Jumaat, April 05, 2013

Lagi khasiat cendawan dibongkar


5) Cendawan Shiitake

Cendawan Shiitake (Lentinus edodes) adalah sejenis cendawan macam bunyi "Bahasa Jepun"  yang sukar orang Melayu nak sebut. Cendawan ini ada ditanam di negara kita terutama di kawasan suhu sejuk di kawasan tanah tinggi dan juga ada juga ditanam dikawasan rendah. 

Cendawan ini mengandungi bahan Lentinan iaitu sejenis ubat antikanser khusunya untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara.  

Cendawan ini dapat membantu merencatkan kejadian semula sel kanser.  seperti kebanyak jenis cendawan yang dikenali, cendawan Shiitake memang mempunyi keupayaan meningkatkan sistem imun badan dengan merangsang limfosit dan Makrofaj melawan bakteria, virus dan sel tumor serta toksin dalam badan manusia.


6) Cendawan Kukur

 Cendawan Kukur (Schizophyllum commune) merupakan sejenis cendawan yang sukar kita jumpai di negara kita kalau kita tidak mengenalinya. Cendawan ini mengandungi bahan Schizophyllan iaitu sejenis ubat yang dikenalpasti sebagai ubat anti tumor dan kanser. 

Cendawan ini mampu meningkatkan sistem imun badan manusia jika dimakan mengikut kesesuaiannya. 

Khasiat lain cendawan ini seperti sebagai antiradangan (anti inflamatory system) dan anti bakteria serta anti parasit. Keistimewaan cendawan ini adalah untuk mengawal dan melindungi Hati manusia.


7) Cendawan Butang

 Cendawan Butang (Agaricus brasilliensis) adalah sejenis cendawan berbentuk butang dibahagian atasnya yang berwarna keputihan. Cendawan Butang ada ditanam di Malaysia oleh beberapa usahawan seperti di Kelang Selangor untuk pasaran segar tempatan. 

Cendawan Butang yang telah dikeringkan banyak djual di pasaraya dan sering digunakan oleh ramai penduduk Malaysia. 

Cendawan Butang didakwa dapat merencatkan sel tumor dalam badan manusia serta membantu mengawal tekanan darah. Keistimewaan cendawan butang adalah dapat merawat penyakit Gastrik dengan memakannya. 

Cendawan butang yang kering direndam dahulu atau terus masukan dalam sup, masakan tumis dan sebagainya untuk dihidangkan. Rasanya sedap dan lazat.


8) Cendawan Jarum Emas

Cendawan Jarum Emas (Flammulina velutipes) adalah cendawan berbentuk jarum yang mempunyai batang pabjang berwarna keemasan dibahagian kudup.  Cendawan ini tidak ditanam di negara kita secara komersil dan banyak dihasilkan di negara China, Jepun dan Korea selain daripada di Eropah. 

Khasiat cendawan Jarum Emas adalah merupakan toksik kepada sel tumor manusia. 

Cendawan ini juga didapati meningkatkan sistem imun dalam badan bagi menghalang jangkitan kulat dan juga virus kepada pemakannya. Secara klinikal juga terbukti bertindak sebagai antiradangan, meningkatkan aktiviti pelindung sel yang menghalang kerosakan DNA Sel Darah. 


Khasiat cendawan memang telah terbukti baik dalam meningkatkan kesihatan. Pengeluaran cendawan memerlukan modal dan ilmu pengetahuan dalam proses pengeluaran. Banyak masalah dalam pengeluaran yang perlu diatasi seperti pengeluaran  benih, kawalan penyakit, masaalah lepas tuai dan masaalah media untuk bongkah. 

Industri ini perlu disokong dengan baik agar pengeluaran cendawan untuk pasaran domestik akan menuju kearah pasaran ekspot pada masa akan datang.

Rabu, April 03, 2013

Khasiat cendawan dibongkar




CENDAWAN adalah sejenis hidupan yang tumbuh secara semulajadi dan diusahakan secara komersial semenjak dulu kala dan cendawan yang dimakan oleh manusia mempunyai khasiat tersendiri. 


Di antara cendawan yang popular di negara kita adalah seperti Cendawan Shiitake, Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Jerami, Cendawan, Jarum Mas, Cendawan Kukur, Cendawan Butang, Cendawan Telinga Kera / Jeli Htam, Cendawan Ganoderma / Ling Zhi dan Cendawan Bunga Kobis. 

Cendawan yang ada di pasaran terdiri daripada cendawan segar, cendawan kering dan cendawan yang telah diproses dalam pelbagai bentuk seperti cecair, makan siap sedia, kapsul, serbuk, pil dan sebagainya. 

Artikel pagi ini saya war-warkan khasiat beberapa jenis cendawan untuk perkongsian maklumat dengan pembaca.
.
a) Cendawan Tiram Kelabu

 Cendawan Tiram kelabu (Pleorotus sajor-caju) merupakan jenis cendawan paling mudah ditanam dan dibeli dipasar. Cendawan ini berwarna putih dan kelabu dimana dijual pada harga RM 5.00 - RM 6.00 sekilogram di peringkat ladang. 

Beberapa jenis kumpulan cendawan tiram adalah seperti Cendawan Tiram Kuning (Pleorotus citrinopileatus), Cendawan Tiram Merah jambu (Plerotus flabellatus) dan Cendawan Tiram Putih (Pleorotus florida). 

Cendawan Tiram Kelabu kaya dengan:
  • Protein (15-22% berat kering =bk)
  • Lemak (1.1-2.6% bk.)
  • Serat (14.2-18.2% bk)
  • Vitamin E ( 3ppm)
  • Salenium (<0 .05="" li="" ppm="">
  • Zat Besi (34.7-60.7 ppm)
  • Kalsium (0.39-0.69 ppm)
  • Magnesium (590 -790 ppm) dan 
  • Kalium (2.5-2.5% bk). 

Cendawan Tiram mampu mengawal pengaliran darah, menurunkan tekanan darah serta mengawal kandungan gula dan lipid dalam darah. Cendawan ini juga dapat meningkatkan sistem 'immune' untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.  Cendawan ini juga merencatkan pertumbuhan sel tumor dan agen anti-oksidan yang sangat berkesan.

2) Cendawan Ling Zhi

 Malaysia adalah di antara negara yang menghasilkan cendawan ini secara komersial khusus untuk makanan produk kesihatan yang popular. Penanaman cendawan Ling Zhi adalah agak mudah dan jika mendapat jaminan pasaran dengan harga munasabah memang sesuai diperbesarkan lagi. 

Cendawan Ling Zhi telah pun diuji secara klinikal dan tradisional sebagai cendawan yang mampu menghalang dan merawat kanser. Cendawan ini juga dapat meningkatkan sistem imun badan; anti allergik; anti radang; antiviral dan juga antibakteria. 

Terdapat dakwaan yang khasiat cendawan ini dapat melegakan dan merawat paru-paru yang rosak akibat serangan asma dan masalah pernafasan yang lain. Khasiat lain adalah seperti mampu melindungi hati dengan meningkatkan proses ditoksifikasi. Kelebihan lain seperti ianya mampu menyembuhkan luka, sebagai antioksidan dan juga menurunkan tekanan darah.

3) Cendawan Telinga Kera

 Cendawan Telinga Kera atau Cendawan jeli Hitam (Auricularia spp.) merupakan sejenis cendawan yang berwarna hitam dengan bentuk seperti telinga kera. Cendawan ini hanya ditanam oleh mereka yang pakar dan berminat sahaja di kawasan khusus. 

Cendawan ini dipercayai dapat merawat gangguan kardiovaskular iaitu memecahkan darah beku di dalam jantung manusia. Khasiat lain cendawan ini seperti menurunkan tekanan darah, merendahkan paras kolesterol dan juga lipid. 

Kajian menunjukkan cendawan jenis ini mampu melindungi kerosakan DNA dan juga antioksidan yang baik. Ada yang mendakwa cendawan ini membantu mengurangkan berat badan.

4) Cendawan Bunga Kobis

 Cendawan Bunga Kobis (Hericeum erinaceum) jarang-jarang didapati dipasar basah. Hanya mereka yang menanam dan kawasan sekitarnya mampu mendapatkan spesis cendawan ini. 

Terdapat produk cendawan ini yang telah dikeringkan dan dijual di pasaraya. Cendawan ini mampu merangsang faktor pertumbuhan sistem saraf dan ini berkaitan dengan potensinya untuk mengurangkan risiko serangan saraf seperti Alzeimer, Dimentia dan Strok.  

Khasiat lain seperti mampu memperbaiki otot dan gerak balas motor dan juga fungsi kognitif dalam badan. Cendawan ini mengandungi bahan Lektin yang merencatkan pengumpulan sel darah merah.  Ia mampu merawat ulser perut, anti kanser, antiradangan dan juga merendahkan paras lipid.  Cendawan ini  juga meningkatkan sistem imun badan.

 Banyak juga jenis-jenis cendawan dan khasiatnya yang tersendiri, ye?

Saya akan update lagi jenis-jenis cendawan yang lain pada masa akan datang. Jumpa lagi! :)

Selasa, April 02, 2013

Segalanya tentang cendawan




HARI ini saya ingin bercerita tentang cendawan. Melalui pengamatan saya, cendawan yang merupakan salah satu hasil asas tani kini sungguh besar potensinya dalam industri makanan dan kesihatan.

Kebiasaannya masyarakat kita menikmati cendawan dengan dibuat sup atau digoreng sebagai sayur atau kudap-kudapan. Selain itu cendawan juga turut digunakan dalam kebanyakan masakan Barat seperti ditaburkan di atas piza atau dijadikan sos cendawan.

Bayangkan jika anda menikmati sup yang kaya dengan rasa cendawan ditambah pula jika ia dicicah dengan roti Perancis bakar. Memang menyelerakan! 

Cendawan juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Daripada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: "Aku pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat mengubati mata."

Banyak kajian juga telah dilakukan ke atas khasiat cendawan. Menurut Eva Guillamón et al 2010 yang dipetik daripada Journal Fitoterapia, cendawan dapat merawat kanser, merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah serta meningkatkan sistem ketahanan badan.

Untuk pengetahuan pembaca, terdapat beratus-ratus jenis cendawan di seluruh dunia. Tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang selamat untuk dimakan. Antara jenis cendawan yang biasa dinikmati adalah cendawan tiram, butang, shitake, dan cendawan straw.

Beberapa tip yang perlu anda ketahui tentang cendawan. Pilihlah cendawan segar yang masih keras dan tidak berlendir. Selain itu cendawan yang segar tidak berwarna kusam dan ia masih berwarna cerah.

Cendawan seperti kentang dan epal, mudah mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Oleh itu, apabila cendawan telah dihiris, jangan didedahkan terlalu lama pada udara kerana akan menjadi lembik, menukar warna kepada keperangan dan hilang perisa aslinya.

Selain boleh didapati secara segar, anda juga boleh membeli cendawan yang kering atau yang telah siap ditinkan. 

Cuba-cubalah resipi minggu ini untuk anda menikmati kelazatan cendawan yang sebenar dalam masakan.

Isnin, April 01, 2013

Biodata Pemilik Cendawan Global

photo Nama penuh Ahmad Hanizam bin Abdullah. Anak keempat daripada lima adik-beradik. Berasal dari Jerteh, Terengganu. Dilahirkan pada 4.1.1977. Pemegang Bacelor Perakaunan (Kepujian) dari UPM.
..
Sekarang menetap di Pasir Gudang, Johor dan Unit Trust Consultant secara sepenuh masa. Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang puteri. Hobi beliau ialah membaca dan  dan surf internet. 

Matlamat beliau ialah menjadi jutawan pada tahun 2015.
...
Beiau boleh dihubungi dari jam 9 pagi sehingga 3 petang sahaja. Selepas itu, sms sahaja di 019 758 9774 (Nizam). 

Saya dengan berbesar hati mengucapkan selamat berkenalan dan memasuki zon tip-tip perniagaan dan keusahawanan di Cendawan Global amnya dan dunia cendawan khususnya.

"Manfaat Kulat Untuk Semua"

Cendawan Segar RM8 sekilo




Cendawan Tiram Kelabu segar untuk Dijual !! 

Kami menghasilkan cendawan tiram ini dengan sendiri..Proses adalah bersih dan halal. 

Harga : RM 8.00 sekilo sahaja !! 

Packing : 100gm, 200gm, dan 500gm 

Untuk mereka yang berminat, anda boleh hubungi kami terutama yang berada di sekitar Besut.

019 758 9774 (Nizam)
a> Related Posts with Thumbnails