Memaparkan catatan dengan label Cendawan Shiitake. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cendawan Shiitake. Papar semua catatan

Selasa, Mei 06, 2014

Khasiat Cendawan Shiitake



Cendawan Shiitake atau nama saintifiknya ialah Lentinula edodes adalah cendawan makan yang berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun.

Shiitake secara harafiah bermaksud cendawan dari pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.

Speses ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama Miles Joseph Berkeley menamakan spesis ini sebagaiAgaricus edodes pada tahun 1878. 

Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di Asia Tenggara.

Cendawan shiitake ini mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Ia telah dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia. Tidak hairan lah warga Jepun kebanyyakkannya panjang umur kerana mereka telah mengamalkan petua ini dari dahulu lagi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, masyarakat bangsawan Jepun telah menganggap bahawa memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.

Cendawan shiitake amat popular di Jepun kerana beberapa faktor2 iaitu :
  • Sebagai sumber protein @ ASID AMINO
  • merupakan spesies kulat yg tidak ada akar, daun, bunga atau biji.
  • mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B1, B2, niasin.
  • mengandungi bahan aktif lentinan iaitu polysaccharide atau anti-kanser.
  • menghindar pembentukan tumor.
  • terapi imun utk kanser usus, paru-paru dan payudara.
  • menghasilkan INTERFERON. Pakar penyelidik melaporkan pengambilan cendawan shiitake secara berterusan dpt merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40-50%.
  • menyerap lemak dlm tubuh. So, dalam erti kata lain, boleh digunakan untuk DIET yg sihat kerana ia singkirkan lebihan lemak dalam tubuh badan..

Jumaat, April 23, 2010

Shiitake atau Cendawan Hioko

.
Cendawan Shiitake (Lentinula edodes) atau cendawan Hioko dan sering ditulis sebagai cendawan shitake adalah cendawan makan yang berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake secara harafiah bermaksud cendawan dari pokok Shii (Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
.
Speses ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama
Miles Joseph Berkeley menamakan spesis ini sebagai Agaricus edodes pada tahun 1878.
.
Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di
Asia Tenggara.
.
Shiitake dalam
bahasa Cina disebut (Hanzi cendawan harum"), sedangkan yang berkualiti tinggi dengan payung yang lebih tebal disebut (Hanzi: cendawan musim dingin") atau ("cendawan bunga") kerana pada bahagian atas permukaan payung terdapat motif retak-retak seperti bunga mekar.
.
Di Indonesia kadang-kadang dinamakan cendawan jering ("jamur jengkol"), kerana bentuk dan aromanya seperti
jering walaupun bagi sebahagian orang, rasa cendawan ini seperti rasa petai.
.
Gambaran
.
Cendawan shiitake tumbuh di permukaan batang kayu yang reput dari pokok
Castanopsis cuspidata, Castanea crenata (berangan), dan sejenis pokok oak Quercus acutissima. Batang dari tubuh buah sering melengkung, kerana shiitake tumbuh ke atas dari permukaan batang kayu yang ditegakkan. Payung terbuka lebar, berwarna coklat tua dengan bulu-bulu halus di bahagian atas permukaan payung, sedangkan bahagian bawah payung berwarna putih.
.
Cendawan beracun spesis Omphalotus guepiniformis kelihatan agak serupa dengan cendawan shiitake sehingga banyak orang yang tertipu dan keracunan.
.
Sejarah penanaman
.
Shiitake juga dikenali dengan nama Cendawan hitam China, kerana asalnya memang dari Tanah Besar China dan sudah ditanamkan sejak 1,000 tahun yang lalu. Sejarah pertama tertulis tentang penanaman shiitake ditulis
Wu Sang Kuang pada zaman Dinasti Song (960-1127), walaupun cendawan ini sudah dimakan orang di China sejak tahun 199 Masihi.
.
Pada zaman
Dinasti Ming (1368-1644), doktor bernama Wu Juei menulis bahawa cendawan shiitake bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan tetapi juga sebagai ubat untuk penyakit saluran nafas, melancarkan peredaran darah, meredakan radang hati, memulihkan lelah dan meningkatkan tenaga chi. Shiitake juga dipercayai dapat melambatkan proses penuaan.
.
Penggunaan dalam masakan
.
Cendawan shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Batang shiitake agak keras dan umumnya tidak digunakan dalam masakan.
.
Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Asas masakan Jepun yang disebut
dashi didapati dengan merendam shiitake kering di dalam air.
.
Di Jepun, shiitake merupakan isi
sup miso, digoreng sebagai tempura, campuran chawanmushi, udon dan berbagai jenis masakan lain. Shiitake juga digoreng hingga garing dan dijual sebagai keropok shiitake.
.
Rusia juga menghasilkan shiitake dalam jumlah yang banyak dan dijual sebagai acar dalam bungkusan botol.

Ahad, Mac 08, 2009

Cendawan Shiitake turunkan tahap kolesterol

Cendawan shiitake memang banyak khasiatnya. Malah disebabkan kebaikan dan nilainya untuk kesihatan maka sejak bertahun lamanya cendawan yang turut dikenali dengan nama Lenthula Edodes ini telah dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia.
..
Menurut cerita, berkurun lama dahulu masyarakat bangsawan dan kenamaan Jepun telah menganggap bahawa cendawan shiitake sebagai afrodisiak atau pembangkit syahwat. Bukan itu sahaja, sejarah mengatakan bahawa maharaja China telah memakan cendawan shiitake bagi melewatkan proses penuaan.
..
Cendawan Shiitake dikatakan berasal dari Asia timur namun kini cendawan shiitake boleh diperolehi di mana-mana sahaja. Terdapat cerita bagaimana bermulanya pengambilan cendawan shiitake sebagai makanan. Dikatakan cendawan ini pada mulanya telah dipersembahkan kepada Maharaja Jepun bernama Maharaja Chuai oleh sekumpulan penduduk asli yang dikenali sebagai Kyusuyu pada tahun 200.
....
Walau bagaimanapun nilai pemakanan dan perubatan cendawan ini sebenarnya telah diketahui oleh bangsa China lebih lama lagi daripada insiden tersebut. Di China, cendawan shiitake dikenali sebagai Hoang-mo.
....

Cendawan Shiitake teramat popular di Jepun sehingga dikatakan mereka mengambil kebanyakan sumber protein daripada cendawan ini. Seperti juga cendawan lain, cendawan shiitake berwarna coklat dan mempunyai kepala berukuran kira-kira dua hingga empat inci diameter. Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, daun, bunga atau biji.

..

Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A,B,B12,C,D dan niasin. Kajian telah mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. .

..
Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan sistem imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain.

..
Lentinan yang juga secara teknikalnya dikelaskan sebagai polysaccharide juga dikatakan telah menunjukkan aktiviti anti-kanser di dalamnya. Cara lentinan bertindak adalah sama ada bagi menghenti atau memperlahankan pertumbuhan tumor. Malah boleh dikatakan cendawan shiitake ini mampu digunakan sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara serta dipercayai mampu merencatkan semula sel kanser daripada merebak.

..
Kandungan antioksidan tinggi
Dalam kajian yang telah dilakukan terhadap haiwan mendapati bahawa komponen aktif dalam cendawan shiitake yang telah dikenali sebagai eritadenine dikatakan telah menurunkan tahap kolesterol. Walaupun apabila haiwan ujian ini diberikan pemakanan yang kaya protein methionine –asid amino yang dikatakan sebagai sebagai pembentukan kolesterol, eritadenine dikatakan tetap mampu menurunkan tahap tahap plasma kolesterol. Kesimpulannya, lebih banyak eritadenine diberikan maka lebih banyak tahap kolesterol dikurangkan.

..
Antioksidan berkuasa yang dikenali sebagai L-ergothioneine juga telah ditemui dalam cendawan. Melalui kajian yang telah dipersembahkan semasa American Chemical Society 2005 di Washington D.C. para penyelidik mendedahkan cendawan mengandungi kandungan sejat L-ergothioneine yang tinggi daripada sumber pemakanan lain. Bukan itu sahaja, L-ergothioneine tidak musnah apabila cendawan ini dimasak sebelum dimakan.

....
Terdapat pelbagai cara cendawan shiitake boleh digunakan sebelum dimakan. Namun begitu tidak semua boleh memakan cendawan shiitake. Dikatakan bahawa mereka yang menderita kanser pundi kencing tidak boleh mengambil cendawan shiitake dalam bentuk mentah dan kasar.

..

Apa yang pasti, sungguhpun cendawan shiitake dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan tapi penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. -mingguan wanita




a> Related Posts with Thumbnails