Isnin, Ogos 25, 2014

Kit Asas Cendawan Global

Berita Baik Buat Anda!
.
Bakal usahawan cendawan dan juga pengunjung blog Cendawan Global boleh mendapatkan Global Kit

Bongkah cendawan matang ini sebagai langkah pembelajaran bagaimana untuk menjaga bongkah cendawan sehingga mengeluarkan hasil iaitu cendawan. Risiko juga rendah kerana anda bermula dengan jumlah yang paling minimum sebelum berkembang kepada saiz yang lebih besar.
.
.
Global Kit 
,, .. ..
Pakej ini ditawarkan pada harga RM70 termasuk kos penghantaran ke seluruh Malaysia. (Sabah dan Sarawak RM90) mengandungi:
  • 6 beg cendawan matang
  • 6 Stopper
  • 1 Botol EM 500ml (sementara masih ada stok)
  • Manual penjagaan
  • Ebook - Rahsia Kejayaan Bisnes Cendawan Terbongkar bernilai RM20
  • Panduan langkah penjagaan juga akan diberikan melalui whatsapp


..

Bagaimana untuk membuat pesanan?
BAYARAN RM70 / RM90 UNTUK PEMBELIAN GLOBAL KIT
.....
KE AKAUN :
MAYBANK : 1510-7116-7133
AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH
@
CIMB BANK : 0506-0078-123525
AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH
.

SMSkan

  • NAMA PENUH
  • ALAMAT KEDIAMAN / TEMPAT PENGHANTARAN
  • ALAMAT EMAIL
  • NO. H/P
  • NO. TRANSAKSI
  • MASA & TARIKH PEMBAYARAN
KE
019 758 9774 (NIZAM)
.... 
PAKEJ GLOBAL KIT AKAN DIHANTAR DALAM TEMPOH 3 hari bekerja!

Khamis, Ogos 21, 2014

Rahsia Rezeki



Tahukah Anda? 

Untuk Mengecapi Kekayaan, Kebahagian serta Ketenangan Di Dalam Hidup, Ianya Bermula Dari "Rezeki Yang Diberkati.."

Buku ini mendedahkan rahsia rezeki yang dicari-cari oleh orang ramai selama ini. Peluang yang tidak dapat dilepaskan begitu sahaja untuk anda dapatkan panduan berguna ini.

Sila klik di gambar untuk langkah seterusnya.

Ahad, Ogos 17, 2014

Lion's mane: a smart mushroom choice for memory, mood and clarity

lion

Easily grown at home, and a relatively inexpensive therapeutic food, lion's mane is a beautiful mushroom with cascading spines instead of gills that shows potential in slowing the progression of neurological disorders -- including Alzheimer's and Parkinson's disease. Research has also found the mushroom to be beneficial in treating symptomatic depression and anxiety associated with menopause.

The secret to the success of lion's mane is due to abundant erinacines. These compounds enhance the production of nerve growth factor -- a protein that encourages the regeneration of neurons. Additionally, the mushroom also protects against brain cell death, which is an important factor in both Alzheimer's and Parkinson's disease.

Another protective aspect involves the mushroom's ability to deter the development of beta-amyloid plaque in the brain. Paul Stamets reports in "Lion's Mane: A Mushroom That Improves Your Memory and Mood?":

"The reduction of beta amyloid plaques in the brains of mushroom-fed mice vs. the mice not fed any mushrooms was remarkable. The formation of amyloid plaques is what many researchers believe is a primary morphological biomarker associated with Alzheimer's. Plaques linked to beta amyloid peptide inflame brain tissue, interfere with healthy neuron transmission, and are indicated in nerve degeneration."

Human studies appear promising as well. Research published in Phytotherapy Research discovered a positive correlation between the ingestion of lion's mane and the improvement of cognitive impairment. In a double-blind, placebo-controlled trial, 30 test subjects between the ages of 50 and 80 with mild cognitive impairment, were given either 250 mg (96 percent lion's mane powder) or a placebo, three times per day. At the conclusion of the 16-week study, the researchers found the mushroom to be "effective in improving mild cognitive impairment."

Moreover, the mushroom helps ease issues related to menopause -- such as depression, irritability, anxiety and insomnia. Researchers at Kyoto Bunkyo University observed 30 menopausal women who were given either lion's mane or a placebo over the course of four weeks. The mushroom group reported a significant reduction in menopausal symptoms.

If you would like to try your hand at growing lion's mane at home, do-it-yourself mushroom kits are a great place to start. Otherwise, the mushroom is becoming increasingly available at gourmet food stores or it can be taken as a supplement. Almost 20 percent protein -- and tasting similar to lobster or shrimp -- lion's mane is an excellent vegetarian alternative to seafood. Lastly, Stamets suggests:

"Lion's mane is best when caramelized in olive oil, deglazed with sake wine, and then finished with butter to taste. Lion's mane can be bitter if not cooked until crispy along the edges. It takes some practice to elicit their full flavor potential."
Source: http://www.naturalnews.com/046403_lions_mane_mushrooms_mental_health.html#

Khamis, Ogos 07, 2014

Cendawan : Kaya Khasiat dan Nilai Perubatan



OLEH NUR AISHAH

Anda suka makan makanan yang berasaskan cendawan?
..
Saya pasti ramai di luar sana suka makan makanan cendawan berasaskan cendawan tetapi masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan.
..
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.


..
Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.Antara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama).
..
Namun selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.
..
Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
.
 Cendawan Kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
..
 Selain itu, cendawan Jarum Emas dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.
..
 Cendawan Hericum erinaceum atau Cendawan Bunga Kobis dikatakan dapat membantu merangsang factor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan juga peyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan system imuniti.
...
 Jenis Cendawan Tiram pula iaitu Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida.
..
 Cendawan Tiram Kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
...
 Manakala Cendawan Ling Zhi dalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan nilai perubatannya yang tinggi. Nama saintifik Ling zhi ialah Ganoderma lucidium.
..
 Cendawan Ling Zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit.
..
Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.
..
 Cendawan Butang kaya dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori.
..
Sama seperti epal dan ubi kentang, cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit tau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.
..
 Cendawan Shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat.
..
Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin.
..
Kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit.
..
Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.
..
– Dipetik daripada majalah SAJI keluaran bulan Jun 2009
a> Related Posts with Thumbnails