Memaparkan catatan dengan label Pembekal Benih Cendawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembekal Benih Cendawan. Papar semua catatan

Khamis, Disember 13, 2012

Benih Cendawan Tiram Kelabu



Berita Baik!!

Buat pengusaha cendawan kerana saya ada membekalkan benih cendawan tiram kelabu buat anda yang memerlukan terutama di sekitar negeri Johor dan Besut, Terengganu malahan di mana sahaja termasuk Sabah dan Sarawak kerana saya boleh poskan menggunakan courier yang mengambil masa hanya dalam tempoh dua hari bergantung kepada lokasi.

Benih cendawan tiram kelabu adalah dalam bentuk paket di mana setiap paket boleh digunakan / disuntik sehingga 60 bongkah. Berat satu paket dalam anggaran 400g.

Harga benih ialah RM6 tidak termasuk kos poslaju dan biasanya kos poslaju adalah RM8 untuk setiap 1kg. Satu paket beratnya dalam anggaran 500g. Bekalan benih ini saya perolehi daripada pengusaha yang berpengalaman di negeri Johor dan juga Senawang, Negeri Sembilan.

Sekiranya berminat, boleh hubungi saya sekarang dan saya lebih prefer SMS / Whatsapp terlebih dahulu ke talian:

019 758 9774 (Nizam)
Email: nizamsky@gmail.com

Khamis, November 12, 2009

Barangan Penanaman Cendawan ke Sabah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
Alhamdulillah, sebentar tadi baru sahaja poskan barangan penanaman cendawan seperti plastik, cap, neck stopper dan benih cendawan ke Sabah.
.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Bibiana dan dijangkakan akan sampai dalam sehari dua lagi.
.
Saya juga sedang sediakan penghantaran untuk 4 paket benih juga ke Sabah kepada En. Salam.
.
.
Beliau pernah memesan sebanyak 3000 set cap, neck dan stopper beberapa bulan lepas dan sekarang ni bisnes cendawan beliau semakin berkembang. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pengusaha cendawan di Malaysia.

Selasa, Disember 23, 2008

Cara memilih benih yang baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru sebentar tadi saya poskan 20 paket benih cendawan kepada seorang pelanggan di Sarawak. Beliau bolehlah dianggap pelanggan tetap kami dalam urusan benih cendawan ini. Setakat ini usaha yang dibuat memberikan hasil yang memuaskan.
..
Khas untuk pengunjung Cendawan Global, saya amat bertuah kerana rakan bisnes saya iaitu En. Zul dari CendawanPuchong sudi berkongsi beberapa tip bagi memilih benih cendawan yang baik. Terima kasih atas kerjasama beliau.
..

..
Cara memilih benih yang baik:
..
1 Benih yang baik biasanya berwarna putih seperti kapas, gebu dan agak kering@peroi. Sebelum guna sila lihat dalam corong di tengah benih dan jika ada dot warna selain warna putih so jangan guna. Ia sudah tercemar!!!
..
2 Ramas 3 hari sebelum guna sebab kulat hijau susah nak nampak melainkan diramas dulu. Ia akan muncul selepas 2-3 hari dibiarkan. Jika nampak kulat hijau maka buang terus atau bakar benih tu.
..
3 Simpan benih di dalam suhu bilik. Benih boleh tahan selama 10 hari dari masa pembelian benih. Usia sebenar benih adalah 1 bulan tetapi kita tidak tahu bila ia dihasilkan. Jadi 10 hari adalah masa selamat kita untuk guna.
..
4 Benih yang agak tua masih boleh diguna. Tanda-tanda tua adalah keluar minyak yang sedikit dan benih menggerutu. Jika minyak yang keluar terlalu banyak dan menggerutu pon banyak sangat, maka benih sudah terlalu tua dan sudah tak kuat. Jadi jangan guna.

...
..
Cara suntik dan adap-adap ketika menyuntik:
..
Yang ini anda boleh pelajari semasa sesi kursus cendawan yang akan diadakan seperti jadual tertera. Selamat maju jaya kepada semua.

Jumaat, Disember 19, 2008

Global Kit 101 ke Kelana Jaya dan benih cendawan ke Sarawak

..
Dalam kesibukan kerja pun masih sempat lagi pihak kami menghantar Global Kit ke Kelana Jaya. Terima kasih diucapkan kepada Cik Aidaroyani atas pembelian. Ternyata penanaman cendawan masih lagi mendapat tempat di kalangan bakal usahawan dan peminat kulat di seluruh Malaysia. Dengan cara penanaman dan penyediaan yang ringkas dan senang dipelajari, saya percaya bisnes ini mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan lagi.
..
Juga penghargaan kepada seorang pelanggan nun jauh di Sarawak iaitu En. Angga, dua paket benih diterbangkan khas ke Sibu, Sarawak sebagai percubaan bagi beliau.
...
Pihak Cendawan Global merakamkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada anda berdua.


Jumaat, Disember 28, 2007

Pembekal Benih Cendawan

..Cendawan Dalam Botol
..
Cendawan Global menambah satu lagi produk dan perkhidmatan belian secara online dengan menawarkan benih cendawan kepada pengusaha cendawan yang memerlukan bekalan yang banyak dan berterusan. Saya akan pastikan benih ini berkualiti dan boleh menghasilkan cendawan dengan kadar kejayaan yang tinggi.
..
Stok Benih Cendawan
..
Anda boleh membuat pesanan dengan saya (019-7589774) dan ia boleh dihantar samada melalui pos atau pun pengangkutan biasa. Harga boleh dirunding. Bagi memudahkan lagi, saya akan membuat simpanan stok benih cendawan di rumah saya dan kepada sesiapa yang berminat, boleh datang sendiri ke alamat rumah saya terutama yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Benih Cendawan Dalam Beg
..
Semalam ada rakan kita, pengusaha dari Perak, call saya nak dapatkan benih cendawan. Bekalan benih cendawan ini saya dapatkan daripada rakan saya En. Rasul, Mentah Resources yang semakin berkembang dalam memenuhi keperluan penanaman cendawan di Malaysia. Anda boleh hubungi saya samada tel / sms.
a> Related Posts with Thumbnails