal memulakan satu bisnes cendawan.
..
Bisnes Cendawan
Kunci utama kepada bisnes cendawan yang berjaya ialah dengan mendapatkan pembeli yang tetap / terjamin dan pengusaha berupaya menghasilkan pengeluaran cendawan yang tetap. Penanam cendawan yang baru mungkin perlu menghadapi cabaran memperolehi tunjuk ajar dan pengetahuan dalam selok-belok bidang ini dalam masa dua hingga tiga tahun. Anggaran memulakan perusahaan cendawan secara komersil memerlukan kos antara RM50,000 hingga RM250,000, bergantung kepada samada penanam bermula dengan bangunan yang lengkap atau tidak. Dengan sebab itu, adalah lebih baik bermula secara kecil-kecilan dahulu. Antara tip yang boleh diikuti ialah seperti berikut:

  • Jadikan pasaran pendorong kepada pengeluaran anda. Bercakap / berjumpa & berunding dengan pembeli yang berpotensi berkaitan jumlah keluaran dan harga cendawan anda.
  • Terokai pelbagai pilihan pemasaran: broker, pengedar, pasar tani, restoran, kedai runcit, katering, koperasi dsbnya.
  • Pertimbangkan juga bagi menjual semula cendawan keluaran pengusaha lain bagi menawarkan lebih varieti dan meningkatkan jumlah jualan.
  • Berunding dengan pengusaha lain dan juga mungkin konsultan tentang sistem pengeluaran untuk penambah baikan.
  • Pertimbangkan untuk membeli peralatan second-hand bagi mengurangkan kos pelaburan modal awal.
  • Seimbangkan dengan sebaik mungkin antara penggunaan modal yang rendah dengan pinjaman yang tinggi terutama di peringkat permulaan. Pada peringkat ini risiko perlu diambil kira.

Jumaat, September 28, 2007

Kajian Pasaran Cendawan

Perusahaan cendawan adalah satu perniagaan yang serius dan berpotensi besar, maka salah satu faktor kejayaan ialah dengan melakukan kajian pasaran terlebih dahulu tentang potensinya. Matlamat penilaian pasaran adalah untuk menjangka jumlah jualan dan pendapatan kasar daripadanya serta menganalisa potensi keuntungan dan aliran tunai, juga bagi mengumpul maklumat berkaitan potensi pembeli dan juga pesaing (membantu dalam membangunkan strategi pemasaran kelak).
..
Banyak cendawan yang berpotensi untuk ditanam, namun pasarannya, walau sedang berkembang, masih terhad dan memerlukan banyak usaha kita sendiri untuk berjaya. Sekiranya anda berfikir dan merancang untuk memulakan perusahaan penanaman cendawan secara komersil, bermula dengan persoalan ini: Kepada siapa anda ingin jual?
..
Anda tidak akan memperolehi sebarang pendapatan di dalam sebarang bisnes jika anda tidak mempunyai pembeli kepada produk anda. Kaji siapa yang akan membeli cendawan anda, jenis yang bagaimana yang mereka mahu dan di mana mereka akan beli. Anda perlu kaji dengan lebih lanjut permintaan ke atas setiap spesis cendawan atau produk daripada cendawan tersebut - juga tempat yang ia akan dipasarkan, sebelum terjun secara besar-besaran beserta modal dan sepenuh tenaga dalam perusahaan ini.

Semak situasi semasa di kawasan anda. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menjalankan pemerhatian ke atas gelagat pembeli, survey ke atas kebanyakan kedai-kedai, temu ramah dengan penanam cendawan, dan juga test market (sekiranya anda sudah ada produk yang sedia diuji kaji). Satu lagi cara kajian pasaran ialah dengan menilai pesaing-pesaing anda. Ini akan membantu anda menentukan apakah pasaran yang sedia wujud dan mengenal pasti keperluan baru / niche yang boleh anda penuhi melalui produk anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pesaing anda, gunakan produk mereka. Bercakap dengan mereka. Anda akan terkejut berapa banyak maklumat yang mereka akan kongsi dengan anda.

Isnin, September 24, 2007

Maklumat Rumah Cendawan

..
Rumah cendawan merupakan sebuah tempat persekitaran yang terkawal bagi penanaman cendawan. Penanaman cendawan memerlukan persekitaran yang bersih. Antara ciri-ciri yang diperlukan:
..

..
  • Mempunyai pengudaraan yang baik
  • Menggunakan dinding netting
  • Suhu sesuai : 28 - 30 C
Rumah cendawan beratap dan perlu disiram dua kali sehari untuk mengekalkan kelembapan.
..
Kelembapan yang tinggi antara 80-90%.


Kalis serangga dan penyakit iaitu dinding berjaring dan lantai perlu bersimen.

..

Ukuran standard adalah 20' x 50'

Ia dibahagikan kepada beberapa ruang:

..

  • Ruang Penyediaan - ruang menggaul media
  • Ruang Pengukusan - ruang beg media dibasmi kuman
  • Bilik Suntik - ruang menyuntik benih
  • Bilik Pemeraman - ruang untuk meletakkan beg semasa pemeraman
  • Ruang Pengeluaran Hasil - ruang menyusun beg untuk memungut hasil.

Ahad, September 23, 2007

Langkah Penanaman Cendawan

Cendawan bukan sekadar tumbuhan yang mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan serat yang tinggi berbanding sayuran lain, tetapi juga mampu memberi pulangan lumayan jika diusahakan secara komersial. Ada pelbagai jenis cendawan diusahakan oleh penanam cendawan iaitu Cendawan Tiram Kelabu, Tiram Putih, Telinga Kera, Abalone, Ling Zhi, Bunga Kobis, Jarum Emas dan Cendawan Butang yang sentiasa mempunyai pasaran dan penggemar negara ini.
Ketika ini, ramai yang beranggapan proses menanam cendawan amat rumit, tetapi sebenarnya ia mudah serta senang dijaga dan dalam masa tiga bulan hasilnya sudah boleh dikutip. Bahan asas yang digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu, dedak padi, kapur pertanian serta benih cendawan.
...
Pada peringkat permulaan semua bahan ini digaul dengan air sehingga basah untuk menghasilkan medium cendawan. Medium cendawan yang siap diproses tadi dimasukkan di dalam beg plastik dan ditutup dengan menggunakan penutup plastik dan dihentakkan sehingga padat. Sebelum menutupnya, pastikan span dimasukkan ke dalam penutup untuk menghasilkan blok cendawan dan kemudian disusun di dalam tong dram yang berisi air untuk menjalani proses kukus. Proses ini bertujuan untuk membunuh semua organisma dan kuman yang ada dalam campuran medium cendawan yang disediakan dan selepas dikukus blok cendawan `direhatkan' selama dua hari sebelum menjalankan kerja penyuntikan benih.
...
Selepas itu, penutup cendawan dibuka menggunakan pencungkil besi yang dipanaskan dan benih akan diisi dengan seseorang itu juga perlu mencatatkan tarikh dan jenis benih cendawan. Blok cendawan yang sudah diisi benih akan disusun di atas rak yang disediakan di rumah cendawan dan rumah itu mestilah berbumbungkan atap nipah atau rumbia serta di bahagian dindingnya pula dipasang jaring hitam. Blok cendawan itu akan diperam kira-kira tiga bulan dan dalam tempoh itu, seseorang pengusaha perlu menyiram air tiga kali sehari pada lantai serta pada badan blok cendawan.
..

Cendawan memerlukan cahaya yang lemah dan sekata, pertumbuhannya akan terbantut jika terkena sinaran matahari berlebihan dan bagi cendawan yang terkena penyakit perlu diasingkan supaya tidak merebak ke blok cendawan lain. Selepas kira-kira tiga bulan spora akan terbentuk di dalam blok cendawan dan mengembang memenuhi blok itu. Penutup blok akan dibuka dan cendawan akan mulai tumbuh kira-kira lima hari selepas penutup dibuka.

Setiap cendawan perlu dikutip sebelum bahagian tepinya kelihatan berombak dan selepas dikutip blok cendawan perlu ditutup semula dan direhatkan selama 10 hari sebelum dibuka kembali untuk memudahkan proses pembentukan semula spora di dalam blok itu.

Sejambak cendawan boleh mencecah 80 gram dan satu blok cendawan boleh dituai hasilnya sehingga enam kali dalam tempoh empat bulan. Selepas itu, hasilnya akan berkurangan dan perlu membuat blok baru. Blok cendawan yang tidak dapat mengeluarkan hasil lagi boleh dihancurkan untuk dijadikan baja kompos dan makanan kambing dengan mencampurkan beberapa jenis bahan lain. Cendawan yang dituai boleh disimpan kira-kira tiga hari dalam peti sejuk.

Jumaat, September 21, 2007

Enoki Mushroom ( GIN-JEN-GU)

Golden-needle-mushroom (Jin-Gen-Goo) sucessfully kills 95% of cancer cells (Taiwan Report) Research done by Singapore U shows that eating this mushroom can destroy 95% of cancer cells in our body by boosting our immune system.
..
Professor Phan Hwai Chong of Yang Ming Research Centre in Taiwan told Reporter that consuming this kind of mushroom, one of the ingredients in the mushroom can trigger the multiplication of our healthy "defensive" cells. By out-numbering the cancer cells, healthy cells help eradicatecancer cells.
..
American scientists have since run tests on this particular type of mushroom extract with blood, done outside human body . Results show that mushroom extract is able to destroy cancer cells. According to Taiwan professor, since healthy "fighting" cells can be multiplied to tens & thousands of times, it can either be used as drip or just by eating mushroom. The mushroom is most frequently taken with steam boat. Cooking time should be less than 3 minutes, or the healing property would greatly diminish.
..
Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada abang saya, Mat Zain kerana mengirimkam artikel ini untuk dikongsi bersama pengunjung CG. Beliau sekarang menjalankan bisnes fotografi dan boleh dilayari di blognya http://www.zainabdullah.wordpress.com/. Thanks bro!

Kaji Selidik Tentang Cendawan

Cendawan merupakan tanaman sayuran yang paling unik dan cerita mengenainya merupakan subjek yang paling menarik dalam bidang pertanian.

Hari ini merupakan hari terakhir kaji selidik tentang maklumat yang paling ingin diketahui oleh peminat dan mereka yang bercadang mengusahakan bisnes cendawan. Diharapkan pengunjung Cendawan Global boleh memberikan sedikit sebanyak maklum balas. Cheers!

Jumaat, September 14, 2007

Faktor Utama Penanaman Cendawan Komersil

Berikut adalah antara sebab utama mengapa semakin ramai pengusaha menceburi bidang penanaman cendawan di Malaysia:
  • Kandungan nutrient pemakanan yang tinggi
  • Keuntungan tinggi dalam jangka masa pendek
  • Potensi pemasaran
  • Kos pengeluaran yang rendah. Bahan buangan pertanian.

Melalui kajian yang dibuat, prospek industri cendawan di Malaysia adalah cerah dari aspek berikut:

1) Penanaman Cendawan dan Aktiviti Hiliran Serta Industri Asas Tani


    Trend makanan dan peningkatan permintaan iaitu :
    Jumlah cendawan dimakan oleh rakyat Malaysia = 324 gm/kapita/tahun. Cendawan diperlukan = 8,100 tan.
    Pengeluaran cendawan masa kini = 5,500 tan.
    Defisit pengeluaran = 2,600 tan (tahun 2004).




    2) Peningkatan Penggunaan Cendawan

Pengambilan ayam oleh orang Malaysia = 3.5kg/tahun. Sasaran meningkatkan pengambilan cendawan oleh orang Malaysia kepada 2kg/tahun. Ini meningkatkan pengeluaran cendawan kepada 50,000 tan/tahun.

  • Masa depan industri cendawan cerah kerana permintaan yang tinggi dan pengguna yang berkemampuan.
  • Malaysia kaya dengan bahan-bahan substrat / biomass (proses sisa industri kelapa sawit, jerami padi, dan cuaca yang sesuai.
  • Polisi kerajaan menjalankan penyelidikan bioteknololgi, termasuk bidang cendawan yang telah disahut oleh UM, adanya pelan BOT dan insentif-insentif daripada pelbagai jabatan dan organisasi kerajaan Malaysia.

Selasa, September 04, 2007

Cendawan Tiram Putih


Nama saintifiknya ialah Pleurotus florida dan biasa dipanggil Cendawan Tiram Putih.

Subsrat Media
Habuk kayu getah
Kapas

Pemeraman
Jangka masa : 10-12 minggu
Suhu sesuai : 30°C - 32°C

Hasil / Beg (1kg media)
100 – 150gm/beg

Catatan
Ditanam untuk mempelbagaikan jenis cendawan segar.

Cendawan Merah Jambu

Cendawan Tiram Merah Jambu atau nama saintifiknya ialah Pleurotus flabellatus.

Subsrat Media
Habuk kayu getah
Kapas

Pemeraman
Jangka masa : 25 – 30 hari
Suhu sesuai : 28°C - 30°C

Pengeluaran Hasil
Jangka masa : 10 – 12 minggu
Suhu sesuai : 30°C - 32°C

Hasil / Beg (1kg media)
50 – 150gm/beg

Catatan
Ditanam untuk mempelbagaikan jenis cendawan segar. Sesuai untuk dibuat salad.

Isnin, September 03, 2007

Cendawan Tiram Kuning

Nama saintifiknya ialah Pleurotus citronipileatus atau biasa dipanggil Cendawan Tiram Kuning.

Subsrat Media
Habuk kayu getah
Kapas

Pemeraman
Jangka masa : 45 – 60 hari
Suhu sesuai : 28°C - 30°C

Pengeluaran Hasil
Jangka masa : 10 – 12 minggu
Suhu sesuai : 30°C - 32°C

Hasil / Beg (1kg media)
30 – 100gm/beg

Catatan
Ditanam untuk mempelbagaikan jenis cendawan segar serta sesuai untuk dibuat salad.

Sabtu, September 01, 2007

Cendawan Perut Lembu



Nama saintifiknya ialah Clitocybe sp. atau dipanggil Cendawan Perut Lembu.

Subsrat Media
  • Habuk kayu getah
  • Kapas

Pemeraman

  • Jangka masa : 45 – 50 hari
  • Suhu sesuai : 28°C - 30°C

Pengeluaran Hasil

  • Jangka masa : 20 – 25 minggu
  • Suhu sesuai : 30°C - 32°C

Hasil / Beg (1kg media)
250 – 300gm/beg

Catatan
Masih belum popular di kalangan pengusaha.

a> Related Posts with Thumbnails