Jumaat, Ogos 30, 2013

Beli bongkah vs buat bongkah


 Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek tanaman cendawan masakini disebabkan oleh permintaan dan harga yang tinggi, kos yang rendah, bersih, mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak masa untuk menjaganya. Tetapi ramai yang mengalami masalah untuk memilih cara nak mula projek ini…adakah dengan membeli bongkah atau membuatnya sendiri? 

Harus diingat jika anda betul-betul mahu buat projek cendawan, anda harus memulakan langkah pertama. Baru la anda lihat sejauh mana kemampuan anda. Sebagai contoh, langkah pertama anda ikuti kursus. Dari situ anda dapat lihat semua proses penghasilan bongkah dari proses gaul sehinggalah mengutip hasil. 

Ada peserta kata prosesnya amat remeh kena gaul, isi dalam plastik, kukus, suntik benih dan masalah penyakit. Banyak kerja yang kena buat…ada juga yang kata “kalu macam ni baik beli bongkah yang dah matang dari buat lagi senang”. 

Ramai yang datang jumpa saya mempunyai masalah mencari bekalan dedak, habuk kayu, benih dan alatan membuat bongkah cendawan. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan projek ini dinasihatkan membeli bongkah yang matang supaya anda tahu serba sedikit cara penjaga bongkah cendawan semasa pengeluaran hasil…belajar teknik2 buka tutup penutup untuk tau macamne nak keluarkan hasil tiap-tiap hari. 

Ini ada sedikit tip untuk anda lihat kelebihan beli bongkah matang atau buat bongkah sendiri.

Beli bongkah


  • Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll.
  • Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah rumah pun boleh.
  • Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual!
  • Tiada masalah penyakit..kalau dah pun sedikit.
  • Boleh test market dulu…ada atau tidak permintaan penduduk setempat.
  • Boleh beli sikit-sikit dulu…100 bongkah ke ikut modal la.
  • Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung.
  • Boleh buat secara separuh masa.


Buat bongkah



  • Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll…
  • Sesetengah tempat susah nak dapat bekalan
  • Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit
  • Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih
  • Masalah penyakit kulat perosak
  • Jimat kos
  • Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z
  • Kena buat sepenuh masa
  • Cara mana yang anda pilih itu bergantung la….ikut kemampuan masing-masing.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Rasenye, klu beli bongkah masih lg berdepan ngan mslh penyakit. Kadang2 separuh drpd bongkah yg di beli rosak. Mungkin disebabkan cara membuat bongkah tidak kemas. Pastu harga bongkah tak sama mengikut kawasan.
Sekadar berkongsi.

a> Related Posts with Thumbnails