Jumaat, April 23, 2010

Shiitake atau Cendawan Hioko

.
Cendawan Shiitake (Lentinula edodes) atau cendawan Hioko dan sering ditulis sebagai cendawan shitake adalah cendawan makan yang berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake secara harafiah bermaksud cendawan dari pokok Shii (Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
.
Speses ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama
Miles Joseph Berkeley menamakan spesis ini sebagai Agaricus edodes pada tahun 1878.
.
Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di
Asia Tenggara.
.
Shiitake dalam
bahasa Cina disebut (Hanzi cendawan harum"), sedangkan yang berkualiti tinggi dengan payung yang lebih tebal disebut (Hanzi: cendawan musim dingin") atau ("cendawan bunga") kerana pada bahagian atas permukaan payung terdapat motif retak-retak seperti bunga mekar.
.
Di Indonesia kadang-kadang dinamakan cendawan jering ("jamur jengkol"), kerana bentuk dan aromanya seperti
jering walaupun bagi sebahagian orang, rasa cendawan ini seperti rasa petai.
.
Gambaran
.
Cendawan shiitake tumbuh di permukaan batang kayu yang reput dari pokok
Castanopsis cuspidata, Castanea crenata (berangan), dan sejenis pokok oak Quercus acutissima. Batang dari tubuh buah sering melengkung, kerana shiitake tumbuh ke atas dari permukaan batang kayu yang ditegakkan. Payung terbuka lebar, berwarna coklat tua dengan bulu-bulu halus di bahagian atas permukaan payung, sedangkan bahagian bawah payung berwarna putih.
.
Cendawan beracun spesis Omphalotus guepiniformis kelihatan agak serupa dengan cendawan shiitake sehingga banyak orang yang tertipu dan keracunan.
.
Sejarah penanaman
.
Shiitake juga dikenali dengan nama Cendawan hitam China, kerana asalnya memang dari Tanah Besar China dan sudah ditanamkan sejak 1,000 tahun yang lalu. Sejarah pertama tertulis tentang penanaman shiitake ditulis
Wu Sang Kuang pada zaman Dinasti Song (960-1127), walaupun cendawan ini sudah dimakan orang di China sejak tahun 199 Masihi.
.
Pada zaman
Dinasti Ming (1368-1644), doktor bernama Wu Juei menulis bahawa cendawan shiitake bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan tetapi juga sebagai ubat untuk penyakit saluran nafas, melancarkan peredaran darah, meredakan radang hati, memulihkan lelah dan meningkatkan tenaga chi. Shiitake juga dipercayai dapat melambatkan proses penuaan.
.
Penggunaan dalam masakan
.
Cendawan shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Batang shiitake agak keras dan umumnya tidak digunakan dalam masakan.
.
Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Asas masakan Jepun yang disebut
dashi didapati dengan merendam shiitake kering di dalam air.
.
Di Jepun, shiitake merupakan isi
sup miso, digoreng sebagai tempura, campuran chawanmushi, udon dan berbagai jenis masakan lain. Shiitake juga digoreng hingga garing dan dijual sebagai keropok shiitake.
.
Rusia juga menghasilkan shiitake dalam jumlah yang banyak dan dijual sebagai acar dalam bungkusan botol.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nice post. I learn something totally new and challenging on blogs I stumbleupon everyday.
It will always be interesting to read articles from other authors
and use a little something from their websites.



my web blog: sipo.co.preview.gearhost.com

a> Related Posts with Thumbnails