Khamis, Mei 28, 2015

Tip Penyediaan Bongkah Cendawan


Cara menguji kelembapan campuran media cendawan adalah dengan menggenggam campuran media tersebut sekali dan membuka genggaman.

Sekiranya media tersebut masih berketul dan tidak pecah, ini bermakna kelembapan media telah mencukupi.


Kalau ketulan tersebut pecah, ini bermaksud campuran media tersebut kurang air dan kelembapan.

Seandainya terdapat air yang keluar di celah-celah jari anda, itu tandanya terlebih air…alamak!

Semoga info ini dapat membantu anda menguji kelembapan campuran media tanaman cendawan anda.


Whatsapp ke 019-7589774 (NIZAM) sekiranya perlukan info lanjut.

Isnin, Mei 04, 2015

Rahsia Jutawan: Ebook Teknik Tanam Cendawan Tiram Kelabu Kecil-Kecilan Tanpa Menggunakan Tanah!



Anda buntu hendak tanam apa secara kecil-kecilan? 
Jom kita tanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan tanpa menggunakan tanah!

Anda tinggal di apartmen yang tiada tanah sebagai tapak untuk bercucuk tanam? 

Ok, saya cadangkan kepada anda agar tanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan sebagai alternatif yang terbaik khas untuk orang yang suka berkebun dan suka bertani!

Pada zaman sekarang ini, semakin ramai penduduk tinggal di kawasan bandar untuk mencari pekerjaan. Apabila tinggal di kawasan bandar, penduduk pasti akan mengalami masalah untuk dapatkan tapak tanah untuk bercucuk tanam. Jika ada pun tanah tidak lah luas sangat, hanya sekadar cukup untuk tanam beberapa pokok sayuran sahaja untuk melakukan penjimatan, memandangkan kos sara hidup semakin meningkat dari tahun ke tahun. Namun, bagaimana pula dengan penduduk yang tinggal di kawasan flat, apartmen atau kondominium? Bagaimana mereka untuk bercucuk tanam sedangkan tapak tanah tidak disediakan di kawasan apartmen mereka? Inilah penyelesaiannya...


TANAM CENDAWAN TIRAM KELABU!

Penanaman cendawan tiram kelabu tidak memerlukan tanah! Senang untuk diuruskan asalkan ada kelembapan di sekeliling kawasan penanaman cendawan tiram kelabu itu. Anda boleh menanam cendawan tiram kelabu di belakang rumah, di dalam bilik air dan juga di bilik tidur! Bagi yang tinggal di rumah flat, apartmen atau kondominium, anda boleh menanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan di balkoni rumah anda! Cadangan yang bagus bukan? 
.
Penanaman cendawan tiram kelabu kecil-kecilan sangat penting memandangkan permintaan pada cendawan tiram kelabu sangat tinggi di pasaran. Bagi sesiapa tinggal di Selangor, jika anda pergi ke pasar, super market atau kedai runcit harga cendawan tiram kelabu boleh mencecah hingga RM 2.50 untuk 100 gram sahaja! Jadi, tunggu apa lagi, marilah kita tanam cendawan tiram kelabu walaupun dibuat secara kecil-kecilan sahaja!
.
.
Kenapa cendawan (termasuk cendawan tiram kelabu) mendapat permintaan yang tinggi di pasaran?
.
  • Cendawan tiram kelabu boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis resipi seperti sup cendawan tiram kelabu, cendawan tiram kelabu goreng berempah, nasi goreng cendawan dan sebagainya!
  • Cendawan tiram kelabu mempunyai banyak khasiat dan boleh bertindak sebagai agen antioksida untuk merencatkan pertumbuhan tumor dan kanser
  • Pertanian dan pengeluaran cendawan masih lagi kurang di Malaysia termasuk pengeluaran cendawan tiram kelabu. Oleh itu, fakta ini boleh membuat anda berpeluang lebih cerah untuk tanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecillan dan jual kepada mana-mana tauke kedai runcit! Mudah bukan?

KENAPA KITA PERLU TANAM CENDAWAN TIRAM KELABU?

Kerana Khasiat yang terdapat dalam Cendawan Tiram Kelabu...

Cendawan tiram kelabu mempunyai beberapa khasiat yang elok untuk kesihatan, contohnya:

Cendawan tiram kelabu mengandungi 9 jenis asid amino yang penting untuk kesihatan badan kita.

Cendawan tiram kelabu mengandungi pelbagai jenis vitamin contoh vitamin B1, B2, Niasin, Biotin dan Vitamin C.

Cendawan tiram kelabu mengandungi mineral-mineral penting seperti Kalium (K), Potassium (P), Kalsium (Ca), Natrium (Na), Magnesium (Mg) dan Kuprum (Cu).

Cendawan tiram kelabu tidak mengandungi bahan kimia. Oleh itu, cendawan tiram kelabu boleh dikatakan sebagai tumbuhan organik dan selamat untuk dimakan. Selain itu, ia ditanam di taman yang tertutup di mana aspek kebersihan sangat perlu dijaga untuk memastikan cendawan tiram kelabu ini boleh tumbuh dengan baik. Jika tidak, habislah cendawan tiram kelabu akan dijangkiti kulat dan jangkitan ni akan melarat dan berjangkit pada cendawan tiram kelabu yang lain!

Vitamin-vitamin yang terkandung dalam cendawan tiram kelabu ini boleh menjadikan ia sebagai agen anti oksida untuk merencatkan pertumbuhan tumor dan kanser. Peranan ini sudah cukup untuk menjadikan cendawan tiram kelabu mempunya nilai kesihatan yang sangat tinggi pada manusia!

Cendawan tiram kelabu juga mempunyai sifat anti thrombotik di mana ia boleh berfungsi untuk mengurangkan kesan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi. Kesan-kesan penyakit darah tinggi dapat dikurangkan dengan mengamalkan makan cendawan tiram kelabu memandangkan nutrien-nutrien dalam cendawan tiram kelabu boleh melancarkan perjalanan darah.

Nutrien-nutrien yang ada dalam cendawan tiram kelabu ini boleh juga mengurangkan kesan penyakit diabetes dengan merendahkan tahap glukos dan lipid dalam darah.

Selain itu, cendawan tiram kelabu juga dapat memperbaiki sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Sistem imun sangat penting kerana jika imun sistem kita lemah, kita mudah diserang penyakit termasuk penyakit kronik seperti kanser!
Cendawan Tiram Kelabu boleh Dimasak dengan Pelbagai Cara

Cendawan tiram kelabu merupakan sayur pilihan untuk dimasak sebagai sup sayur, cendawan goreng berempah dan juga digunakan untuk membuat nasi goreng. Malah cendawan tiram kelabu sangat disukai kanak-kanak terutamanya cendawan tiram kelabu goreng dengan tepung yang selalu dijual di pasar!
.
Cendawan Tiram Kelabu Boleh Ditanam Dengan Pelbagai Cara dan Dimana-mana Sahaja!

Cendawan tiram kelabu boleh ditanam dengan pelbagai cara tanpa perlu menggunakan tanah dan pasu, contohnya dengan cara menggantung cendawan, meletakkannya di rak-rak kayu dan boleh juga di rak-rak kayu yang dipaku di dinding! Selain itu beg cendawan tiram kelabu juga boleh diletakkan atas dulang atau besen mengikut kemampuan dan kreativiti anda. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih!

Jadi anda sudah nampak bukan, betapa mudahnya menanam cendawan tiram kelabu ini? Tunggu apa lagi, marilah kita mula menanam cendawan tiram kelabu sebagai langkah untuk meningkatkan penjimatan kos sara hidup dan persediaan untuk menghadapi pengenalan GST yang bakal bermula pada bulan April 2014 nanti!

Namun, penanaman cendawan tiram kelabu memerlukan teknik yang betul agar ia dapat tumbuh dengan baik. Oleh itu, anda perlu menimba ilmu sebanyak yang boleh tentang teknik-teknik penanaman cendawan tiram kelabu dan kenali cendawan tiram kelabu terlebih dahulu sebelum menanamnya!

Jadi, untuk mempelajari teknik-teknik yang betul tentang penanaman cendawan tiram kelabu ini, marilah dapatkan ebook teknik penanaman cendawan tiram kelabu yang hebat ini yang berharga hanyalah RM 20 sahaja!

.
EBOOK TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU KECIL-KECILAN


Tahukah anda.... 

Apakah Keistimewaan Ebook Cendawan Tiram Kelabu Ini? 


  • Harganya berpatutan dan memenuhi kehendak pembaca yang hanya ingin mempelajari ilmu lengkap tentang tanam cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan.

  • Yang penting sekali, penjelasan tentang teknik untuk tanam cendawan tiram kelabu dalam ebook ini mudah difahami dan anda sudah boleh mulakan penanaman cendawan tiram kelabu selepas membaca ebook ini!

  • Anda tidak perlu membelanjakan kos yang tinggi sehingga beratus-ratus ringgit hanya semata-mata untuk menghadiri kursus penanaman cendawan tiram kelabu di mana ia hanya praktikal bagi orang yang ingin menanam cendawan secara besar-besaran tetapi kurang fokuskan pada penanaman cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan. Melalui ebook teknik penanaman cendawan tiram kelabu ini yang dengan hanya pelaburan RM 20 sahaja sudah cukup untuk anda untuk memulakan penanaman cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan dengan penuh yakin!

BONUS!!!

  • Ebook teknik penanaman cendawan ini akan menunjukkan teknik penyediaan tali untukmenggantung beg cendawan tiram kelabu dengan baik untuk mengurangkan risiko kerosakan yang teruk pada beg cendawan tiram kelabu.

Jika berminat, komen NAK di blog ini untuk mendapatkan ebook teknik penanaman cendawan tiram kelabu tanpa menggunakan tanah yang hebat ini!

Ataupun anda boleh membuat bayaran di link ini >>> paypal akaun ebook cendawan.


Jika hendak tahu lagi tentang penanaman cendawan tiram kelabu ini, anda boleh kunjungiwww.exercisesifu.com. Lebih pertanyaan, boleh email di farhanahzone@yahoo.com.my atau hubungi No Tel: 013-2910574.

Boleh juga whatsapp ke 019-7589774 (NIZAM) untuk maklumat lanjut dan pembelian ebook cendawan ini,

a> Related Posts with Thumbnails