Special edition ebook cendawan untuk tahun 2019!
.
Kenapa special?
.
💟 Sudah upgrade menjadi 32 muka surat
.
💟 Berkongsi info hasil dari pengalaman sendiri agar pengusaha tak 'blur' dalam memulakan penanaman cendawan. Banyak benda kena fikir tu, dalam memulakan tanaman cendawan.
.
💟 Info berguna bagi mengurangkan risiko rugi. Jangan start sembarangan dan main bedal je, boleh rugi.
.
💟 Tak melunturkan semangat.
.
💟 Mudah faham, info tak berjela-jela. Disertai foto, dialog dan gambarajah yang mudah difahami.
.
💟 Harga masih sama walau dah upgrade 32 muka surat iaitu rm 20! Alhamdulillah...
.
💟 Boleh berhubung di Whats App saya jika ada soalan yang nak diajukan.☺
.
Bagaimana untuk mendapatkan ebook ini?
.
Bayaran RM20 untuk pembelian ebook ke:
.
MAYBANK : 1510-7116-7133 (AHMAD HANIZAM)
@
CIMB BANK : 7024-1055-40 (AHMAD HANIZAM)
.
Whatsapp / SMSkan:-
.
NAMA PENUH ANDA
ALAMAT EMAIL
NO. H/P
NO. TRANSAKSI
MASA & TARIKH PEMBAYARAN
KE
.
011-56598769 (Nizam)
.
👍 Ebook akan dihantar melalui email atau whatsapp anda.
Ahad, Februari 17, 2019
Isnin, Ogos 13, 2018
Pembuatan bongkah cendawan kurang diceburi

ALOR GAJAH: Ramai usahawan tani Bumiputera berani menceburi industri penanaman cendawan tiram kelabu, tetapi tidak ramai mahu menceburi sektor pembuatan bongkah cendawan.
Sebagai subsektor dalam industri penanaman cendawan, penghasilan bongkah cendawan dilihat kebanyakan usahawan sebagai aspek membebankan kos, tenaga dan masa.
Ini kerana, mereka berpendapat daripada membazir wang, tenaga dan masa untuk menghasilkan bongkah, lebih bermanfaat jika hanya membabitkan diri dalam sektor penanaman cendawan atau bahasa saintifiknya Pleurotus sajorcaju.
Namun, tidak bagi Mohd Syukor Ahmad, 38, yang sudah 10 tahun terbabit dalam industri itu kerana baginya jika tiada usahawan Bumiputera sanggup menceburi subsektor membuat bongkah cendawan, mereka akan mudah diperangkap dalam permainan harga ditawarkan pengeluar bongkah cendawan.
"Bukan mudah untuk menghasilkan bongkah cendawan kerana selain memerlukan modal besar, kita juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran membuatnya.
"Ini amat penting bagi memastikan usahawan tani Bumiputera tidak menjadi mangsa permainan harga pengeluar," katanya ketika ditemui di ladangnya di Kampung Gadek, di sini, hari ini.
Untuk menghasilkan bongkah cendawan berkualiti, Mohd Syukor yang juga Pengarah Urusan syarikat Sinar Syukrawie Enterprise mencampurkan habuk kayu, dedak padi gred A dan kapur pertanian dalam bongkah, sebelum mengukusnya dalam dapur khas antara tempoh tujuh hingga lapan jam.
Selepas itu, bongkah terbabit disejukkan selama 24 jam, sebelum disimpan dalam bilik yang dilengkapi alat pendingin hawa untuk menjalani proses memasukkan benih cendawan.

PEKERJA meneliti keadaan cendawan tiram kelabu bagi memastikan ia bebas penyakit di ladang cendawan di Kampung Gadek, Alor Gajah. - Foto Hassan Omar

MOHD Syukor (kanan sekali) membantu pekerja menyusun bongkah cendawan di ladang cendawannya di Kampung Gadek, Alor Gajah. - Foto Hassan Omar
"Suhu rendah dan persekitaran dingin amat penting ketika proses memasukkan benih cendawan ke dalam bongkah bagi mengelakkan benih dicemari anasir perosak seperti hama dan kumbang," katanya.
Dalam sehari, pekerja Mohd Syukor mampu menghasilkan kira-kira 1,700 bongkah cendawan tiram kelabu yang dipasarkan pada harga antara RM1.50 hingga RM2.50 seunit.
Dengan kemampuan syarikat itu menghasilkan bongkah cendawan berkualiti tinggi, Mohd Syukor mampu memasarkannya ke seluruh Melaka dan sebahagian besar negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Selain menghasilkan bongkah cendawan, usahawan berkenaan memiliki lapan rumah cendawan yang mampu memenuhi permintaan ke atas cendawan di Melaka.
Mereka yang berminat menceburi industri berkenaan boleh melayari laman web www.sinarsyukrawie.com.my.
sumber: Berita Harian
sumber: Berita Harian
Ahad, Ogos 12, 2018
Bekas pengurus kini tauke cendawan

KUBANG PASU 1 Ogos - Kira-kira 12 tahun lalu, Suffian Yaacob, 47, meninggalkan kerja pendapatan tetap selain tugasan di bilik berhawa dingin dan memilih kerja bermandi peluh dengan menceburi bidang pertanian.
Semuanya dilakukan atas dasar minat yang mendalam terhadap bidang berkenaan. Setelah berfikir panjang, dia mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pengurus di sebuah syarikat keselamatan lalu memulakan projek membela kambing di Pahang.
Namun beberapa tahun lalu, kesihatan arwah ayahnya yang memerlukan penjagaan rapi memaksa dia kembali ke kampung halaman di Alor Setar bagi menjaga insan yang disayanginya itu. Akibat kekangan jarak dan beberapa faktor lain, bidang penternakan kambing itu terpaksa dilupakan.
Begitu pun rezekinya dalam bidang pertanian tidak terputus. Hasil bantuan kakak dan abang iparnya yang merupakan seorang ahli perniagaan, dia diperkenalkan dengan seorang individu yang membuka laluan kepadanya untuk menanam cendawan tiram putih.
“Pada 2016, saya hanya bermula di laman belakang rumah di Taman Bee-Bee, Simpang Kuala dekat Alor Setar. Ketika itu saya keluarkan modal sebanyak RM15,000 bagi membina bangsal dan membeli kira-kira 10,000 bongkah untuk menanam cendawan tersebut.
“Dengan perolehan kira-kira lima kilogram sehari, saya dengan dibantu isteri, Nur Ameera Sharon Abdullah, 49, menjualnya secara dalam talian. Dengan menggunakan aplikasi Facebook, kami menjual cendawan tersebut dengan harga RM12 sekilogram termasuk penghantaran,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.
Tambahnya, perniagaan berkenaan bertambah baik selepas itu dengan permintaan dari pelanggan kian menampakkan peningkatan.
“Kami kemudiannya membuka ladang di Malau, Jitra melibatkan kira-kira 70,000 bongkah pada Disember tahun lalu dan pada Mei lepas, sebuah lagi ladang dibuka di Jalan Kampung Binjal, juga di Jitra yang kini mempunyai 120,000 bongkah cendawan tiram putih dan menjadikannya antara yang terbesar di negeri ini,” katanya.
Kedua-dua ladang berkenaan pada masa ini mampu menghasilkan kira-kira 250 kilogram cendawan tiram putih setiap hari dengan hasil tertinggi yang pernah dicapai adalah sebanyak 350 kilogram sehari.
Katanya, kesemua cendawan itu sememangnya mendapat permintaan tinggi termasuk daripada para peniaga dari Pulau Pinang. Malah pihaknya kini sedang dalam perbincangan untuk memasarkannya ke Ipoh, Perak.
Ditanya cabaran dihadapinya sepanjang mengusahakan ladang tersebut, Suffian berkata antara perkara yang paling perlu diberi perhatian adalah untuk memastikan kesegaran cendawan tersebut.
“Cendawan ini jika dibiarkan dalam keadaan biasa hanya mampu bertahan selama sehari. Jika disimpan dalam peti sejuk pula boleh bertahan hingga seminggu.
“Jadi kami berdepan cabaran untuk memasarkannya ke tempat yang lebih jauh. Sebelum ini memang terdapat permintaan dari Kuala Lumpur dan kami hanya boleh menghantarnya menggunakan bas ekspres tertentu kerana kebanyakan tempat menyimpan barangan tidak mempunyai penghawa dingin,” katanya.
Menurutnya selepas ini beliau bercadang untuk meluaskan lagi perniagaannya dengan pembukaan lebih banyak ladang cendawan tersebut.
“Buat permulaan kami mahu mencapai sasaran untuk mengeluarkan setengah tan cendawan tiram putih setiap hari dan selepas ini insya Allah kami bercita-cita mahu membuka lebih banyak ladang di beberapa kawasan lain,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kedah/bekas-pengurus-kini-tauke-cendawan-1.720899#ixzz5NwPADJzD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Selasa, Ogos 07, 2018
Rahsia Jutawan Cendawan
Special edition ebook cendawan untuk tahun 2018!
Kenapa special?
💟 Sudah upgrade menjadi 32 muka surat
💟 Berkongsi info hasil dari pengalaman sendiri agar pengusaha tak 'blur' dalam memulakan penanaman cendawan. Banyak benda kena fikir tu, dalam memulakan tanaman cendawan.
💟 Info berguna bagi mengurangkan risiko rugi. Jangan start sembarangan dan main bedal je, boleh rugi.
💟 Tak melunturkan semangat.
💟 Mudah faham, info tak berjela-jela. Disertai foto, dialog dan gambarajah yang mudah difahami.
💟 Harga masih sama walau dah upgrade 32 muka surat iaitu rm 20! Alhamdulillah...
💟 Boleh berhubung di Whats App saya jika ada soalan yang nak diajukan.☺
.
Bagaimana untuk mendapatkan ebook ini?
.
Bayaran RM20 untuk pembelian ebook ke:
.
MAYBANK : 1510-7116-7133 (AHMAD HANIZAM)
@
CIMB BANK : 7024-1055-40 (AHMAD HANIZAM)
.
Whatsapp / SMSkan:-
- NAMA PENUH ANDA
- ALAMAT EMAIL
- NO. H/P
- NO. TRANSAKSI MASA & TARIKH PEMBAYARAN KE 011-56598769 (Nizam)
👍 Ebook akan dihantar melalui email atau whatsapp anda.
Isnin, Julai 09, 2018
Kulat tahun tambah pendapatan tambahan
TEMERLOH 16 April – Kemunculan cendawan tahun atau kulat tahun yang lebih banyak pada tahun ini memberi rezeki tambahan kepada penduduk di sekitar Kampung Sementeh, Lanchang, dekat sini.
Ia adalah sejenis cendawan yang tumbuh beberapa hari selepas berlakunya hujan lebat di sesuatu kawasan seperti di ladang kelapa sawit.
Bagi Nurul Sala Khanapi, 33, kemunculan cendawan yang tumbuh secara semula jadi itu memberikannya pendapatan tambahan apabila dapat menjual kira-kira 300 kilogram sehari.
“Saya terkejut kerana pada tahun-tahun sebelum ini kulat tahun tidak tumbuh sebanyak tahun ini. Sambutan diberikan pelanggan amat menggalakkan kerana cendawan ini bukannya ada setiap tahun.
“Kulat tahun juga digemari oleh masyarakat di negara ini,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Menurut Nurul Sala, cen¬dawan itu dijual pada harga purata RM10 sekilogram.
Selain mendapat bekalan daripada masyarakat Orang Asli, katanya, dia mengutip cendawan itu di kawasan berhampiran.
“Saya juga menghantar bekalan ke rumah pembeli yang menempahnya,” katanya.
Khamis, Oktober 05, 2017
Nekad jadi usahawan cendawan
LABIS 6 Sept. - Biarpun pernah memegang jawatan sebagai jurutera proses petroleum, namun wanita gigih ini tidak canggung untuk melakukan kerja berat yang menjadi rutin seorang pengusaha cendawan tiram.
Rozita Mohd. Hatta, 36, generasi kedua Felda Tenang, di sini mengakui kehidupannya berubah sepenuhnya selepas kehilangan kerja kesan daripada kejatuhan harga minyak dunia pada 2015.
“Memang saya terkesan apabila majikan hampir 10 tahun, iaitu syarikat petroleum yang berpusat di Singapura mengambil keputusan untuk mengecilkan operasi dan jumlah pekerja akibat kejatuhan harga pasaran minyak dunia ketika itu.
“Namun saya tidak panik kerana percaya rezeki ada di mana-mana dan apa yang penting kita kena berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.
Justeru, dia nekad untuk melaburkan kira-kira RM15,000 wang simpanannya untuk memulakan projek cendawan tiram dan cendawan kukur di tanah terbiar seluas 0.2 hektar yang terletak di hadapan rumah bapanya di Felda Tenang.
Untuk mendalami ilmu penanaman cendawan, Rozita sanggup berguru di Filipina dan mempelajari teknik terkini daripada rakan-rakannya di Thailand dan India.
Bermula dengan hanya 200 bongkah ketika memulakan usaha tersebut dua tahun lalu, kini dia yang dibantu dua adiknya serta beberapa lagi pekerja mempunyai kira-kira 1,000 bongkah cendawan ketika ini.
“Saya kini tidak lagi menumpukan kepada usaha mengeluarkan pelbagai jenis cendawan tiram dan cendawan kukur, malah sudah mula memasarkan bongkah yang sudah siap disuntik benih cendawan kepada pengusaha lain.
“Harga setiap bongkah antara RM2 hingga RM3.50 bergantung kepada jenis cendawan dan setiap bongkah boleh mengeluarkan tiga kali hasil, iaitu kira-kira dua kilogram cendawan,” katanya.
Katanya, penghasilan bongkah perlu melalui beberapa proses seperti mengisi habuk kayu getah ke dalam beg plastik, kemudian dikukus selama tujuh jam sebelum disejukkan dan diperam untuk tempoh tertentu sebelum boleh disuntik benih cendawan dan dipindahkan ke dalam bangsal khas.
Selain cendawan kukur, dia turut mengeluarkan cendawan tiram putih, tiram kelabu, tiram kuning, tiram merah, abalon dan Ling Zhi yang dipasarkan sendiri kepada pengusaha makanan di beberapa daerah di negeri ini.
“Ketika ini, saya sedang dalam proses untuk menyiapkan sebuah makmal mini bagi tujuan penyelidikan serta usaha menghasilkan benih beberapa cendawan lain bagi mengembangkan lagi usaha ini pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, setakat ini ermintaan terhadap cendawan dan bongkah begitu menggalakkan sehingga adakalanya saya kehabisan stok. Hasil yang diperloleh daripada usaha ini juga agak lumayan untuk menampung kehidupan saya,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/nekad-jadi-usahawan-cendawan-1.523549#ixzz4ubrDUwEF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Selasa, Mei 09, 2017
Musim baru projek cendawan di Jerteh
Alhamdulillah...bermula awal bulan April, cendawan global memulakan semula musim baru projek cendawan di kg seberang jerteh, jerteh. Terengganu.
Target awal sebanyak 10,000 bongkah untuk penuhkan sebuah rumah cendawan dan harapnya sempat disiapkan sebelum bulan puasa kelak.
Dijangkakan keluaran hasil cendawan yang pertama pada pertengahan bulan Jun dan jika ada sesiapa yang berminat untuk menempah bongkah separuh matang juga boleh maklumkan kepada saya pada harga yang istimewa iaitu RM1.30 setiap satu.
Peta lokasi projek cendawan di kg seberang jerteh. Landmark adalah Masjid Kayu Seberang Jerteh iaitu 300m daripada simpang tersebut.
Boleh contact saya di 011-56598769 (whatsapp) jika perlukan sebarang info.
Nizam
Selasa, Februari 21, 2017
Hasil tanam cendawan Volvariella capai RM4,500 sebulan
Pendang: Berbekalkan iltizam tinggi, seorang siswazah Pengajian Media dari Universiti Malaya tekad untuk berkecimpung dalam projek tanaman cendawan Volvariella sehingga mampu mencapai pendapatan RM4,500 sebulan.
Sarah Hussain, 32, dari Kampung Bukit Murai, Mukim Padang Pusing berkata, dia mengusahakan tanaman tersebut secara perkongsian bersama abangnya, Omar, 51, dan sepupunya, Khairul Azmi Rejab, 26, di kebun getah seluas 0.4 hektar milik keluarganya bermula Oktober lalu.
Melalui bimbingan dan bantuan Jabatan Pertanian daerah berupa tandan kelapa sawit yang dijadikan medium tanaman dan anak benih, Sarah tekad mengikuti kursus tanaman yang diadakan di sini.
“Sebanyak 32 batas cendawan disediakan dengan setiap batas dapat menghasilkan kira-kira lima hingga tujuh kilogram cendawan selepas 10 hari benih ditabur,” katanya kepada Bernama.
Cendawan Volvariella atau biasanya dipanggil cendawan jerami diperkenalkan kepada pekebun kecil sebagai tanaman alternatif bagi menambah pendapatan mereka.
Sebelum ini, ia ditanam menggunakan jerami padi sebagai medium tanaman, namun kini lebih mudah apabila tandan sawit yang hanya perlu diperap digunakan sebelum disusun untuk dijadikan batas penanaman.
Sarah berkata setiap bulan mereka mampu mengutip kira-kira 300 hingga 400 kilogram cendawan Volvariella dengan pendapatan kasar sekitar RM4,500 hingga RM5,000 sebulan (sekali pusingan tanaman).
Sementara itu, Omar berkata, sambutan terhadap cendawan Volvariella amat menggalakkan dan mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat serta pengusaha restoran.
“Cendawan ini mempunyai khasiat yang tinggi dan boleh dijadikan hidangan untuk keluarga serta produk hiliran lain seperti produk kecantikan serta dijadikan serunding,” katanya.
Omar berkata, kebun cendawannya kini turut menjadi projek perintis bagi daerah Pendang dan pusat rujukan kepada mereka yang ingin mendapat khidmat nasihat mengenai tanaman cendawan jenis itu. – BERNAMA
Isnin, Oktober 10, 2016
Kedah sasar muncul pengeluar cendawan tiram putih terbesar
CENDAWAN Tiram Putih yang diusahakan di Kampung Jelutong. - Foto Nur Syazwana Mansor
SIK: Kerajaan negeri berhasrat menjadi pengeluar terbesar cendawan tiram putih dalam tempoh dua tahun selepas projek perintis yang dimulakan awal tahun ini membuahkan hasil memberangsangkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Suraya Yaacob, berkata projek perintis membabitkan 50 usahawan dalam kalangan penoreh getah itu berjaya membantu peserta meningkatkan pendapatan.
"Seramai 50 peserta iaitu 20 di tanah besar dan 30 di Langkawi, dibantu menerusi Yayasan Prihatin Kedah yang membekalkan 500 bongkah cendawan sebagai permulaan untuk mereka meningkatkan pendapatan susulan kejatuhan harga getah.
"Selepas lapan bulan hasil cukup membanggakan apabila kebanyakan peserta mampu meraih pendapatan tambahan mencecah RM1,500 hingga RM2,500 sebulan.
"Cendawan tiram putih ini menarik kerana potensinya besar dan saya harap Kedah akan menjadi pengeluar terbesar di negara ini dalam tempoh dua tahun lagi," katanya selepas mengadakan lawatan kerja di tiga rumah pengusaha tanaman cendawan tiram putih di Kampung Jelutong di sini, hari ini.
Suraya berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan pusat pengumpulan cendawan di enam lokasi iaitu di Sik, Pendang, Padang Terap, Kulim, Langkawi dan Jerai bagi membolehkan peserta memasarkan hasil sama ada secara segar atau sebagai produk hiliran berasaskan cendawan.
"Tiga lokasi paling banyak mengeluarkan cendawan ialah di Sik, Pendang dan Padang Terap, namun Sik dilihat lebih berpotensi menjadi pelopor dan rujukan untuk usahawan yang baru mula berjinak dengan tanaman ini, memandangkan tidak semua tempat sesuai dari segi cuaca.
"Hari ini kita turun untuk menilai sebelum memberikan peruntukan tambahan kepada peserta dalam usaha membantu mereka menggandakan pendapatan sedia ada, malah saya berharap lebih ramai yang berminat menjadi usahawan cendawan," katanya.
sumber: Berita Harian
Rabu, Julai 20, 2016
Ingin mulakan projek mini cendawan?
Bongkah cendawan separuh matang untuk dijual dan pihak kami sedia menerima tempahan bongkah.
Anda boleh mulakan projek mini cendawan dengan membeli bongkah separuh matang yang telah sedia berbenih. Cuma peram lagi 2 minggu dan cendawan akan keluar buat kali pertama.
Anda boleh buat tempahan dan mulakan projek mini cendawan dengan bajet anda pada serendah rm500 sahaja.
Cuma sediakan bangsal atau rumah cendawan untuk bongkah dibawa masuk.
Saya nasihatkan supaya anda mulakan kerja-kerja pemasaran cendawan seperti siapa pelanggan, tempat untuk dihantar dan harga jual cendawan serta cara pakejing.
Dengan membeli bongkah separuh matang, anda tidak perlu buat sendiri bongkah dan lebih menjimatkan masa.
Pihak kami berpengalaman lebih 3 tahun secara offline dan 9 tahun secara online.
Anda juga boleh datang melawat projek cendawan kami di kampung seberang jerteh, jerteh, terengganu.
Harga satu bongkah yang diambil di ladang ialah rm1.40 satu. Ada diskaun jika jumlah yang banyak. Pengangkutan akan disediakan bergantung kepada jarak dan tempat penghantaran.
Khidmat nasihat percuma.
Boleh whatsapp saya ke 019-7589774 (Nizam) untuk tempahan.
https://www.facebook.com/cendawanglobal/
Jumaat, Jun 10, 2016
Cendawan volvariella pikat hati juri
KUALA NERANG – Inovasi teknologi cendawan volvariella yang dihasilkan oleh Jabatan Pertanian Padang Terap berjaya menarik perhatian pihak juri apabila dinobatkan johan bagi kategori awam dan johan keseluruhan dalam Konvensyen Pertandingan Inovasi Inklusif di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
Pegawainya, Yuzaidi Azmi berkata, Jabatan Pertanian Padang Terap mewakili Kedah dalam pertandingan peringkat kebangsaan itu.
Menurutnya, melalui teknologi itu petani tidak memerlukan kos yang tinggi bagi mengusahakannya dan pengurusannya juga sangat mudah berbanding cendawan biasa yang memerlukan pengalaman serta kos yang tinggi untuk menghasilkannya.
“Petani tidak memerlukan tanah yang luas serta membina pondok untuk menghasilkan cendawan ini. Bagi penoreh getah mereka boleh mengusahakannya di tengah antara pokok getah dan ini juga hasil alternatif kepada mereka bagi menampung pendapatan terutamanya semasa musim hujan.
“Cendawan ini boleh diusahakan di ladang kelapa sawit dan dusun kerana cuacanya yang dingin. Dengan hanya bermodalkan sebanyak RM3,000 petani mampu memperoleh RM10,000 sebulan jika cendawan itu dijaga dengan baik,” katanya.
Yuzaidi berkata, tanaman cendawan dari Pejabat Pertanian Padang Terap itu merupakan kali pertama dihasilkan di Malaysia.
Jabatan Pertanian Padang Terap juga turut dinobatkan bagi memenangi juara keseluruhan selepas mengatasi juara kategori awam dan pendidikan.
Kejayaan ini membolehkan Jabatan Pertanian Padang Terap membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 serta piala iringan.
Katanya, diharap teknologi tanaman cendawan ini dapat dimanfaatkan kepada seluruh petani di negara ini terutamanya kepada penoreh getah yang sering menghadapi masalah kejatuhan harga dan juga musim hujan.
“Kejayaan ini juga telah mengharumkan nama Jabatan Pertanian Kedah dalam membantu petani di luar bandar dan pihak kami juga sentiasa peka dengan masalah petani supaya mereka dapat keluar dari masalah kemiskinan,” katanya.
sumber: Sinar Harian
Gambar Hiasan : Cendawan volvariella
Video Teknik FB Retargeting
‘Benda Licik’ Ini Bantu Saya Follow Prospek Ke Mana-mana Sahaja Dalam Facebook!
Saya Bongkar Habis!
Strategi SECRET, PROVEN Bagaimana Saya...
Buat Iklan Terpapar Betul-betul Depan Mata Prospek & Ikut Mereka Ke Seluruh Pelusuk Facebook & Hasilkan KEUNTUNGAN RM3,310 Kurang Dari 15 Hari!
Ini yang terjadi pada bisnes saya:
Maklumat lanjut di sini.
Sabtu, Mei 21, 2016
Nekad jadi pengusaha cendawan tiram berjaya
Mohd Hairolzeman menunjukkan hasil tanaman cendawan kepada wakil PPK Kangkong yang datang melawat ke rumahnya.
MINAT mendalam terhadap cendawan tiram menyebabkan
seorang pemuda sanggup melepaskan jawatan sebagai juruteknik semata-mata
mahu mengusahakan tanaman berkenaan.
Keputusan nekad Mohd Hairolzeman Harun, 36, untuk mengusahakan tanaman cendawan sejak 2013, meletakkan pemuda ini antara pengusaha berjaya di jajahan Pasir Mas.
“Saya buat keputusan untuk serius dalam bidang ini kerana mendapati tanaman cendawan mempunyai potensi cukup besar di pasaran. Bermula dengan 3,000 bongkah, Alhamdulillah, sekarang saya mempunyai 9,000 bongkah cendawan.
"Cendawan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran dan digunakan dalam masakan tomyam serta sup. Penggunaan cendawan dalam kedua-dua masakan itu mampu menjadikan ia lebih sedap," katanya.
Menurut Mohd Hairolzeman, kejayaan itu menguatkan lagi semangatnya untuk terus maju dalam bidang tersebut.
Selain itu katanya, dia turut bercita-cita untuk mengusahakan cendawan sejuk beku berperisa 'Crispy' dan snek cendawan.
“Kedua-dua produk ini masih dalam kajian dan penelitian. Bila siap, saya akan pasarkan. Selain itu, saya juga bertekad untuk menjadi pembekal bongkah cendawan yang berkualiti di negeri ini," katanya.
Mohd Hairolzeman berkata, pengalaman mengusahakan tanaman itu dan mengikuti kursus berkaitan, menjadikan dia lebih bersedia untuk melebarkan sayap dalam bidang tersebut.
“Kejayaan saya ini juga adalah hasil tunjuk ajar dan sokongan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong. PPK Kangkong banyak membantu saya dengan memberi sokongan dalam menjayakan program,” katanya.
sumber: Sinar Harian
Keputusan nekad Mohd Hairolzeman Harun, 36, untuk mengusahakan tanaman cendawan sejak 2013, meletakkan pemuda ini antara pengusaha berjaya di jajahan Pasir Mas.
“Saya buat keputusan untuk serius dalam bidang ini kerana mendapati tanaman cendawan mempunyai potensi cukup besar di pasaran. Bermula dengan 3,000 bongkah, Alhamdulillah, sekarang saya mempunyai 9,000 bongkah cendawan.
"Cendawan mendapat permintaan tinggi dalam pasaran dan digunakan dalam masakan tomyam serta sup. Penggunaan cendawan dalam kedua-dua masakan itu mampu menjadikan ia lebih sedap," katanya.
Menurut Mohd Hairolzeman, kejayaan itu menguatkan lagi semangatnya untuk terus maju dalam bidang tersebut.
Selain itu katanya, dia turut bercita-cita untuk mengusahakan cendawan sejuk beku berperisa 'Crispy' dan snek cendawan.
“Kedua-dua produk ini masih dalam kajian dan penelitian. Bila siap, saya akan pasarkan. Selain itu, saya juga bertekad untuk menjadi pembekal bongkah cendawan yang berkualiti di negeri ini," katanya.
Mohd Hairolzeman berkata, pengalaman mengusahakan tanaman itu dan mengikuti kursus berkaitan, menjadikan dia lebih bersedia untuk melebarkan sayap dalam bidang tersebut.
“Kejayaan saya ini juga adalah hasil tunjuk ajar dan sokongan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong. PPK Kangkong banyak membantu saya dengan memberi sokongan dalam menjayakan program,” katanya.
sumber: Sinar Harian
Ahad, April 17, 2016
Tanam cendawan di ladang getah
Abd Lateh (dua, kanan) menyerahkan bantuan mereka kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama As Siddiqiah, Mohd Sidek Junus (dua, kiri).
ALOR SETAR - Golongan penoreh getah yang menerima kesan ekoran kejatuhan harga komoditi getah dicadangkan mengusahakan tanaman alternatif.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah, Abd Lateh Mohd Saman berkata, cendawan volvariella dilihat bersesuaian sebagai tanaman sampingan di kebun getah.
“Proses mengusahakan tanaman cendawan jenis berkenaan berkenaan tidak rumit, sekali gus membolehkan penoreh getah menjana pendapatan tambahan.
“Malah, inisiatif penanaman cendawan dalam kebun getah buat pertama kalinya dalam negara di Kampung Kubang Kenyeng, Padang Terap kini dilihat membuahkan hasil,” katanya.
Menurutnya, inovasi cendawan volvariella berkenaan menempa nama sebagai johan dalam Konvensyen Pertandingan Inovasi Inklusif peringkat kebangsaan di Pahang, tahun lalu.
"Cendawan volvariella ini boleh diusahakan di kebun getah menggunakan bahan terbuang, malah kaedah penjagaan tanaman itu mudah.
"Harga runcit bagi cendawan berkenaan buat masa ini adalah sekitar RM15 sekilogram (kg), sekali gus dilihat mampu menambah pendapatan mereka," katanya.
Untuk itu katanya, penoreh getah dinasihatkan mengambil peluang mempraktikkan inovasi berkenaan bagi menempuhi keadaan harga getah jatuh melalui bantuan dan sokongan kerajaan.
"Kami sentiasa memandang serius kebimbangan golongan berhubung kejatuhan harga getah, apatah lagi penoreh merupakan sebahagian daripada peladang," katanya.
Malah katanya, pihak mereka sedang menyiapkan kertas kerja usul kepada pihak bertanggungjawab untuk memberi bantuan kepada pekebun getah kecil terutamanya di luar bandar.
"Antara cadangan adalah peruntukan kewangan dan bantuan mesin proses cendawan terhadap golongan penoreh getah terlibat.
"Kami berharap cadangan berkenaan diberikan perhatian oleh mana-mana pihak berkaitan bagi membantu golongan yang terjejas kebelakangan ini," katanya.
Sementara itu katanya, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian tanah seluas 404.7 hektar di Gunung Bongsu, Kulim.
"Pihak PPN Kedah akan membangunkan tanah berkenaan untuk penanaman pokok getah bagi membantu golongan penoreh di negeri ini.
"Tanah diberikan kepada PPN Kedah di Cherok Selok sudah diusahakan sebagai ladang getah, malah ia kini sedang membuahkan hasil," katanya.
Terdahulu, pihak PPN Kedah menyalurkan sumbangan 230 beg sekolah dan wang sumbangan bagi membantu mangsa kebakaran di Sekolah Menengah Agama As Siddiqiah, Padang Terap, kelmarin.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/tanam-cendawan-di-ladang-getah-1.496382
Ahad, Mac 06, 2016
Cendawan jerami bantu penoreh
Razali (kanan) menunjuk teknik mengusahakan cendawan jerami di dalam ladang getah.
KUALA NERANG - Cendawan jerami akan diperkenalkan kepada penoreh getah di Padang Terap bagi menambahkan pendapatan ketika harga getah semakin merosot.
Pegawai Jabatan Pertanian daerah Padang Terap, Mohamad Yuzaidi Azmi berkata, tanaman cendawan ini akan dijadikan tanaman alternatif supaya penoreh boleh menambah pendapatan mereka melalui projek itu.
Menurutnya, bagi peringkat permulaan, projek di bawah jabatan ini mula diusahakan seorang penoreh getah di Kampung Kubang Kenyeng, Mukim Tekai Kanan, dekat sini.
"Melalui projek ini, penoreh boleh mengusahakannya di tengah ladang getah mereka dan mudah untuk mengusahakannya berbanding teknik tanaman cendawan sebelum ini," katanya.
Mohamad Yuzaidi berkata, projek itu hanya memerlukan tandan sawit atau jerami padi yang diperam tujuh hari dan kemudiannya ditambak menjadi batas sepanjang tiga meter panjang dan satu meter lebar di atas plastik hitam.
“Jerami itu akan dimampatkan dan ditutup selama tujuh hari kemudiannya plastik hitam itu dilengkungkan dengan buluh supaya tidak mengganggu proses tumbuhan cendawan nanti.
"Selepas lima hari, akan kelihatan cendawan tumbuh dan hasilnya boleh bertahan sehingga sebulan,” katanya.
Katanya, setiap batas boleh menghasilkan dua kilogram cendawan sehari dan penoreh mampu mengusahakannya lima batas sebagai peringkat permulaan.
"Harga setiap satu kilogram cendawan jerami pada hari ini ialah RM10 dan jika mereka mampu menghasilkan 10 kilogram sudah tentu mampu meraih pendapatan RM100 sehari," katanya.
Tambahnya, cendawan jerami ini sangat sesuai dengan cuaca di kawasan itu dan tidak memerlukan kos tinggi untuk mengusahakannya.
"Jerami dan tandan kelapa sawit yang terbuang juga boleh digunakan untuk tanaman cendawan ini," katanya.
Malah katanya, apabila musim luruh daun getah berlaku, pengusaha boleh memasang jaring hitam bagi menutup batas cendawan itu supaya dapat mengekalkan cuaca di dalam ladang getah mereka.
"Pengusaha tidak perlu membina rumah khas yang memerlukan kos tinggi.
“Saya mengalu-alukan penoreh getah melibatkan diri dalam tanaman cendawan jerami ini kerana mampu menambah pendapatan sebagai penoreh getah. Pihak Jabatan Pertanian juga bersedia membimbing penoreh yang berminat,” katanya.
sumber: Sinar Harian
Isnin, Februari 29, 2016
Ahad, Februari 21, 2016
Beli bongkah atau buat bongkah cendawan sendiri?
.
Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek tanaman cendawan masa kini disebabkan oleh permintaan dan harga yang tinggi, kos yang sederhana, bersih, mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak masa untuk menjaganya. Tetapi ramai yang mengalami masalah untuk memilih cara nak mula projek ini.
.
Adakah dengan membeli bongkah atau membuatnya sendiri?
.
Harus diingat jika anda betul-betul mahu buat projek cendawan, anda harus memulakan langkah pertama. Baru la anda lihat sejauh mana kemampuan anda.
.
Sebagai contoh, langkah pertama anda ikuti kursus. Dari situ anda dapat lihat semua proses penghasilan bongkah dari proses gaul sehinggalah mengutip hasil. Ada peserta kata prosesnya amat remeh kena gaul, isi dalam plastik, kukus, suntik benih dan masalah penyakit. Banyak kerja yang kena buat…ada juga yang kata “kalu macam ni baik beli bongkah yang dah matang dari buat lagi senang”.
.
Ramai yang datang jumpa saya mempunyai masalah mencari bekalan dedak, habuk kayu, benih dan alatan membuat bongkah cendawan. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan projek ini dinasihatkan membeli bongkah yang separuh matang supaya anda tau serba sedikit cara jaga bongkah cendawan semasa pengeluaran hasil…belajar teknik-teknik buka tutup penutup untuk tau macam manae nak keluarkan hasil setiap hari.
.
Ini ada sedikit tip untuk anda lihat perbandingan serta kelebihan / kekurangan beli bongkah separuh matang atau buat bongkah sendiri.
.
Beli bongkah cendawan separuh matang
================================
.
-Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah umah pun boleh Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual
-Tiada masalah penyakit..kalu ada pun sedikit
-Boleh test market dulu…ada tak permintaan penduduk setempat -Boleh beli sikit2 dulu…100 bongkah ke ikut modal la
-Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung
-Boleh buat separuh masa
.
Buat bongkah sendiri
=================
.
-Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll… sesetengah tempat susah nak dapat bekalan
-Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit
-Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih
-Masalah penyakit kulat perosak
-Jimat kos
-Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z -Kena buat sepenuh masa
.
Cara mana yang anda pilih?
================================
.
-Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah umah pun boleh Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual
-Tiada masalah penyakit..kalu ada pun sedikit
-Boleh test market dulu…ada tak permintaan penduduk setempat -Boleh beli sikit2 dulu…100 bongkah ke ikut modal la
-Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung
-Boleh buat separuh masa
.
Buat bongkah sendiri
=================
.
-Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll… sesetengah tempat susah nak dapat bekalan
-Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit
-Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih
-Masalah penyakit kulat perosak
-Jimat kos
-Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z -Kena buat sepenuh masa
.
Cara mana yang anda pilih?
Itu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Saya sendiri pun bermula dengan membeli bongkah yang diproses dan benih diisikan sendiri. smile emoticon
.
Ahmad Hanizam Abdullah
Cendawan Global
019-7589774
.
Ahmad Hanizam Abdullah
Cendawan Global
019-7589774
https://www.facebook.com/cendawanglobal/?ref=hl
Selasa, Februari 02, 2016
Pertandingan Cendawan Tercantik
Alhamdulillah...
Minggu lepas penolong pegawai pertanian besut datang ke rumah dan berikan wang hadiah dalam pertandingan cendawan tercantik yang diadakan pada bulan November 2015 yang lalu.
Pertandingan di peringkat negeri Terengganu dan saya perlu menghantar sampel 5 bongkah cendawan yang bersama-sama dengan cendawan untuk dinilai.
Semoga menjadi pembakar semangat untuk saya berikan yang terbaik pada masa hadapan.
Jumaat, Disember 04, 2015
Projek Cendawan di Ulu Tiram
Minggu ni pihak cendawan global sedang membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada salah seorang pelanggan yang baru memulakan projek cendawannya di Ulu Tiram, Johor.
Rumah cendawan yang beliau rancang bersaiz 50' x 20' dan dijangka boleh memuatkan sehingga 20,000 bongkah.
Dijangkakan akan siap pada pertengahan bulan ini dan bongkah cendawan dijangka akan dibawa masuk pada awal bulan Januari 2015.
Semoga berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Aamiin.
Sekiranya berminat untuk mulakan projek cendawan pada bajet yang anda mampu milik, boleh hubungi saya di 019-7589774 (Nizam)
Langgan:
Catatan (Atom)























