..
.
500 gm daging ayam
.
700 ml santan
.
4 tangkai daun selasih
.
5 tangkai terung pipit
.
2 sudu besar rempah kari daging
.
.
BAHAN A - MAYANG
..
4 ulas bawang merah
.
2 ulas bawang putih
.
.
BAHAN B -KISAR
.
5 ulas bawang merah
.
3 ulas bawang putih
.
6 tangkai cili padi
.
4 tangkai cili merah
.
2 batang serai
.
1 sudu kecil lada hitam
.
3 cm lengkuas
.
.
BAHAN REMPAH:
.
2 batang kulit kayu manis
.
5 kuntum bunga cengkih
.
4 kuntum bunga lawang
.
.
CARA MENYEDIAKAN:
..
1. Panaskan 150 ml santan di dalam kuali dan kacau perlahan-lahan sehingga naik minyak. Ambil minyak ini untuk menumis.
.
2. Tumiskan bahan A sehingga wangi. Masukkan pula bahan B dan rempah kari daging. Tumiskan seketika sehingga garing.
.
3. Kemudian tuangkan lebihan santan, bahan rempah serta daging ayam. Kacau rata.
.
4.Masukkan gawam dan gula secukup rasa. Apabila kuah agak pekat, masukkan pula cendawan, daun selasih dan terung pipit. Kacau kuah sehingga pekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan