PENANAMAN CENDAWAN
Penanaman cendawan mengikut persekitaran adalah seperti berikut:-
1. Penanaman cendawan tanah rendah:
Keperluan suhu antara 25-32oC
2. Penanaman cendawan tanah tinggi:
Keperluan suhu antara 14-22oC.
3. Penanaman cendawan persekitaran terkawal:
Keperluan suhu antara 10-18oC
Persediaan di tapak projek (seluas 2 ekar)
- 1 unit bangunan untuk pejabat, pengumpulan hasil, bilik penyimpanan (chiller) dan bilik proses.
- 1 unit bangunan untuk menyimpan habuk kayu dan ruang penyediaan beg media
- 1 unit bangunan untuk pengukusan, penyejukan beg media dan bilik penyuntikan benih
- 10 unit rumah cendawan bersaiz 20' x 50' untuk pemeraman dan pengeluaran hasil
Ciri-ciri asas rumah cendawan
- Pengudaraan yang baik - gunakan dinding netting
- Suhu sesuai: 28-30oC - rumah cendawan beratap dan siram 2 kali sehari
- Kelembapan bandingan yang tinggi: 80-90% (siram dua kali sehari)
- Kalis serangga dan penyakit - dinding netting dan lantai bersimen
Ukuran rumah cendawan yang sesuai
Besar: 20' x 50' - memuatkan 10,000 - 15,000 beg
Kecil: 20' x 15' - memuatkan 3,000-4,500 beg
Contoh:
Rumah berdinding jaring (netting) dan rumah berdinding daun nipah.
Rumah cendawan tidak sesuai terlalu besar kerana sukar untuk mengawal
jangkitan pencemaran.
Ruang dalam bangunan
- Ruang penyediaan - ruang menggaul media
- Ruang pengukusan - ruang beg media dibasmi kuman
- Bilik suntik - ruang menyuntik benih
- Bilik pemeraman - ruang untuk meletak beg media semasa pemeraman
- Ruang pengeluaran hasil - ruang menyusun beg untuk memungut hasil
Amalan pengurusan baik
Mematuhi
susun atur kerja yang mengambilkira kawasan basmi kuman dan bukan basmi
kuman (perlu dipatuhi untuk mengelakkan pencemaran). Kebersihan ruang
perlulah dijaga.
Kerja-kerja penyediaan beg hendaklah dilakukan di
kawasan tidak basmi kuman dan aktiviti pengukusan di sempadan antara
kawasan tidak basmi kuman dan kawasan basmi kuman. Manakala kerja
menyuntik benih dilakukan di kawasan basmi kuman dan pemeraman serta
memungut hasil di kawasan basmi kuman.
Dapatkan
bekalan bahan media (habuk kayu getah, dedak, kapur) dan bekalan
peralatan (tutup dan leher beg media, mesin bancuh, tong dram atau
pengukus besar (steamer) serta mesin pengisi dan pembekal.
Teknik Menanam Cendawan
Aktiviti
utama yang perlu dilakukan ialah menyediakan beg media cendawan, iaitu
beg plastik tahan panas (8.5 cm x 36 cm, tebal 0.6 cm), tutup dan leher
beg media, kapas/span penyumbat. Keperluan penyodok besar dan kecil
(bagi projek kecil) atau mesin bancuh, mesin pengisi beg (projek besar).
Gaulkan
habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
mengikut berat. Siram air sehingga habuk kayu tidak berderai apabila
dikepal. Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan
padatkan sehingga tingginya 18 cm dan beratnya 1 kg. Pasangkan leher
dan tutup (penutup disumbat dengan sedikit kapas).
Pengukusan Beg Media Cendawan
Masukkan
air ke dalam tong drum sehingga paras lapik. Susun beg media secara
menegak sehingga penuh tong drum. Tutup mulut tong drum dengan lapisan
guni gula dan besen aluminium di atasnya. Kukus selama 7 jam. Padamkan
api dan sejukkan beg media di dalam ruang penyejukan. Sekiranya tanaman
cendawan itu merupakan projek besar, peralatan seperti steamer, set
dapur gas, bakul pastik/besi perlu digunakan.
Pemilihan Benih Cendawan
Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian semasa memilih benih ialah:-
- pilih dengan teliti
- miselium benih yang baik berwarna putih seperti kapas
- pilih benih yang pertumbuhan miseliumnya penuh dan padat
- jangan pilih benih yang berwarna perang dan yang mengeluarkan cairan seperti minyak kerana ia telah tua dan tidak aktif
- jangan pilih benih yang dicemari kulat yang berwarna hijau, kuning dan hitam
- jangan pilih benih yang berbau masam dan berulat.
Penyuntikan Benih Cendawan
Peralatan
yang diperlukan untuk penyuntikan benih ialah benih, pengorek benih,
pelita spirit/burner dan pen marker. Sebelum memulakan kerja menyuntik,
bersihkan bilik dengan pembasmi kuman sebelum menjalankan kerja
menyuntik benih cendawan. Pindahkan beg cendawan yang telah sejuk ke
dalam bilik suntik dan pastikan pakaian serta diri penyuntik benih dalam
keadaan bersih.
Pilih
benih cendawan yang baik iaitu yang berwarna putih bersih seperti kapas
dan pertumbuhannya penuh sehingga ke bawah botol. Hancurkan benih
cendawan dengan pencungkil yang telah dipanaskan (layur) dengan api.
Atau, jika benih dalam beg plastik, picit benih cendawan sehingga
lerai. Buka mulut beg media dan masukkan benih cendawan anggaran
sebanyak 1 sudu besar.
Penutup mulut beg media dilayur dan dipasangkan
kembali pada beg media (pastikan benih cendawan turun ke bawah dan tidak
berlonggok di leher beg media). Kemudian tarikh suntik benih dan
jenis cendawan dicatatkan pada beg media cendawan. Eramkan beg cendawan
tersebut sehingga miselium memenuhi beg pada suhu 28-30oC diruang khas sebelum dialih ke rumah cendawan. Tempoh pengeraman bergantung pada saiz beg yang digunakan.
Pemeraman Beg Media Cendawan
Susun
beg media cendawan di atas rak dalam ruang pemeraman cendawan secara
rebah atau tegak. Mulut beg dibuka. Cendawan pertama akan keluar 3-5
hari selepas penutup beg dibuka. Suhu yang sesuai dalam rumah cendawan
ialah 30-32oC dengan kelembapan bandingan udara 80-90%. Air
perlu disembur ke dinding, lantai dan beg cendawan pagi dan petang bagi
meningkatkan kelembapan dan merendahkan suhu.
Pengawalan Perosak dan Penyakit
Pastikan rumah cendawan sentiasa bersih dan cukup pengudaraannya. Kulat Neurospora sp.
biasanya menyerang pertumbuhan cendawan di peringkat awal. Buang dan
musnahkan beg-beg yang diserang. Bersihkan persekitaran rumah cendawan
daripada rumpai dan sampah sarap. Rak dan ruang disembur dengan larutan
Dettol 10%. Serangan bakteria dapat dikenalpasti apabila batang dan
kelopak cendawan berwarna perang dan berlendir. Ia boleh dikawal dengan
mencabut tangkai cendawan semasa mengutip hasil, dan kurangkan siraman
air serta perbaiki pengudaraan.
Serangan serangga perosak dapat
dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling rumah cendawan. Bagi
mengawal serangan lipas, semut dan tikus, gunakan racun berbentuk umpan
atau perangkap untuk mengelakkan pencemaran racun terhadap cendawan.
Tanamlah
pokok di sekitarnya untuk mewujudkan suasana yang redup. Rumah
cendawan juga memerlukan pengudaraan yang baik, cahaya yang malap dan
serata. Pancaran cahaya matahari yang kuat akan membantutkan
pertumbuhan cendawan.
Memungut Hasil
Buka
mulut beg media cendawan setelah pemeraman selama 45-60 hari dan
maisiliam memenuhi keseluruh beg media. Peringkat pertumbuhan cendawan
bermula pada hari kedua cendawan mula keluar seperti anak mancis dan
pada hari ketiga cendawan mula membesar dan kembang. Pada hari keempat,
cendawan membesar ke peringkat optima.
Di peringkat ini cendawan
mempunyai ciri-ciri berkualiti seperti kelihatan segar dan cantik,
rasanya rangup dan manis, tahan lebih lama serta tidak mudah lembik dan
tidak cepat berbau busuk. Pada hari kelima, tepi cendawan mula berombak
dan pecah. Ini menunjukkan cendawan terlalu matang/tua. Kualiti
rendah, rasanya kurang manis, liat dan cepat berbau busuk.
Oleh
itu, pungut hasil pada hari ketiga atau keempat (sebelum tepi cendawan
berombak dan pecah) dengan cara mencabut seluruh rumpun cendawan.
Bersih dan tutup kembali mulut beg media dengan penutup rehat. Rehatkan
beg media cendawan selama 10 hari sebelum dibuka untuk hasil
berikutnya. Kutipan berikutnya 10-14 hari selepas direhatkan. Untuk
mendapatkan cendawan segar pada kuantiti yang sama pada setiap hari:-
- Jumlah beg media cendawan dibahagi kepada 15 kumpulan
- Jumlah beg cendawan yang dibuka setiap hari didharabkan dengan 50 gm (anggaran hasil/beg/petik)
Contoh perkiraan:
Untuk mendapatkan cendawan segar sebanyak 50 gm pada setiap hari mesti
ada sejumlah 15,000 beg media cendawan yang dibahagikan kepada 15
kumpulan untuk mendapatkan 15 hari pusingan rehat dan buka. Bermakna
1,000 beg media dibuka setiap hari.
Pengendalian Lepas Tuai
Leraikan
cendawan, buangkan cendawan yang terbantut pembesarannya dan cendawan
yang cacat. Kerat pangkal tangkai cendawan dengan pisau atau gunting.
Susun dalam plastik secara satu hala. Cendawan diisi ke dalam beg
plastik atau bakul jika hendak dijual dalam masa sehari. Beg plastik
yang digunakan tidak perlu ditutup rapat (jika ditutup rapat, ia akan
berwap dan merosakkan cendawan). Jual terus hasil cendawan yang masih
segar atau simpan dalam peti sejuk tidak lebih dari 3 hari (simpan dalam
keadaan insang cendawan menghala ke atas).
Pemasaran Hasil
Cendawan
boleh dipasarkan dalam bentuk cendawan segar, cendawan kering dan
cendawan yang diproses. Selain dari dimakan segar dan kering, kini
telah dipelbagai produk dari cendawan seperti pengetinan, 'vacuum deep
fry' 'forezen tempura', campuran dalam kopi / minuman, penjagaan
kesihatan, perapi diri, dan kosmetik.
Anggaran Kos Pengeluaran
KATEGORI CENDAWAN:
1. Edible Mushroom - boleh dimakan
2. Medical Mushroom - mempunyai nilai perubatan
3. Poisonous Mushroom - cendawan beracun
4. Cendawan liar / hutan
Jenis-jenis cendawan Edible dan fungsinya:
1.
|
Auricularia sp. (Telinga Kera / Jeli Hitam)
|
|
- Merawat gangguan kardiovaskular - memecah darah beku, mengawal atur tekanan darah, merendah kolesterol dan lipid.
- Antioksidan dan melindungi dari kerosakan DNA.
- Boleh mengurangkan berat badan.
|
2.
|
Schizophyllum Commune (Cendawan Kukur)
|
|
- Mengandungi Schizophyllan iaitu ubat antitumor dan kanser.
- Meningkatkan sistem imun: anti-radangan, antibakteria dan antiparasit.
- Melindungi hati.
|
3.
|
Lentinus Edodes (Shitake)
|
| (sumber: Agromedia Bil. 6, 1999 dan Bil. 8, 2000)
Walaupun harganya mahal, cendawan shitake paling lazat jika
dibandingkan dengan cendawan lain dengan kandungan zat makanan dan
protin yang tinggi. Dari segi perubatan, cendawan ini dikatakan dapat
mengurangkan kolesterol serum; bertindak sebagai antivirus,
antiketumbuhan dan berkesan untuk menghalang pendarahan otak.
Fungsi-fungi lain adalah seperti berikut:- |
|
- Mengandungi
Lentinan iaitu ubat antikanser. Juga diguna sebagai terapi imun
untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara.
- Merencat kejadian semula kanser.
- Meningkatkan sistem imun dengan merangsang imfosit dan makrofaj melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin.
|
|
Di
Sarawak, jenis shitake dari negeri China yang lebih sesuai dengan
iklim tropika digunakan untuk penanaman. Cendawan shitake ini boleh
dituai 6 bulan selepas substrat disuntik dengan benih. cendawan boleh
dituai beberapa kali sehingga umur substrat tersebut menjangkau 10
bulan.
Jumlah hasil yang diperolehi daripada satu beg substrat dalam
masa 10 bulan ialah 300-350 g. Berat sekuntum cendawan lebih kurang
40-80 g. Malah terdapat cendawan yang beratnya mencapai 100 g dengan
garis pusat kuntum 14-15 cm.
Dalam
penanaman shitake, substrat untuk diisi ke dalam beg plastik terdiri
daripada campuran habuk kayu, dedah, amonium sulfat, kapur dan air
(75% lembapan). Campuran dengan berat basah 1.2 - 1.5 kg dimasukkan
ke dalam beg. Beg yang berisi substrat ini dikukus selama 10 jam pada
suhu 100o>C untuk menyagkuman.
Beg-beg ini kemudiannya
dibiarkan sejuk di dalam bilik suntikan benih. Benih shitake
disuntik di permukaan substrat yang sudah sejuk. Kemudian beg-beg
dipindahkan ke dalam rumah cendawan bagi tujuan pertumbuhan akar
(miselium). Pertumbuhan miselium mengambil masa 2 bulan bagi memenuhi
keseluruhan beg tersebut.
Tempoh masa pertumbuhan miselium boleh
disingkatkan dengan menebuk lubang di tengah beg yang mengandungi
substrat bagi tujuan penyuntikan benih. Selepas miselium tumbuh
dengan sekata, substrat ditanggalkan daripada beg plastik dan
dipindahkan ke tapak pengeluaran cendawan.
Sebelum substrat
dipindahkan, tapak pengeluaran perlu disembur dengan racun serangga
dan ditabur dengan kapur supaya keadaannya sesuai untuk pertumbuhan
cendawan. Substrat-substrat disusun di atas tanah secara menegak dan
ditutup dengan plastik hitam. Lembapan di dalam rumah cendawan
ditingkatkan dengan menyembur air dua kali sehari pada sebelah pagi
dan tengah hari.
Selepas 2 bulan, substrat yang mengandungi miselium
akan bertukar warna menjadi coklat kehitam-hitaman. Plastik hitam
yang menutupi substrat dibuka sepenuhnya dan lembapan ditingkatkan
sehingga 90%. Selepas beberapa minggu, primodia cendawan tumbuh dan
cendawan segar dapat dituai 3-4 hari kemudiannya. Pertumbuhan
cendawan yang besar dituai manakala yang kecil dibiarkan untuk
membesar.
Sistem
beg plastik digunakan dalam penanaman cendawan shitake kerana
beberapa kebaikan. Yang pertama sistem ini dapat mengurangkan tempoh
pengeluaran cendawan dari 2-3 tahun kepada setahun. Dengan ini,
kitaran pengeluaran cendawan dapat ditambah.
Sistem ini juga dapat
menggunakan berbagai-bagai jenis habuk kayu yang dihasilkan oleh
kilang kayu. Secara tidak langsung, pencemaran oleh kilang-kilang
tersebut dapat dikurangkan. Selain itu, pengurusan sistem ini juga
lebih mudah dan teratur.(sumber: Agromedia Bil. 6 1999)
Hasil
penyelidikan yang telah dan sedang dijalankan di Jepun mendapati
bahawa lebih kurang 50 jenis enzim terdapat pada cendawan ini.
Contohnye enzim asparaginase yang terdapat pada cendawan ini digunakan
untuk merawat penyakit leukimia, polio, barah, Hepatatis B dan C,
AIDS dan kencing manis. Cendawan ini juga bertindak sebagai anti
kulat, anti kanser dan anti virus yang sangat berfaedah dalam bidang
perubatan masa kini.
Dalam
bidang pemprosesan makanan shitake boleh digunakan sebagai bahan
makanan, asas ramuan makanan dan agen perasa cendawan. Shitake juga
mempunyai rasa yang sedap iaitu empat kali ganda jika dibandingkan
dengan rasa cendawan butang. Kandungan garam natriumnya rendah.
Penggunaan perasa tiruan yang mempunyai kandungan garam dan bahan
kimia yang tinggi dapat dielakkan jika shitake digunakan sebagai bahan
perasa dalam makanan.
Cendawan
ini tidak mengandungi gula, kaji, lemak dan kolesterol tetapi
mempunyai sumber fiber yang tinggi untuk mengatasi masalah penghadaman
dan menyenangkan proses perkumuhan. Fiber juga dapat menyerap air
dan bertindak sebagai penimbal di dalam sistem tubuh.
Pada masa ini,
shitake merupakan salah satu sumber protin yang popular di Jepun dan
China. Ia boleh digunakan sebagai masakan utama dan juga pengganti
kepada resepi-resepi berdaging. Cendawan ini mempunyai potensi yang
luas untuk dikomersialkan.
|
4.
|
Flammulina velutipes (Jarum Emas)
|
|
- Toksik terhadap sel tumor.
- Meningkatkan sistem imun untuk menghalang jangkitan kulat dan virus.
- Anti-radangan.
- Aktiviti pelindung gen - menghalang kerosakan DNA sel.
|
5.
|
Agaricus Brasillensis (Cendawan Butang)
|
|
- Merencat tumor.
- Mengawal atur tekanan darah.
- Merawat gastrik.
|
6.
|
Ganoderma sp. (Ling zhi)
|
|
- Menghalang dan merawat kanser.
- Meningkatkan sistem imun - anti-allergik, anti-radang, antiviral, antibakteria dan antioksidan.
- Melegakan/ merawat paru-paru yang rosak akibat asthma dan masalah pernafasan lain.
- Melindungi hati dengan meningkatkan proses detoksifikasi.
|
7.
|
Hericeum Arinaceum (Cendawan Butang Kubis)
|
|
- Merangsang
faktor pertumbuhan saraf: berpotensi untuk merawat penyakit
gangguan saraf seperti dementia, trauma saraf akibat strok dna
penyakit Alzheimer.
- Memperbaiki otot/gerakbalas motor dan fungsi kognitif.
- Lektin - merencat pengumpulan sel darah merah.
- Merawat ulser perut.
- Meningkatkan sistem imun.
|
8.
|
Pleurotue spp. (Cendawan Tiram)
|
|
- Mengawal atur darah - anti-thrombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid.
- Meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.
- Merencat pertumbuhan tumor.
- Antioksidan dan aktiviti pelindung gen.
|
Jenis-jenis Medical Mushroom - mempunyai nilai perubatan
- Cordyceps molitoris
- Ganoderma tsugae
- Cordyceps sinensis
- Agaricus blazei
Jenis-jenis Poisonous Mushroom - cendawan beracun
- Amanita sp.
Lain-lain Cendawan Yang Belum Diketahui
- Cendawan susu harimau
- Cendawan busut
Jenis-jenis Cendawan Yang Ditanam di Malaysia:
- Tiram kelabu (Pleurotus sajor - caju)
- Tiram putih (Pleurotus florida)
- Abalone (Pleurotus cystidiosus)
- Tiram kuning (Pleurotus citronipileatus)
- Tiram merah jambu (Pleurotus flabellatus)
- Telinga kera (Auricularia polytrichia)
- Jerami padi (Volvariella volvaceae)
- Ling zhi (Ganoderma licidum)
- Cendawan bunga kobis (Hericium erinceus)
- Perut lembu (Clitocybe sp.)
- Cendawan kukur/sisik/kerang (schizophyllum sp.)
- Cendawan berangan (Agrocybe sp)
- Cendawan peha ayam (Coprinus sp)
- Shiitake (Lentinus edodes)
- Cendawan butang (Agaricus bisporus)
- Jarum mas (Flammulina velutipes)
- Tiram raja (Pleurotus eryngii)
RESEPI-RESEPI PILIHAN:-
Kerabu cendawan, dadar cendawan, tempura cendawan, pizza maggi bercendawan,
Chicken-Mushroom Cream Soup, Stew Skalop Dengan Cendawan, Sup Ayam Cendawan,
Cendawan Tiram Goreng, Pati Cendawan Hutan,