Memaparkan catatan dengan label Jenis-jenis Cendawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenis-jenis Cendawan. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 07, 2014

Cendawan : Kaya Khasiat dan Nilai Perubatan



OLEH NUR AISHAH

Anda suka makan makanan yang berasaskan cendawan?
..
Saya pasti ramai di luar sana suka makan makanan cendawan berasaskan cendawan tetapi masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan.
..
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.


..
Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.Antara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama).
..
Namun selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan, contohnya cendawan kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune.
..
Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
.
 Cendawan Kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
..
 Selain itu, cendawan Jarum Emas dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.
..
 Cendawan Hericum erinaceum atau Cendawan Bunga Kobis dikatakan dapat membantu merangsang factor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan juga peyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan system imuniti.
...
 Jenis Cendawan Tiram pula iaitu Abalome atau nama saintifiknya Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju ( tiram kelabu) dikatakan berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida.
..
 Cendawan Tiram Kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
...
 Manakala Cendawan Ling Zhi dalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan nilai perubatannya yang tinggi. Nama saintifik Ling zhi ialah Ganoderma lucidium.
..
 Cendawan Ling Zhi secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit.
..
Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.
..
 Cendawan Butang kaya dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori.
..
Sama seperti epal dan ubi kentang, cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit tau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.
..
 Cendawan Shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat.
..
Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin.
..
Kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit.
..
Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.
..
– Dipetik daripada majalah SAJI keluaran bulan Jun 2009

Khamis, Julai 10, 2014

Jenis-jenis cendawan popular di Malaysia



CENDAWAN (Mushroom) merupakan sejenis tumbuhan organ pensporaan kulat yang boleh dimakan dimana ia lazimnya mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. 

Selain daripada tumbuh semulajadi dan kini ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan. Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. 

Bentuk cendawan adalah pelbagai tetapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung. Cendawan mempunyai banyak khasiat kesihatan dan ia kini mempunyai nilai yang amat tinggi di pasaran terutama beberapa spesis tertentu yang memang bernilai tinggi. 

Kini negara China merupakan pelopor dan pengeluar cendawan dunia dengan 65% daripada sejumlah 25 juta metrik tan cendawan dihasilkan di seluruh dunia. 

Lain-lain negara yang banyak menghasilkan cendawan segar adalah seperti EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). Terdapat beribu-ribu jenis cendawan diseluruh dunia di mana negara China sahaja mempunyai sebanyak 981 jenis cendawan dimakan segar, 93 jenis cendawan domestik, 50 jenis cendawan komersil dan sebanyak 35 adalah cendawan liar atau untuk pasaran ekspot. 

Malaysia juga banyak jenis cendawan yang masih wujud dalam hutan dan berbelas lagi boleh ditanam untuk tujuan komersil. Artikel hari ini saya paparkan beberapa jenis cendawan di Malaysia untuk dikenali oleh anda, pembaca blog "Cendawan Global."

Di bawah ditunjukkan gambar-gambar mengenai beberapa jenis cendawan yang berpotensi untuk ditanam di Malaysia hasil kajian dan pengalaman semua pihak dalam industri cendawan:-



(1) Nama Biasa     : TIRAM KELABU
Nama Saintifik : Pleurotus sajor-caju/ Pleurotus pulmonarius
100 gm Nutrisi : Tenaga (37 kcal), 89.2 g, Protin (3,2 g), Karbohiderat (7.1 g), Lemak (0.7 g), Serat (1.8 g), Kalsium (2 g), Posforus (88 mg), Zat Besi (1 mg), Sodium (6 mg) dan banyak jenis vitamin.
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain-lain. 


(2) Nama Biasa     : SHIITAKE
Nama Saintifik : Lentinula edodes
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat .
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2


(3) Nama Biasa : CENDAWAN ENOKI/ Golden Needle
Nama Saintifik : Flammulina velutipes
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat.
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2


(4) Nama Biasa     : BUTANG PUTIH
Nama Saintifik : Agaricus biospores
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat.
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2



(5) Nama Biasa : BUTANG PERANG
Nama Saintifik :  Agaricus bispores
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2




(6) Nama Biasa : JELI HITAM
Nama Saintifik : Auricularia spp
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat rasmi
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2



(7) Nama Biasa : GANODERMA
Nama Saintifik : Ganoderma spp
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat disediakan
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2



(8) Nama Biasa : TIRAM PUTIH
Nama Saintifik : Pleurotus florida
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat mengenai nutrisi
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain2



(9) Nama Biasa : CENDAWAN ABALONE
Nama Saintifik : Pleurotus cystidiosus
100 gm Nutrisi : Tiada maklumat nutrisi
Kebaikan : Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam, Tiada Bahan Kimia, Amalan Kebersihan dan lain-lain.

Jenis cendawan di atas boleh diusahakan oleh mereka yang betul-betul 'Gila' dengan cendawan. Ramai usahawan cendawan tempatan yang 'gulung tikar' setelah menceburi industri ini kerana risiko yang amat tinggi dan ramai juga yang berjaya dalam industri cendawan melebihi 25 tahun. 

Kepada usahawan baru yang belum kenal tabiat cendawan sebaiknya dapatkan info dari pihak yang mahir atau pakar atau bekerja di ladang cendawan terlebih dahulu. Artikel ini diharap memberikan sedikit pengenalan mengenai cendawan tempatan yang dikira popular di negara kita. Semoga ia berinformasi... Wasallam!.

Selasa, Disember 03, 2013

Fakta menarik tentang kulat dan cendawan


.
 
# 1.  Hericium erinaceus
Atau Cendawan Gigi Berjanggut salah satu kulat  yang boleh dimakan. Terdapat di Amerika Utara di kawasan hutan pokok Beech Amerika. Bila dimasak rasanya seperti makanan laut. Menakjubkan rupanya,kan?



  .
# 2. Gyromitra esculenta Cendawan otak. Spesies yang jarang ditemui.Ada yang boleh dimakan dan ada yang beracun. Ditemui dengan mudah di kawasan hutan kedua-dua belah Atlantik Ia terus dicari oleh pemburu cendawan walaupun cendawan otak telah diharamkan daripada dijual kepada orang awam di Sepanyol. 
 


  .
# 3. Fly Agaric (Amanita Muscaria)
Cendawan Fairy Tale Ia juga dikenali sebagai Fly Amanita, ini mungkin salah satu cendawan yang paling terkenal di dunia dalam lukisan, kartun Smurfs, cerita dongeng Alice In Wonderland, filem, dan permainan komputer. Cendawan yang indah dengan topi merah terang dan bintik putih. Sangat cantik untuk dipandang tetapi hakikatnya ia adalah sangat beracun.



Cendawan Gigi Berdarah
.
 
# 4. Hydnellum pecki
Cendawan Gigi Berdarah, mendapat namanya daripada cecair yang berwarna merah seperti batu delima yang meleleh dari liang-liang kulat seperti bentuk gig. Ini menjadikan ia kelihatan seperti cendawan berdarah dari dalam. Bagaimanapun, cecair ini juga boleh menjadi  merah jambu, jingga, kuning atau beige. 
 
Cecair merah seperti darah membuat ia kelihatan  sangat dramatik dan menyeramkan. Walaupun tidak toksik, kulat ini  tidak boleh dimakan manusia kerana rasanya yang amat pahit. Walau bagaimanapun, penyelidikan saintifik memberi kredit kepada cendawan ini dengan sifat antibiotik yang berkesan terhadap streptococcus pneumoniae.Kuman ini penyebab utama penyakit pneumonia.
 .

.
 
# 5. Lactarius indigo ( biru) Biasanya dikenali sebagai penutup susu indigo, indigo  Lactarius atau cendawan susu biru, adalah spesies kulat dalam keluarga cendawan Russulaceae . Suatu spesies yang  tumbuh secara semulajadi di timur Amerika Utara, Asia Timur dan Amerika Tengah, juga  selatan Perancis. Ia tumbuh di atas tanah di hutan daun luruh dan hutan konifer. Warna badan dari biru gelap ke biru pucat-kelabu yang lebih tua. 
 
Susu atau susu getah, yang meleleh apabila tisu cendawan dipotong atau pecah berwarna biru nila, tetapi perlahan-lahan bertukar menjadi hijau apabila terdedah kepada udara. Penutup biasanya antara 5 hingga 15 cm diameter, dan batang 2 hingga 8 cm tinggi. Ia adalah cendawan yang boleh dimakan dan dijual di pasaran luar bandar di Mexico, Guatemala dan China. Boleh dimakan tetapi tidak sedap dimakan kerana rasanya sedikit pahit.
.
.
# 6. Chorioactis
Chorioactis juga dikenali sebagai Curut Syaitan, dan ia merupakan salah satu kulat yang jarang ditemui di dunia. Setakat ini, hanya dikesan di tengah Texas dan beberapa tempat-tempat yang sangat terpencil di Jepun. Badan buah kelihatan sedikit seperti curut coklat hitam atau gelap. Tetapi apabila ia dibuka, ia mempinyai bentuk yang indah seperti bintang. Satu lagi yang menarik mengenai kulat ini adalah ia mengeluarkan desiran atau bunyi bersiul apabila buah terbuka untuk melepaskan awan spora ke udara. Wah...betullah...macam curut berasap....Subhanallah...
 ..


 
# 7. Cendawan Bercahaya - Mycena chlorophos
Cendawan  kulat bercahaya  yang ditemui di hutan Brazil dan Jepun. Mereka bercambah dari bumi selepas monsun dan diketahui  kembang  di kawasan-kawasan yang tidak diganggu oleh manusia. Di Jepun, adalah biasa bagi sekumpulan orang untuk menempuh perjalanan ke dalam hutan setiap malam untuk menikmati permukaan lantai hutan yang dipenuhi dengan gumpalan cahaya fosforus pucat  mycena chlorophos.
.


.
 
# 8. Puffball Giant (Calvatia gigantea)
Puffball gergasi, Calvatia gigantea, mudah dikenali oleh saiz dan bentuknya. Spesimen tipikal dengan saiz bola sepak yang bulat. Ia boleh menjadi lebih besar (5-kaki, 50 paun dalam rekod!). Boleh dimakan sebelum ia menjadi matang dan bertukar warna kekuningan di mana spora yang terbentuk didalamnya bila ia matang boleh menjadi racun. Rasa seprti taufu atau keju cair bila dimasak.
Hem...nampak macam sedap..


.
 
# 9. Trametes versicolor
Sering dipanggil "Cendawan ekor ayam belanda," kerana memang kelihatan seperti ekor ayam Belanda. Terdapat di kebanyakkan tempat di dunia. Mempunyai nilai perubatan sebagai terapi perangsang sistem pertahanan badan manusia daripada penyakit kanser juga digunakan  dalam perubatan Cina.

.
.


.

# 10 Ophiocordyceps 
Cendawan yang tumbuh  daripada kepala "zombi" semut dalam hutan hujan Brazil. Spesies kulat boleh menjangkiti seekor semut, mengambil alih otak, dan kemudian membunuh serangga tersebut sebaik sahaja ia bergerak ke lokasi yang ideal untuk kulat berkembang dan menyebarkan spora mereka.disebabkan oleh perubahan iklim dan pembasmian hutan, kata  David Hughes, ketua bagi kajian entomologi di Penn State University.

Khamis, Julai 18, 2013

Cendawan Jerami

Assalamualaikum...dan Selamat Sejahtera. Adakah anda pernah dengar tentang Cendawan Jerami?

Secara saintificnya cendawan ini di kenali sebagai Volvarella Volvacea. Cendawan Jerami biasanya tumbuh liar diatas tanah, ataupun di longgokan Jerami. Oleh kerana kekerapan cendawan ini dijumpai pada tompokan jerami maka ia pun dikenali sebagai Cendawan Jerami. 

Semasa saya kecil dulu saya selalu kutip cendawan ini di ladang sawit bapa saya, tapi waktu itu cendawan ini dikutip setelah ianya seratus peratus kembang, maklumlah waktu itu saya tidak tahu yang ia sebenarnya sangat enak dimakan ketika ianya masih di dalam bentuk telur. 

Cendawan ini ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna sedikit hitam di bahagian atasnya hasil dari permainan cahaya.

Khabarnya, cendawan ini berasal dari Selatan China yang kemudiannya diperkenalkan ke Selatan Timur Asia (Chang 1972). Cendawan amat terkenal di kalangan negara-negara seperti Vietnam, Indonesia, China dan Thailand. 

Di sana mereka giat menjadikan cendawan ini sebagai satu perusahaan secara besar-besaran dan juga sederhana. Malangnya, di Malaysia ianya masih belum menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai pertanian komersil sepertimana cendawan tiram.

Cendawan Jerami sangat kaya dengan protein dan karbohidrat bebas (N-face carbohydrate). Ianya juga sangat dikenali sebagai makanan anti kolesterol, eritadenin dalam Cendawan Jerami dikenali sebagai penawar racun dan banyak mengandungi antibiotik yang berguna untuk pencegahan anemia. 

Bagi yang mengidap diabetes dan penyakit kekurangan darah adalah sangat dianjurkan makan Cendawan Jerami ini.

Di Indonesia ianya dipanggil Jamur Merang (Jamur merujuk kepada Cendawan manakala Merang pula ialah Jerami Padi). Pertanian penanaman Cendawan Jerami ini amatlah menggalakkan di sana sehingga ianya menjadi satu fenomena yang sangat positif. 

Ada yang menjalankan secara besar-besaran dan juga secara kecil-kecilan. Ianya juga menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Cendawan ini sukar untuk ditemui pada masa yang kita kehendaki kerana ianya tertakluk kepada musim. Selalunya ia tumbuh selepas hujan lebat di tompokan jerami, diladang-ladang sawit dan sebagainya. Namun dengan cara tanaman moden, kita dapat menikmati cendawan ini bila-bila masa yang kita kehendaki dan tidak lagi bergantung kepada musim.

MORFOLOGI

Sebenarnya tidak adil rasanya jika kita menamakan cendawan ini sebagai cendawan jerami. Ini kerana ianya juga tumbuh di media atau sisa-sisa tanaman yang memiliki sumber selulosa seperti sisa kapas, sisa kertas, sisa biji kopi, sisa hampas sawit, sisa sagu dan sisa kulit buah pala. 

Cendawan ini memiliki volva atau cawan yang berwarna coklat muda yang mana berfungsi sebagai selubung yang menyelimuti seluruh badan buah ketika masih stadia telur.

Ketika proses perkembangan tangkai dan tudung buah membesar sehingga selubongnya terkoyak dan terangkat ke atas dan kulitnya tertinggal di bawah akan menjadi seperti cawan. Apabila cawan ini terbuka akan terbentuk batang dan bumbung seperti payung. 

Pada saat matang, pembentukan basidia dan basidiospora berwarna merah muda atau merah merun.

TUAIAN

Waktu yang paling sesuai untuk menuai cendawan ini ialah ketika stadia iaitu badan buah masih dalam bentuk telur. Namun jika lewat menuainya harganya akan jatuh dan masa jualan juga singkat sehingga beberapa jam sahaja.



Ini ialah Jerami padi yang digunakan sebagai bahan media Cendawan Jerami. 

Rabu, Jun 12, 2013

Cendawan : Enak lagi berkhasiat



Selalu aku tertanya-tanya, apa kebaikan cendawan ya. Main makan jer tapi aku yakin memang ada khasiatnya. Setelah di google-google banyak betul rupanya kebaikan cendawan, memang tak sia-sialah jadi makanan kegemaran aku selama ini ya, hehehe.



1. Cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambahkan insulin di dalam darah. Sangat bagus untuk elakkan dari terkena diabetes. Sayur cendawan, memang membuka selera.

2. Cendawan berupaya membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.


Cendawan kukur, mudah didapati di kampung, digoreng dengan telur pun sedap.

3. Cendawan Kukur atau nama saintifiknya Schizophyllun commune mengandungi schizophyllan iaitu sejenis bahan dalam ubat anti tumor dan kanser. Ia juga membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh, anti radangan, anti bakteria, anti parasit dan melindungi hati. 


Cendawan jarum emas, nampak macam sedap tapi tak pernah makan pun.

4. Cendawan Jarum Emas pula merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan sistem imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Kebaikan lain ialah cendawan ini juga adalah agen anti radangan dan melindungi gen daripada mengalami kerosakan DNA. 
.
5. Pernah dengar nama Cendawan Bunga Kobis atau Hericum erinaceum ? 

Aku sendiri pun baru pertama kali dengar, rupanya pun tak pernah tengok tapi sangat berguna untuk membantu merangsang faktor pertumbuhan saraf. 

Selain itu ia juga boleh merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan Alzheimer. Kebaikan lain ialah ia berupaya menguatkan otot, gerak balas motor, fungsi kognitif, merawat ulser perut dan meningkatkan sistem imuniti badan.


Cendawan Bunga Kobis, selama ni tak tahu pun cendawan jenis ini wujud, huhu.

6. Cendawan Tiram inilah yang paling aku suka makan. Yang selalu aku lihat hanyalah jenis cendawan tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju), tapi rupanya banyak jenis lagi yang ada, iaitu tiram merah jambu, tiram kuning dan tiram putih. 

Kebaikan cendawan ini ialah ia berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imuniti, menghalang pertumbuhan tumor, agen anti oksida dan mengandungi kalsium yang tinggi.


Cendawan Tiram Kelabu, tengok mentah-mentah macam ni pun rasa macam geram nak makan, hehe.

7. Pernah jugalah tengok cendawan warna oren atau merah kat batang-batang kayu reput, tapi tak pastilah sama ada ia cendawan Ling Zhi atau bukan. Ling Zhi ni nama dalam bahasa Cina, dalam bahasa Jepun ia dikenali sebagai Reishi, manakala nama saintifiknya ialah Ganoderma lucidium. 

Selain dijadikan pil-pil kesihatan dan ubat ginseng, ia juga sekarang terkenal sebagai serbuk minuman.


Cendawan Ling Zhi, lihat rupanya pun dah tahu bagus untuk buat ubat.

Cendawan Ling Zhi mempunyai nilai perubatan yang tinggi yang mana ia dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit. Antara khasiatnya yang dikenal pasti ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, merawat usus, buasir, tonik untuk selsema, mengawal tekanan jantung, melegakan batuk, mengeluarkan kahak, menenteramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung.

8. Cendawan Butang ni biasanya digunakan untuk buat sup cendawan. Disebalik keenakan supnya ia juga kaya dengan vitamin dan galian yang mana ia mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah adalah bebas kolesterol, lemak dan natrium. 

Ia juga rendah kalori yang mana lima cendawan butang bersaiz sederhana hanyalah mengandungi 20 kalori. Kelemahannya ialah ia mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara selama 10 minit, di mana ia bertukar menjadi lembik, bertukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.


Cendawan Butang, sedap dibuat sup...ermmmm, enaknya!!

9. Cendawan Shiitake ini biasanya sering kita lihat dalam masakan Cina atau masakan di hotel dan restoren-restoren besar. Dalam masakan Melayu memang jarang kelihatan cendawan ini digunakan. Ia boleh disediakan dalam bentuk segar atau kering. Cendawan ini mengandungi asid amino, pelbagai vitamin dan mineral.


Cendawan Shiitake, Gunung Jerai, Kedah merupakan salah satu ladang yang mengusahakannya.

Khasiat cendawan ini disebabkan bahan aktif lentinan di dalamnya. Oleh itu ia dikatakan boleh memberi tenaga kepada sistem imun dan menguatkan sistem imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. Lentinan ini juga sangat efektif menentang influenza. 

Ia juga digunakan sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat pertumbuhan semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin. 

Jumaat, April 19, 2013

Cendawan Busut sukar ditemui



As-Salam.

Lama tak makan Cendawan Busut ni. Lagipun ia merupakan cendawan yang susah ditemui, sebab ia bermusim dan ia tumbuh pun di tempat-tempat tertentu. Lagi satu, ia belum dapat lagi ditanam, yang ada dikomersilkan dari sumber liar.

Tumbuhnya cendawan ini dikaitkan dengan kemunculan kelkatu, kalau ada kelkatu pada malam tatkala hujan tu ... pasti esok akan ada cendawan jenis ini yang tumbuh. Kalau rajin boleh la cari.


Cendawan busut ni tak macam cendawan tiram yang dijual dan dikomersilkan secara meluas. Ia panjang-panjang, liat dan memang sedap dibuat masak lemak. Kalau masak air pun best ..letak cili api, bawang skit ...pastu nanti cicah dengan sambal belacan...perghhh .. best best. :)
a> Related Posts with Thumbnails