Selasa, Ogos 07, 2007

Cendawan Sisik / Kukur

Nama saintifik ialah Schizophyllum Commune. Jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Pada masa kini, ia masih belum dikomersilkan secara besar-besaran dan berpotensi sebagai varieti kepada tanaman cendawan yang sedia ada.

Khasiat Pemakanan
  • Mengandungi Schizophyllon iaitu ubat antitumor dan kanser
  • Meningkatkan sistem imun : anti-radangan, anti-bakteria dan antiparasit
  • Melindungi hati


Substrat / Media

  • Habuk Kayu Getah
  • Batang Kayu


Pemeraman

  • Jangka masa : 21-25 hari
  • Suhu sesuai : 28-30C

Pengeluaran Hasil

  • Jangka masa : 2-3 minggu
  • Suhu sesuai : 30-32C

Hasil/beg (1kg media)

  • 40-50gm
    150-200gm

Catatan

Biasa tumbuh liar pada batang kayu mati. Boleh juga dimasak sebagai sayuran tambahan dan selalunya dibuat masak lemak. Bestnya!!

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails