5) Cendawan Shiitake
Cendawan ini mengandungi bahan Lentinan iaitu sejenis ubat antikanser khusunya untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara.
Cendawan ini dapat membantu merencatkan kejadian semula sel kanser. seperti kebanyak jenis cendawan yang dikenali, cendawan Shiitake memang mempunyi keupayaan meningkatkan sistem imun badan dengan merangsang limfosit dan Makrofaj melawan bakteria, virus dan sel tumor serta toksin dalam badan manusia.
6) Cendawan Kukur
Cendawan ini mampu meningkatkan sistem imun badan manusia jika dimakan mengikut kesesuaiannya.
Khasiat lain cendawan ini seperti sebagai antiradangan (anti inflamatory system) dan anti bakteria serta anti parasit. Keistimewaan cendawan ini adalah untuk mengawal dan melindungi Hati manusia.
7) Cendawan Butang
Cendawan Butang yang telah dikeringkan banyak djual di pasaraya dan sering digunakan oleh ramai penduduk Malaysia.
Cendawan Butang didakwa dapat merencatkan sel tumor dalam badan manusia serta membantu mengawal tekanan darah. Keistimewaan cendawan butang adalah dapat merawat penyakit Gastrik dengan memakannya.
Cendawan butang yang kering direndam dahulu atau terus masukan dalam sup, masakan tumis dan sebagainya untuk dihidangkan. Rasanya sedap dan lazat.
8) Cendawan Jarum Emas
Khasiat cendawan Jarum Emas adalah merupakan toksik kepada sel tumor manusia.
Cendawan ini juga didapati meningkatkan sistem imun dalam badan bagi menghalang jangkitan kulat dan juga virus kepada pemakannya. Secara klinikal juga terbukti bertindak sebagai antiradangan, meningkatkan aktiviti pelindung sel yang menghalang kerosakan DNA Sel Darah.
Khasiat cendawan memang telah terbukti baik dalam meningkatkan kesihatan. Pengeluaran cendawan memerlukan modal dan ilmu pengetahuan dalam proses pengeluaran. Banyak masalah dalam pengeluaran yang perlu diatasi seperti pengeluaran benih, kawalan penyakit, masaalah lepas tuai dan masaalah media untuk bongkah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan