Rabu, Oktober 31, 2007

Dari Motel Ke Bangsal Cendawan

Oleh Syed Abdullah Syed Nordin

CENDAWAN sememangnya diketahui umum mempunyai pelbagai khasiat tersendiri namun ada antaranya menjadi kegemaran ramai sebagai juadah harian seperti cendawan tiram kelabu. Cendawan tiram kelabu sememangnya mendapat sambutan yang menggalakkan dan permintaan tinggi di pasaran tempatan. Menyedari hakikat itu, Muhammad Badrul Amin Lee Abdullah, 42, menyahut cabaran untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan pertanian sebagai asas pembangunan negara.
..
Dengan hasrat itu, Badrul Amin mencari peluang untuk mempelajari ilmu mengenai cendawan berkenaan daripada seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum mengusahakan tanaman berkenaan. Berkat sokongan keluarganya, dia berubah arah daripada pengusaha sebuah motel kepada seorang pengusaha tanaman cendawan tiram kelabu di Motel Tanjung Gelang di Kuantan, Pahang.
..
Walaupun pada mulanya, dia hanya diberi peluang membina bangsal yang kecil di belakang kawasan motel milik keluarganya, dia tetap tabah dan cekal untuk meneruskan hasratnya. Usaha gigih dan semangat cekal itu akhirnya memberikan pulangan lumayan kepadanya. Badrul Amin memulakan usahanya itu dengan modal berjumlah RM20,000 pada 2003 tanpa menghiraukan risiko kerugian jika perusahaannya tidak berjaya. Ternyata usahanya tidak sia-sia kerana ketika ini, dia sudah mampu menanam 30,000 beg plastik cendawan tiram kelabu pada satu-satu masa. Ia disusun secara rapi di atas rak kayu di bangsalnya.
..
Setiap beg plastik yang digunakan untuk menanam cendawan perlu dibubuh serbuk kayu getah yang sudah dicampur dengan dedak serta kapur pertanian sebelum benih cendawan boleh dimasukkan ke dalam beg plastik. Semua beg plastik yang sudah mempunyai benih itu kemudiannya disusun dengan membaringkannya di atas rak. Selepas dua bulan disemai, hasil tanaman pertama boleh dipetik dan kira-kira dua minggu berikutnya, hasil daripada beg yang sama juga boleh dipetik untuk kali kedua. Bagaimanapun, sekiranya kaedah tanaman dan penjagaan betul, benih pertama yang disemai di dalam beg plastik itu boleh dituai sebanyak tujuh kali tetapi ia sangat bergantung pada kaedah tanaman dan penjagaan," katanya ketika ditemui Harian Metro di bangsalnya dekat Motel Tanjung Gelang di Balok, Kuantan.
..
..
Menurutnya, hasil setiap kali menuai setiap beg plastik itu mampu mengeluarkan hasil kira-kira 500 gram cendawan tiram kelabu. Selepas hasil pertama cendawan tiram kelabu itu dikutip, semua akar yang tertinggal di dalam beg plastik berkenaan perlu dibersihkan dengan cara tertentu untuk membolehkannya mengeluarkan kelopak cendawan yang baru. Namun, penutup yang digunakan untuk kali pertama perlu ditukar dan ditutup semula untuk mengelakkan benih yang ada di dalamnya tidak rosak atau diganggu jangkitan penyakit serta gangguan lalat.
...
Selain itu, bangsal yang dibina perlu dipagar dengan jaring dawai dan setiap barisan rak perlu dipasang tali tangsi yang mempunyai mata pancing untuk mengelakkan gangguan tikus. Ketika ini, harga pasaran cendawan mencecah RM9 untuk sekilogram. Percubaan saya ni boleh dikatakan berjaya kerana permintaan terhadapnya semakin tinggi walaupun di pasaran tempatan," katanya.
..
Sehingga kini, semua cendawan yang diusahakannya hanya mampu menampung pasaran tempatan sekitar Kuantan. Katanya, jumlah itu belum cukup untuk menampung keperluan membeli kerana tidak ramai yang berminat untuk mengusahakan tanaman cendawan terutama di Kuantan. Setakat ini, saya masih belum berpuas hati kerana tidak dapat menembusi pasaran luar disebabkan kekurangan kawasan pembiakan cendawan," katanya.
..
Dia berazam memperluaskan lagi bangsalnya dan berusaha mencari kawasan lain untuk meningkatkan usahanya. Dia berkata, benih cendawan itu boleh dibeli daripada pengusaha cendawan tiram kelabu di Klang, Selangor dengan harga RM1.80 bagi setiap botol. Bagi setiap botol benih cendawan, ia boleh ditanam ke dalam 25 beg plastik. Jika kita yakin dan bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu pekerjaan, ia pasti menghasilkan kejayaan.
..
Sehingga kini, saya masih mengusahakan ladang cendawan tiram kelabu dengan dibantu tiga pekerja dan mereka mengutip cendawan tiga kali dalam sehari, iaitu pagi, tengah hari dan petang," katanya.
..
Nota daripada Cendawan Global : Salah satu sikap dan semangat usahawan sejati yang perlu ada untuk berjaya. Beliau mengambil keputusan dengan cepat setelah melihat peluang di depan mata.

Isnin, Oktober 29, 2007

Industri Cendawan Berkembang

Berita Harian
29.10.2007
KUALA LUMPUR: Industri cendawan di negara ini kini melangkah ke era yang memberangsangkan apabila ia diusahakan secara komersial oleh usahawan tani menggunakan kaedah bioteknologi. Pengurus Pusat Perintis Agro-Tech Centre, Hilmy Hamzah, berkata bagi meningkatkan lagi bilangan mereka yang terbabit dalam pertanian ini pihaknya bertanggungjawab menyalurkan ilmu serta kemahiran yang diperlukan.
..
“Sebagai pusat yang bertanggungjawab kita dapati perkembangan industri cendawan begitu positif dan membanggakan. Semakin ramai yang berminat menceburi industri ini apabila ia diusahakan secara komersial".
..
“Kami mengutamakan penerapan kemahiran sebenar kepada individu supaya setiap pengusaha cendawan yang dilahirkan adalah berkualiti dan berdaya saing selaras dengan hasrat untuk menjadikan sektor pertanian sebagai perniagaan,” katanya di sini, semalam. Katanya, permintaan terhadap hasil pertanian ini agak besar dan untuk itu lebih ramai pengusaha cendawan perlu dilahirkan setiap tahun bagi menampung keperluan yang sentiasa meningkat.
..
Sementara itu, Pengerusi Biro Pertanian Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail, berkata perkembangan positif sektor pertanian perlu diperluaskan supaya lebih ramai anggota masyarakat menikmati hasil lumayan dari bidang pertanian umumnya dan industri cendawan khasnya. Perkembangan dan masa depan sektor pertanian dibincangkan secara terperinci di Konvensyen Pertanian Kebangsaan yang berakhir semalam di Negeri Sembilan, katanya.
..
Hilmy berkata bagi memberi peluang orang ramai menimba ilmu dalam penanaman cendawan, satu kursus penanaman cendawan teknik terkini akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa pada 3 November ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Maklumat lanjut hubungi urus setia di talian 03-41082298, 019-3311298 atau 012-6621367.
..
Sila layari:

Sabtu, Oktober 27, 2007

Ruangan Iklan Bisnes Cendawan

Atas permintaan kepada perlunya iklan kepada bisnes cendawan, saya lancarkan satu program pengiklanan di mana anda sebagai pengusaha cendawan boleh mengiklankan apa sahaja produk dan perkhidmatan berkaitan cendawan di blog ini. Kadar yang amat berpatutan akan dikenakan iaitu sebanyak RM20 untuk tempoh 6 bulan. Selepas itu anda boleh buat bayaran bagi tempoh selanjutnya.

Iklan anda akan dipaparkan di sini setiap hari dan akan dipastikan ia mudah dilihat dan senang dicapai oleh pelawat blog ini. Saya akan kemas kini contohnya dalam masa terdekat ini. Cheers!

Rabu, Oktober 24, 2007

Pengusaha cendawan di Malaysia (Tahun 2005)

NEGERI ...........BIL. PENGUSAHA ..........HASIL(kg/tahun)
Johor .................... 28 ......................944,508
Melaka ................... 1 .......................1,200
N.Sembilan .............. 7 .......................23,760
Selangor ................. 18 ......................368,520
Perak .................... 9 .......................87,480
P.Pinang ................ 5 ....................... 30,000
Kedah .................... 5 .......................18,000
Kelantan ................. 2 ....................... 27,000
Terengganu ............. 5 ....................... 1,440
Pahang ................... 7 ....................... 15,195
Sabah .................... 3 ...........................-
Sarawak ................. 1 ...........................-
Jumlah ................. 91 .......................1,517,103

Mengikut rekod Jabatan Pertanian, sehingga tahun 2005, seramai 91 orang pengusaha cendawan telah mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian. Informasi daripada Persatuan Penyelidik Cendawan Malaysia pula melaporkan bahawa sehingga tahun 2005, purata jumlah pengeluaran cendawan di Malaysia telah mencecah sebanyak 5,475 tan/tahun atau 15 tan /hari yang melibatkan seramai 131 orang pengusaha cendawan.
..
Nota : Walaupun data tersebut adalah dua tahun lepas tapi sekurang-kurangnya boleh digunakan sebagai panduan untuk memulakan perusahaan ini kerana potensinya masih besar. Terpulang kepada anda untuk menggunakan peluang ini sebaiknya.

Khamis, Oktober 18, 2007

10 Facts About Mushrooms


Did you know….

• People have been eating mushrooms since Palaeolithic times.

• The Ancient Egyptians believed mushrooms grew by magic, because of the way they could appear overnight.

• The “Iceman” discovered in the Italian Alps in 1991 (and thought to have died 5,000 years ago) was carrying dried mushrooms with him.
..
• Mushrooms are the second most valuable fresh vegetable crop grown in Australia, after potatoes.

• More than 85% of Australian households purchase fresh mushrooms regularly; 55% of them buy at least once per week and 38% of primary grocery shoppers always have them on their shopping list. The average purchase volume is 457 grams.

• In the mid 1970’s most of the mushrooms eaten in Australia were sold in cans. Today Australians eat 95% of their mushrooms fresh.

• 88% of consumers love mushrooms in a stir-fry; 83% of consumers love mushrooms in a salad.

• About half the child population either like or love mushrooms and over 90% of people over the age of 25 either like or love mushrooms.

• 74% of mushroom eaters would probably order a mushroom entrĂ©e in a restaurant.

• 98% of mushroom eaters believe mushrooms add something special to a dish.

Selasa, Oktober 02, 2007

Teknik Penyediaan Media Cendawan

Selalunya bahan-bahan utama dalam penyediaan cendawan dipanggil media dan tip hari ini ialah tentang teknik penyediaannya. Contoh yang digunakan ialah bagi penanaman Cendawan Tiram Kelabu.

.. Bahan Yang Diperlukan
  • Habuk Kayu Getah (Jangan gunakan habuk kayu getah yang dirawat)

  • Dedak Padi / Gandum

  • Kapur Pertanian (Kalsium Karbonat)

Kadar Campuran Yang Diperlukan
  • Habuk Kayu Getah : 100

  • Dedak Padi / Gandum : 10

  • Kapur Pertanian : 1

Nota

  • Jangan gunakan habuk kayu getah yang baru dipotong, cari yang warnanya dah kelabu.

  • Pastikan juga, jangan gunakan habuk kayu yang dirawat kerana dikhuatiri terdapat kandungan bahan kimia didalamnya.

  • Kelembapan campuran ialah antara 60-65%.

  • Plastik beg PP bersaiz 0.6'.

  • Kukus selama 7 jam.

  • Tempoh sejukkan media adalah selama 2 hari 1 malam. Jangan ada suam pun di media tersebut.

  • Selepas disuntik, peram ia selama 2 bulan.

  • Setelah masilium memenuhi beg, hasil akan keluar selepas hari ketiga atau keempat ia dibuka.

  • Sebaiknya hasil cendawan mesti dalam bentuk bulat dan tidak bergerigis.
a> Related Posts with Thumbnails