Selasa, Mei 26, 2009

Cendawan: Kaya khasiat dan nilai perubatan

26 Mei 2009@1:36pm
..
OLEH NUR AISHAH
..
Anda suka makan makanan yang berasaskan cendawan?
..
Saya pasti ramai di luar sana suka makan makanan cendawan berasaskan cendawan tetapi masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan.
..
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.
..
Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.Antara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama).
..
Namun selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.
..
Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
.
Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
..
Selain itu, cendawan Jarum Emas dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.
..
Cendawan Hericum erinaceum atau cendawan Bunga Kobis dikatakan dapat membantu merangsang factor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan juga peyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan system imuniti.
...
Jenis cendawan tiram pula iaitu Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida...
Cendawan Tiram Kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
...
Manakala cendawan Ling Zhi dalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan nilai perubatannya yang tinggi. Nama saintifik Ling zhi ialah Ganoderma lucidium.
..
Cendawan Ling zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit.
..
Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.
..
Cendawan Butang kaya dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori.
..
Sama seperti epal dan ubi kentang, cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit tau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.
..
Cendawan Shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat.
..
Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin.
..
Kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit.
..
Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.
..
– Dipetik daripada majalah SAJI bulan Jun 09

13 ulasan:

azznie berkata...

suka makan cendawan goreng celup tepung

anie berkata...

cendawan campur dalam tomyam sedap jugak

Unknown berkata...

My fav ni...

Aidarina berkata...

Informasi yg sangat berguna... Terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

Cendawan yang beracun mane????

Unknown berkata...

Cendawan shitake pilihan saya satu family

Unknown berkata...

Semua jenis Cendawan menjadi pilihan kami sekeluarga ...apa jua masakan cendawan pasti ada..

Tanpa Nama berkata...

saya berminta dengan blog anda dan saya merupakan pelajar sem 3 diploma yang ingin membuat kajian tentang cendawan shitake dan kalau boleh saya ingin mengetahui maklumat tentang diri anda kerana saya ingin berhubung dengan anda.
Ini Fb saya...Syaniza niza

Unknown berkata...

Masyaallah...saya baru tahu KHASIAT hebat CENDAWAN2 kegemaran saya skluarga ni. T.kasih byk2 info yg d beri.

Unknown berkata...

Masyaallah...saya baru tahu KHASIAT hebat CENDAWAN2 kegemaran saya skluarga ni. T.kasih byk2 info yg d beri.

Shuk89 berkata...

Subhanallah👍👍👍

Unknown berkata...

Try la makan cendawan kukur.. rasanya liat2 seperti daging.. dan boleh dijadikan bahan utama dlm msakan sbgai pengganti protein..

Unknown berkata...

Sy ada jenis cendawan macam ni,ada siapa2 berminat nk beli

a> Related Posts with Thumbnails