CENDAWAN adalah sejenis hidupan yang tumbuh secara semulajadi dan diusahakan secara komersial semenjak dulu kala dan cendawan yang dimakan oleh manusia mempunyai khasiat tersendiri.
Di antara cendawan yang popular di negara kita adalah seperti Cendawan Shiitake, Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Jerami, Cendawan, Jarum Mas, Cendawan Kukur, Cendawan Butang, Cendawan Telinga Kera / Jeli Htam, Cendawan Ganoderma / Ling Zhi dan Cendawan Bunga Kobis.
Cendawan yang ada di pasaran terdiri daripada cendawan segar, cendawan kering dan cendawan yang telah diproses dalam pelbagai bentuk seperti cecair, makan siap sedia, kapsul, serbuk, pil dan sebagainya.
Artikel pagi ini saya war-warkan khasiat beberapa jenis cendawan untuk perkongsian maklumat dengan pembaca.
.
a) Cendawan Tiram Kelabu
Beberapa jenis kumpulan cendawan tiram adalah seperti Cendawan Tiram Kuning (Pleorotus citrinopileatus), Cendawan Tiram Merah jambu (Plerotus flabellatus) dan Cendawan Tiram Putih (Pleorotus florida).
Cendawan Tiram Kelabu kaya dengan:
- Protein (15-22% berat kering =bk)
- Lemak (1.1-2.6% bk.)
- Serat (14.2-18.2% bk)
- Vitamin E ( 3ppm)
- Salenium (<0 .05="" li="" ppm=""> 0>
- Zat Besi (34.7-60.7 ppm)
- Kalsium (0.39-0.69 ppm)
- Magnesium (590 -790 ppm) dan
- Kalium (2.5-2.5% bk).
Cendawan Tiram mampu mengawal pengaliran darah, menurunkan tekanan darah serta mengawal kandungan gula dan lipid dalam darah. Cendawan ini juga dapat meningkatkan sistem 'immune' untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Cendawan ini juga merencatkan pertumbuhan sel tumor dan agen anti-oksidan yang sangat berkesan.
2) Cendawan Ling Zhi
Cendawan Ling Zhi telah pun diuji secara klinikal dan tradisional sebagai cendawan yang mampu menghalang dan merawat kanser. Cendawan ini juga dapat meningkatkan sistem imun badan; anti allergik; anti radang; antiviral dan juga antibakteria.
Terdapat dakwaan yang khasiat cendawan ini dapat melegakan dan merawat paru-paru yang rosak akibat serangan asma dan masalah pernafasan yang lain. Khasiat lain adalah seperti mampu melindungi hati dengan meningkatkan proses ditoksifikasi. Kelebihan lain seperti ianya mampu menyembuhkan luka, sebagai antioksidan dan juga menurunkan tekanan darah.
3) Cendawan Telinga Kera
Cendawan ini dipercayai dapat merawat gangguan kardiovaskular iaitu memecahkan darah beku di dalam jantung manusia. Khasiat lain cendawan ini seperti menurunkan tekanan darah, merendahkan paras kolesterol dan juga lipid.
Kajian menunjukkan cendawan jenis ini mampu melindungi kerosakan DNA dan juga antioksidan yang baik. Ada yang mendakwa cendawan ini membantu mengurangkan berat badan.
4) Cendawan Bunga Kobis

Terdapat produk cendawan ini yang telah dikeringkan dan dijual di pasaraya. Cendawan ini mampu merangsang faktor pertumbuhan sistem saraf dan ini berkaitan dengan potensinya untuk mengurangkan risiko serangan saraf seperti Alzeimer, Dimentia dan Strok.
Khasiat lain seperti mampu memperbaiki otot dan gerak balas motor dan juga fungsi kognitif dalam badan. Cendawan ini mengandungi bahan Lektin yang merencatkan pengumpulan sel darah merah. Ia mampu merawat ulser perut, anti kanser, antiradangan dan juga merendahkan paras lipid. Cendawan ini juga meningkatkan sistem imun badan.

Saya akan update lagi jenis-jenis cendawan yang lain pada masa akan datang. Jumpa lagi! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan