Cendawan Jeli Hitam atau Telinga Kera (Auricularia auricula-judae) semakin mendapat tempat di kalangan penggemar cendawan. Ini kerana rasanya yang enak dan juga penanaman yang mudah serta sebagai varieti kepada cendawan yang sedia ada. Berikut adalah antara kandungan khasiatnya:
Khasiat Utama
- Merawat gangguan kardiovaskular : memecah darah beku, mengawal atur tekanan darah, merendah kolesterol dan lipid
- Antioksidan dan melindungi dari kerosakan DNA
- Boleh mengurangkan berat badan
Substrat/Media
- Habuk Kayu Getah
- Kapas
Pemeraman
- Jangka masa : 25-35 hari
- Suhu sesuai : 28-30c
Pengeluaran Hasil
- Jangka masa : 10 - 12 minggu
- Suhu sesuai : 30-32c
Hasil/beg (1kg media)
- 150-200 gm/beg
Catatan
Masih belum popular di kalangan pengusaha. Banyak diimport dalam bentuk kering. Mempunyai potensi yang besar untuk berkembang di pasaran tempatan sekiranya diusahakan secara komersil.
1 ulasan:
boleh la try.. :)
Catat Ulasan