Khamis, Ogos 16, 2007

Cendawan Butang

Cendawan merupakan kulat daripada Thalophyta. Jenis yang tidak beracun yang boleh dimakan adalah daripada famili Agaricaceae. Contoh cendawan yang ditanam adalah cendawan kelabu, cendawan telinga kera, cendawan butang dan cendawan abalone.

Cendawan butang atau saintifiknya ialah Agaricus bisporus. Bentuknya yang cantik menjadikan ia sangat popular apabila merujuk kepada cendawan. Ia banyak dibuat dalam bentuk paket di super market, dijual segar, ditinkan dan disejuk beku.

Khasiat Pemakanan

  • Merencatkan kejadian semula kanser
  • Mengandungi lantinan iaitu ubat antikanser
  • Meningkatkan sistem imun badan


Kandungan Kalori dan Nutrisi dalam 100gm

  • Kalori : 15
  • Protein : 2.3
  • Karbohidrat : 0.5
  • Lemak : 0.4
  • Serat : 1.3

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails