Berita Harian
29.10.2007
29.10.2007
KUALA LUMPUR: Industri cendawan di negara ini kini melangkah ke era yang memberangsangkan apabila ia diusahakan secara komersial oleh usahawan tani menggunakan kaedah bioteknologi. Pengurus Pusat Perintis Agro-Tech Centre, Hilmy Hamzah, berkata bagi meningkatkan lagi bilangan mereka yang terbabit dalam pertanian ini pihaknya bertanggungjawab menyalurkan ilmu serta kemahiran yang diperlukan.
..“Sebagai pusat yang bertanggungjawab kita dapati perkembangan industri cendawan begitu positif dan membanggakan. Semakin ramai yang berminat menceburi industri ini apabila ia diusahakan secara komersial".
..
“Kami mengutamakan penerapan kemahiran sebenar kepada individu supaya setiap pengusaha cendawan yang dilahirkan adalah berkualiti dan berdaya saing selaras dengan hasrat untuk menjadikan sektor pertanian sebagai perniagaan,” katanya di sini, semalam. Katanya, permintaan terhadap hasil pertanian ini agak besar dan untuk itu lebih ramai pengusaha cendawan perlu dilahirkan setiap tahun bagi menampung keperluan yang sentiasa meningkat.
..
Sementara itu, Pengerusi Biro Pertanian Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, berkata perkembangan positif sektor pertanian perlu diperluaskan supaya lebih ramai anggota masyarakat menikmati hasil lumayan dari bidang pertanian umumnya dan industri cendawan khasnya. Perkembangan dan masa depan sektor pertanian dibincangkan secara terperinci di Konvensyen Pertanian Kebangsaan yang berakhir semalam di Negeri Sembilan, katanya.
..Hilmy berkata bagi memberi peluang orang ramai menimba ilmu dalam penanaman cendawan, satu kursus penanaman cendawan teknik terkini akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa pada 3 November ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Maklumat lanjut hubungi urus setia di talian 03-41082298, 019-3311298 atau 012-6621367.
..
Sila layari:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan