Ahad, Disember 18, 2011
Rusila, siswazah contoh
Lulusan sarjana pelbagaikan produk cendawan
Usahawan Pasar Tani yang mengusahakan tanaman cendawan dari Kampung Pengkalan Pandan Luar Chukai Kemaman, Terengganu ini mempunyai falsafah tersendiri untuk berjaya dalam perniagaan.
Kalau sebelum ini makanan berasaskan cendawan kurang dipelbagaikan, namun Rusila
Yusof, 30, berani mencuba dengan memperkenalkan cendawan goring berempah, popia cendawan, kerepek cendawan dan sup cendawan.
Malah lulusan Sarjana Sains kimia dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini tidak pernah kekok menjual cendawan segar setiap hari Jumaat di Pasar Tani Chukai FAMA daerah Kemaman.
“Menjadi usahawan perlu berfikiran kreatif, berani mencuba, sanggup menghadapi risiko rugi, menerima teguran rakan-rakan dan pendapat pelanggan serta agensi berkaitan adalah antara yang menjadi kunci kejayaan,” ujarnya tersenyum.
Rusila mengusahakan projek tanaman cendawan tiram kelabu sejak empat tahun lalu di Kampung Pengkalan Pandan Luar sebagai pejabat operasi utama Fatisha Agro Farm (FAF).
Sementara itu, Bangunan Pusat Pemasaran Dadong Fatisha Agrotech, Kemaman, pada awalnya mendapat bimbingan Jabatan Pertanian dengan membekalkan sebuah bangsal dan benih cendawan berjumlah 10,000 beg.
Pada peringkat awal, hasil cendawan dijual kepada penduduk sekitar dengan kuantiti sedikit tetapi dengan pembukaan pasar tani Chukai, permintaan produk cendawan semakin meningkat.
“Hasil penat lelah saya berbaloi kerana boleh memasarkannya dengan mudah di pasar tani. Ini juga menambah pendapatan saya dengan rakan-rakan seperniagaan.
“Bahkan, dorongan keluarga juga member semangat untuk memperbesarkan projek sedia ada kerana pengeluaran yang ada sekarang tidak mencukupi permintaan.
“Bagaimanapun, program pasar tani anjuran FAMA daerah Kemaman telah mengajar saya banyak pengalaman berniaga selain mempelbagaikan produk cendawan segar tanpa menghilangkan rasa aslinya,”katanya.
Namun, Rusila tidak terlepas berdepan cabaran apabila produk makanan berasaskan cendawan seperti goreng berempah, popia cendawan, kerepek dan cucur cendawan kurang mendapat sambutan kerana tidak pernah diketengahkan sebelum ini.
Tetapi setelah melihat keunikan pada produk tersebut, kini ia mempunyai kelompok penggemarnya tersendiri terutama bagi makanan snek.
“Saya berterima kasih kepada FAMA kerana memberi ruang berniaga di pasar tani. Pendapat kawan-kawan dan pelanggan yang saya terima dengan hati terbuka banyak membantu meningkatkan mutu produk, menambah perisa dan ketahanan selepas digoreng. Malah, ada yang mengesyorkan supaya ia disejukbekukan untuk kemudahan pelanggan,”katanya.
Hasil kerja kerasnya, Rusila memperoleh kira-kira RM15,000 hingga RM20,000 sebulan di pasar tani dan dua lagi perniagaannya bersama rakan kongsi serta ahli keluarganya.
“Saya sedang berusaha menambah pendapatan dengan merancang untuk membuka kios berasaskan cendawan.
“Pada masa ini, saya mempunyai gerai makanan berasaskan cendawan yang dikendalikan ahli keluarga di samping sebuah lagi restoran usaha sama dengan seorang rakan kongsi, “katanya yang turut member khidmat nasihat kepada penduduk setempat yang berminat mengusahakan tanaman cendawan. - Agrobiz
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
salam..
saya pelajar tahun satu USM.Modul Usahawan adalah modul wajib yang perlu saya ambil.Saya telah ditugaskan untuk membuat sedikit kajian mengenai tokoh-tokoh keusahawanan yang berjaya di malaysia. akak adalah tokoh yang ingin saya kaji dan menjadikan salah satu idola. Oleh itu, jika tidak keberatan, saya berharap agar akak dapat sedikit sebanyak menceritakan titik awal permulaan perniagaan akak sehingga berjaya serta dapatlah kiranya akak ceritakan sedikit latarbelakang diri akak seperti yang berikut:
1.nama penuh
2.tarikh lahir dan tempat lahir
3.Latar belakang akak
4.Tahap pendidikan dan tempat pengajian
5.jenis perniagaan yang diceburi
6.Minat tuan
7.Pengalaman akak sepanjang menjalankan perniagaan
8.Faktor dorongan (dalaman dan luaran)
9.cabaran, halangan atau kegagalan dahulu, sekarang, dan masa hadapan.
10.Cara mengatasi cabaran, halangan dan kegagalan
11.kejayaan dulu, sekarang.
12.Perancangan masa hadapan.
13.Prinsip hidup
14.faktor-faktor kejayaan perniagaan
15.kejayaan&kegagalan yang pernah dilalui sepanjang tempoh perniagaan
16.maklumat-maklumat lain yang bersesuaian
17.sedikit gambar tentang hasil jualan
segala kerjasama akak amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih..

6.Minat akak

Catat Ulasan