Isnin, Januari 05, 2015

2,000 beg cendawan hanyut

 

KUALA TERENGGANU – Seorang pengusaha cendawan terpaksa menanggung kerugian lebih RM10,000 apabila kira-kira 2,000 beg cendawan tenggelam dan dihanyutkan air deras, beberapa hari lalu.
.
Pemilik Desa Spora Enterprise, Mohd Lutfi Mohd Arshad, 32, berkata, sepanjang tujuh tahun bertapak di Kampung Paloh Makam Lama, itu adalah kejadian pertama yang menyebabkan dia mengalami kerugian apabila cendawannya ditenggelami air.

.
Ceritanya pada hari kejadian, lebih kurang seminggu lalu, ia berlaku pada sebelah malam dan keadaan air deras menyebabkan Lutfi tidak sempat menyelamatkan kebanyakan bahan benih termasuk cendawan yang sedang dalam proses matang.

.
“Masa malam kejadian saya hanya sempat angkat peti dan mesin-mesin yang ada untuk mengelak daripada ia rosak dan tidak sempat menyelamatkan cendawan serta barang-barang lain kerana air datang secara tiba-tiba dan agak deras.

.
“Biasanya setiap kali musim tengkujuh, cendawan akan diletakkan di tempat yang lebih tinggi, tetapi tidak sangka pula tahun ini tenggelam. Sebelum ini air tidak pernah mencecah sehingga kena (tenggelam) cendawan,” katanya kepada Sinar Harian.

.
 .  
Pertama kali berlaku
.
Kejadian pertama kali berlaku sejak tujuh tahun lalu itu diluar jangkaannya kerana sebelum ini walaupun musim tengkujuh dan banjir teruk, kawasan berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kerugian.

.
Kedudukan kawasan terbabit yang kurang daripada 100 meter dari Sungai Terengganu menyebabkan keadaan air bertakung masih lagi berlaku sehingga kini, malah setiap hari air akan mula naik mendadak terutama ketika waktu malam.

.
“Air naik malam sahaja, kalau siang ia akan surut semula tapi masih ada air melimpah ke kawasan ini menyebabkan kami tidak dapat melakukan kerja-kerja pembenihan,” katanya.

.
Bagaimanapun Lutfi berkata, permintaan terhadap cendawan masih tinggi biarpun musim hujan kerana dipercayai sayur-sayuran lain tidak dapat masuk ke dalam pasaran negeri Terengganu ekoran kebanyakan negeri pengeluar terjejas banjir.

.
“Alhamdulillah walaupun banjir dan banyak cendawan rosak, kami masih dapat memasarkan cendawan lebih kurang 60 kilogram sehari kepada pasaraya besar di negeri ini termasuk Sabasun dan Mydin,” katanya.


sumber: Sinar Harian

Khamis, Januari 01, 2015

Pengenalan kepada bisnes simkad Toneexcel



Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin bercerita tentang satu perniagaan pemasaran rangkaian yang telah menarik minat saya untuk menyertainya dan merebut peluang kewangan yang disediakan.
Program ini ialah perniagaan pemasaran rangkaian Prepaid Tone Excel – WOW.
Tapi sebelum anda kata, “Ah, jual Top Up lagi”, anda silap.
Ini bukan program jual prepaid atau Top Up. Ia sebenarnya  mengajak anda untuk menjadi pengguna bijak dengan  mengubah sesuatu tanggungan (liability) kepada asset menjana pendapatan.
Ini adalah satu program komuniti yang dikenali sebagai Komuniti Mudah Alih WOW. Program ini adalah hasil kerjasama syarikat Telekomunikasi Tune Talk dan syarikat  Tone Excel.
Untuk pengetahuan anda, TuneTalk disokong oleh syarikat gergasi Tune Group yang juga memiliki AirAsia (Tune Air).
Hebat! Datuk Tony Fernandez berjaya mengubah persepsi bahawa semua orang berduit sahaja mampu menaiki kapalterbang tetapi dengan AirAsia semua orang boleh terbang pada harga luar biasa murah.
Kini, melalui Tune Talk beliau sekali lagi cuba mengubah persepsi bahawa bercakap di handphone adalah satu ‘tanggungan’ yang mahal dengan mengajak kita mengubahkannya kepada satu ‘aset’ menjana pendapatan
dan anda boleh bercakap secara PERCUMA! Woww..
Caranya adalah mudah, untuk menyertai program komuniti ini anda hanya perlu mendapatkan satu talian prepaid Toneexcel yang dikenali sebagai
Prepaid Tone Excel-WOW. Dapatkan Kad Sim Prepaid ini dan gunakan seharian
Rangkaian prepaid ini dibekalkan oleh syarikat Tune Talk yang menggunakan prasarana rangkaian CELCOM yang sangat meluas. Untuk pengetahuan anda juga, CELCOM mempunyai pegangan saham 38% dalam Tune Talk Sdn Bhd.
Perniagaan pemasaran rangkaian ini diuruskan oleh syarikat Tone Excel Sdn Bhd dan mereka telah memperkenalkan program pemasaran yang dikenali sebagai Program Rujukan (Referral) Tone Excel – WOW, dimana tiada penjualan dilakukan sebaliknya anda hanya perlu mengajak sesiapa sahaja agar menyertai program ini.
Prepaid Tone Excel – WOW ini menawarkan anda manfaat pengguna Tune Talk iaitu Perlindungan Insurans sebanyak RM100,000.00, tiket penerbangan
percuma dari AirAsia dan anda boleh menukar nombor bila-bila masa.
–> http://tonex101.blogspot.com/
Kekuatan bisnes Prepaid Tone Excel – WOW ini datangnya daripada betapa mudahnya pengguna boleh membeli Top Up di mana-mana saja. Lebih tepat lagi, mereka tidak perlu membeli Top Up daripada anda.
Mereka boleh pergi ke mana-mana stesen yang menggunakan mesin E-Pay seperti di 7 Eleven, Maybank2u, CIMB Clicks, E-Banking EON Bank dan RHB Bank serta segala tempat yang memiliki e-pay untuk membuat Top Up. Hanya minta dan beli Top Up – Tune Talk!
Ya, anda tidak perlu susah-susah untuk menjual  Top Up kepada mereka dan secara tidak langsung  anda akan mendapat pendapatan dari mereka setiap kali mereka Top Up Prepaid yang anda syorkan kepada mereka.
Jika anda fikir anda perlu menukar nombor telefon untuk menggunakan KAD SIM Prepaid ini, anda silap. Anda boleh guna nombor lama anda tak kira sama ada nombor lama itu adalah prepaid atau postpaid. Begitu juga dengan kawan-kawan anda.
Jadi, tidak ada masalah untuk anda dan kawan-kawan anda untuk bercakap panjang dan ber-SMS di handphone mereka sambil menjana duit pada masa yang sama.
Kalau ada soalan, jangan segan untuk reply email ini atau hubungi saya
Ikhlas,
a> Related Posts with Thumbnails