Khamis, Januari 31, 2008

Pengenalan Kepada Industri Cendawan

..
Cendawan adalah sejenis organisma hidup yang telah divariasikan dalam industri asas tani sebagai bahan makanan dan perubatan seperti produk kesihatan, produk penjagaan diri dan makanan ringan.
....
Cendawan juga boleh dikaitkan dalam industri bioteknologi kerana teknologi yang berkaitan dengan cendawan telah diusahakan untuk mendapatkan produk yang lebih bernilai, berkualiti atau mendatangkan kebaikan kepada pengguna.
..
Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Pada masa dahulu , kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk tujuan perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula didalam darah, menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.
....
Secara umumnya, ia boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayuran. Selain itu, pada masa sekarang sesetengah jenis cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna memperolehi manfaat kesihatananya kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.
..
..
Penanaman Cendawan Mempunyai Potensi Yang Baik Kerana:
  • Cendawan segar masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan tempatan
  • Pengeluaran cendawan perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan pengimportan makanan negara
  • Peranan cendawan sebagai tanaman jangka pendek bukan sahaja dapat mengurangkan kadar import negara tetapi juga dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada petani / syarikat / usahawan terlibat

NOTA CG : Potensi penanaman cendawan amat besar untuk dikembangkan pada masa kini dan peluang untuk memperolehi pendapatan lumayan hasil daripada CENDAWAN tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Ada pelbagai produk berasaskan cendawan boleh ditawarkan dan hanya dihadkan oleh daya imaginasi serta kreativiti anda sahaja. Segalanya terletak di tangan anda.

Isnin, Januari 14, 2008

Cendawan Kawal Kanser?

Mingguan Malaysia 13 Jan 2008 - BUKAN satu rahsia. Cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian. Bayangkan sahaja sup cendawan keju dengan kruton atau dicampur bijirin yang lazat dan berkrim. Sungguh menyelerakan!
....
Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan. Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau. Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis.
..
Cendawan Maitake
Tidak hairanlah jika spesies kulat yang sering diklasifikasikan dalam kumpulan yang sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran ini bakal muncul kelas seterusnya yang tersendiri dalam perubatan alami.
....
Pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan yang dakwanya, boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser.

....
Menurutnya, cendawan mempunyai manfaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden.
..
"Terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan interaksi dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di Barat.
....
"Coriolus versicolor merupakan cendawan yang paling banyak dikaji untuk menyokong kegunaannya ke atas kanser dan telah digunakan untuk terapi kanser di China dan Jepun. Pada lewat 1980-an jualan Coriolus di Jepun dianggarkan berjumlah AS$600 juta (RM2.884 bilion)," ujar Powell.
....
Anak kelahiran United Kingdom (UK) ini turut menyampaikan ceramah bertajuk Khasiat Cendawan dalam Pengawalan Kanser kepada para pengamal perubatan tradisi Cina, anjuran Bio-Life, sebuah syarikat tempatan yang berkecimpung dalam penjagaan kesihatan secara semula jadi.
....
Powell merupakan seorang ahli biokimia yang juga berkemahiran dalam perubatan Cina setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Sekolah Akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina London serta di Klinik Perubatan Tradisional Cina, Shanghai, China.
..,,
Kini, beliau merupakan pensyarah Perubatan Herba Cina dan Terapi Nutrisi di Universiti Westminister, London selain memberi syarahan tentang khasiat cendawan untuk Mycology Research Laboratories (MRL) di Portugal, Ireland dan England.
....
Powell telah menjadi tenaga pengajar sejak tahun 1997 dan mengajar mengenai perubatan Cina di Ireland dan Sweden. Pemakanan berkhasiat cendawan adalah salah satu bidang pengkhususannya. Mengulas lanjut, Powell berkata, dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan Jepun dan didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks.
....
"Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser. Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun.
....
Berulang
"Pengambilan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang. Selain itu, ia turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus yang kronik,” katanya.
....
Dalam perubatan Barat, apabila mereka menilai sesuatu penyakit, mereka tidak melihat seseorang itu secara keseluruhan walaupun ia penting terutamanya bagi penyakit tahap akut. Powell tertarik dengan bagaimana masyarakat Cina membuat penilaian mengenai kesihatan dan penyakit.
....
"Ia ada kaitan dengan ‘yin dan yang', tujuh emosi. Contohnya jantung adalah keceriaan, limpa adalah kerisauan, ginjal adalah ketakutan, hati adalah kemarahan dan paru-paru adalah kesedihan.
....
"Manakala konsep keharmonian dan keseimbangan juga dianggap sebagai sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan,” jelas beliau.
....
Tambahnya, cendawan yang paling banyak digunakan adalah Coriolus, Cordyceps sinensis dan Reishi (Lingzhi). Powell sendiri banyak menggunakan lingzhi untuk rawatan rinitis kerana ia bersifat antihistamin, antiradang dan bahan pemodulasi imun. Ia membantu mereka yang kurang tenaga dan lelaki yang mempunyai fungsi seksual yang lemah. Beliau memberitahu:
....
"Saya akan mengambil Coriolus apabila mendapat selesema, semasa mengembara dan apabila berada dalam stres. Pengambilan Coriolus dan vitamin C membantu mengelakkan jangkitan.
..
"Dalam masalah kanser seperti payudara, perut, usus, prostat, hati dan juga leukemia, pengambilannya berupaya membantu menyokong sistem imun.
"Di UK, ada doktor haiwan yang memberi Coriolus kepada anjing dan kucing yang menghidap kanser tahap akhir dan ia membantu meningkatkan selera makan dan kualiti kehidupan haiwan berkenaan.”
..
Produk cendawan yang dimaksudkan oleh Powell adalah daripada MRL di California, yang memfokuskan kepada perkembangan klinikal untuk menyokong sistem imun. MRL mempunyai perpustakaan yang ekstensif mengenai jenis-jenis cendawan untuk memastikan spesies cendawan yang betul dan bioaktif digunakan.
..
Contohnya, spesies yang betul mengikut Chinese Pharmocopoeia adalah Cordyceps sinensis, tetapi dianggarkan 75 peratus produk di pasaran menggunakan Cordyceps militarium. Kajian menunjukkan cendawan Shiitake, Maitake, Reishi, Cordyceps sinensis dan Coriolus versicolor bersifat antitumor.
Maitake, Coriolus dan Reishi juga bersifat antiradang manakala Coriolus dan Reishi bermanfaat untuk melindungi hati.
..
"Coriolus, Maitake dan Reishi mempunyai bahan hipoglisemik (mengurangkan kandungan gula darah) manakala Cordyceps mempunyai aktiviti steroid.
..
"Cendawan ini mengandungi polisakarida berantai panjang, beta glukan dan proteoglikan dan enzim-enzim untuk mengelakkan tekanan oksidatif, menghalang perkembangan sel tak terkawal dan merangsang detoksifikasi,” terang Powell.
..
Nota : Ternyata cendawan mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan amat berpotensi untuk dikomersilkan.

Rabu, Januari 09, 2008

Cendawan Shiitake

..
Cendawan Shiitake atau cendawan Hioko dan sering ditulis sebagai cendawan shitake adalah cendawan makan yang berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake secara harafiah bermaksud cendawan dari pokok Shii (Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
..
Speses ini dahulunya pernah dikenali sebagai Lentinus edodes. Ahli botani Inggeris bernama Miles Joseph Berkeley menamakan spesis ini sebagai Agaricus edodes pada tahun 1878. Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun dan sering dijumpai di kawasan liar di di pergunungan di Asia Tenggara. Di Indonesia kadang-kadang dinamakan cendawan jering ("jamur jengkol"), kerana bentuk dan aromanya seperti jering walaupun bagi sebahagian orang, rasa cendawan ini seperti rasa petai.
..
Gambaran
Cendawan Shiitake tumbuh di permukaan batang kayu yang reput dari pokok Castanopsis cuspidata, Castanea crenata (berangan), dan sejenis pokok oak Quercus acutissima. Batang dari tubuh buah sering melengkung, kerana shiitake tumbuh ke atas dari permukaan batang kayu yang ditegakkan. Payung terbuka lebar, berwarna coklat tua dengan bulu-bulu halus di bahagian atas permukaan payung, sedangkan bahagian bawah payung berwarna putih. Cendawan beracun spesis Omphalotus guepiniformis kelihatan agak serupa dengan cendawan shiitake sehingga banyak orang yang tertipu dan keracunan.

Sejarah penanaman
Shiitake juga dikenali dengan nama Cendawan hitam China, kerana asalnya memang dari Tanah Besar China dan sudah ditanamkan sejak 1,000 tahun yang lalu. Sejarah pertama tertulis tentang penanaman shiitake ditulis Wu Sang Kuang pada zaman Dinasti Song (960-1127), walaupun cendawan ini sudah dimakan orang di China sejak tahun 199 Masihi.
..
Pada zaman Dinasti Ming (1368-1644), doktor bernama Wu Juei menulis bahawa cendawan shiitake bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan tetapi juga sebagai ubat untuk penyakit saluran nafas, melancarkan peredaran darah, meredakan radang hati, memulihkan lelah dan meningkatkan tenaga chi. Shiitake juga dipercayai dapat melambatkan proses penuaan.

Penggunaan Dalam Masakan
Cendawan shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Batang shiitake agak keras dan umumnya tidak digunakan dalam masakan.
..
Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. Asas masakan Jepun yang disebut dashi didapati dengan merendam shiitake kering di dalam air.
..
Di Jepun, shiitake merupakan isi sup miso, digoreng sebagai tempura, campuran chawanmushi, udon dan berbagai jenis masakan lain. Shiitake juga digoreng hingga garing dan dijual sebagai keropok shiitake. Rusia juga menghasilkan shiitake dalam jumlah yang banyak dan dijual sebagai acar dalam bungkusan botol.
..
Sumber : Wikipedia

Selasa, Januari 08, 2008

Cendawan Butang

..
Agaricus Bisporus yang juga dikenali orang ramai sebagai Cendawan Butang, Cendawan Meja atau Cendawan Tani merupakan salah satu fungi Basidiomycota yang boleh dimakan dan tumbuh semula jadinya di kawasan padang rumput dan ladang-ladang. Walaupun spesies ini hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara tetapi populasi spesies ini naik mendadak dan merupakan salah satu cendawan yang paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia.
....
Agaricus bisporus yang tumbuh liar secara semula jadi mempunyai
pileus keperang-perangan serta insang yang berwarna perang gelap. Bagaimanapun variasi yang lebih hampir dengannya ialah genus Agaricus putih dengan pileus, batang dan isi masing-masing berwarna putih serta insang yang berwarna perang.
....
Sebilangan besar kedai runcit di negara barat menjual cendawan ini dalam bentuk tin dan penyediaan secara segar. Insang cendawan ini sering dibuang ketika penyediaan. Cendawan butang yang telah dimasak biasanya boleh dijumpai khususnya atas
piza dan kaserol, secara mentah yang dimakan bersama salad dan sebagainya. Seorang pakar mikologi bernama Paul Stamets berasa bimbang kerana kemungkinan cendawan ini mengandungi kuantiti kecil kimia agaritin yang berbahaya iaitu kaseinogen yang biasa didapati pada kulat tetapi tidak dikenalpasti berapa banyak paras kimia tersebut untuk menyebabkan keracunan kepada pengguna dan menjadi isu hangat pada masa ini.
..
..

Taksonomi dan Penamaan
Agaricus bisporus dikenali sebagai champignon de Paris di
Perancis. Ia juga disebut "champignon" (Perkataan Perancis untuk "kulat") di kebanyakan negara.
....
Cendawan butang yang biasa ditanam merupakan ahli genus Agaricus yang besar di mana kebanyakan ahlinya boleh dimakan, mempunyai perisa dan dikutip secara meluas di seluruh dunia. Paling dikenali dan popular yang dikutip secara liar ialah
A. campestris yang dikenali sebagai meadow mushroom di Amerika Utara atau field mushroom di England and Australia. Spesies ini banyak dijumpai di Amerika Syarikat dan Eropah.
..
Agaricus bisporus berasal daripada nama Agaricus brunnescens oleh
Charles Horton Peck pada tahun 1900 sebelum ditukar dan disinonimkan kepada A. bisporus. Nama bisporus dikatakan berasal daripada perkataan bi yang bermaksud dua dan sporus bermaksud spora. Kebanyakan Basidiomycota memiliki empat spora per basidia tetapi spesies ini hanya memiliki dua spora per bosidia.

Spesies Sepunya
Biasanya cendawan ini mudah dikelirukan dengan kulat yang beracun,
Amanita Virosa yang juga disebut orang ramai sebagai destroying angel. Walaupun nampak serupa dari segi bentuk fizikalnya tetapi kedua-dua spesies ini mempunyai sedikit perbezaan dari segi bentuk di bahagian tapak pileus yang dikenali sebagai volva dan warna insangnya. Amanita Virosa mempunyai insang yang berwarna putih manakala Agaricus bisporus hampir kepada warna perang atau merah jambu. Oleh sebab itulah kita perlu mencuci cendawan terutama di bahagian volva sehingga serpihannya (debris) dibuang untuk menentukan coraknya, di samping itu memotong spesimen muda untuk mengenal pasti warna insangnya.
..
Selain itu, "destroying angel" tumbuh di atas kayu berlumut dan hidup secara simbiosis dengan pokok fir.
..
Satu lagi cendawan yang agak sama dan popular iaitu Agaricus xanthodermus yang berwarna kuning. Biasanya cendawan tersebut dijumpai di serata dunia di kawasan berumput di mana dapat dikenalpasti melalui bau kimia beracun, phenol dan isinya akan bertukar kuning apabila lembik. Kulat ini memberi kesan kepada bahagian gastrousus seperti rasa loya dan muntah pada sesetengah orang.
..
Khasiat Pemakanan
Cendawan butang kaya dengan
vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi khususnya kandungan vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori.
....
Selain itu, cendawan ini juga mempunyai perisa yang unik berbanding cendawan lain. Tiada perisa khusus untuk diterangkan; Cendawan digambarkan sebagai "kayu" kerana mempunyai rasa yang agak
pahit tetapi cendawan butang rasanya sedikit manis atau agak "berdaging".
..
Sama seperti epal dan ubi kentang, cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit atau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.
..
Sumber : Wikipedia

Selasa, Januari 01, 2008

Cendawan TLT Dynamic masuk rangkaian GCH Retail


KUALA TERENGGANU 19 Dis. – Syarikat pengeluar cendawan utama Terengganu, TLT Dynamic Sdn. Bhd. (TLT Dynamic) hari ini menandatangani perjanjian dengan GCH Retail (M) Sdn. Bhd. (GCH Retail) bagi memasarkan cendawan keluarannya ke Pasar raya Giant dan Cold Storage di seluruh negara, kata Pengerusi Eksekutif syarikat itu Sufian Mohd Said.
..
Beliau berkata, TLT Dynamic yang ditubuhkan pada Mei lepas, mula mengusahakan tanaman cendawan secara komersial sejak Oktober lepas akan menghasilkan cendawan untuk rangkaian pasar raya itu akhir bulan ini.
..
"Buat permulaan, syarikat kami mampu mengeluarkan cendawan jenis Tiram Kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus Sajorcaju sebanyak 50 kilogram sehari dan akan ditingkatkan kepada 100 kilogram dalam masa terdekat.
..
"Kapasiti pengeluaran cendawan akan ditingkatkan apabila tiga buah lagi bangsal yang berukuran 29 meter panjang dan lapan meter lebar yang mampu menghasilkan sehingga 150 kilogram hingga 300 kilogram cendawan sehari siap,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian urus niaga dengan GCH Retail yang memiliki 87 pasar raya Giant dan 16 Cold Storage di seluruh negara.
..
Pada majlis itu, TLT Dynamic diwakili Sufian manakala GCH Retail diwakili Pengurus Kanannya, Steven Lau Chun Foo. Ia disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Industri Kecil dan Sederhana dan Peniaga Kecil Terengganu Datuk Abdul Rahin Mohd Said.
..
Sufian berkata, syarikat membelanjakan kira-kira RM500,000 bagi mendirikan lima bangsal, dengan setiap sebuah mampu menempatkan benih cendawan sehingga 30,000 beg (bongkah) yang boleh dipetik dalam tempoh lima bulan.
..
Hasil cendawan itu dijual pada harga antara RM7 dan RM8 sekilogram, katanya.
Beliau berkata, selain rangkaian GCH Retail, hasil cendawan syarikat itu turut dipasarkan ke pasar raya lain di Terengganu. Beliau berkata, cendawan Tiram Kelabu sangat digemari kerana ia berkhasiat dan dikatakan dapat mengawal pengaliran darah, anti trombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid serta dapat meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan jangkitan virus.
..
"Ia juga dikatakan mampu merencatkan tumbesaran tumor (ketumbuhan) dan sebagai antioksida serta aktiviti pelindung gen,” katanya.
..
Sementara itu Steven Lau berkata, pihaknya akan memasarkan pengeluaran cendawan Syarikat TLT Dynamic ke rangkaian pasar raya di kawasan Pantai Timur sebelum diedarkan di seluruh negara.
..
"Kita akan bantu pengusaha tempatan dengan memasarkan pengeluaran mereka di rangkaian pasar raya GCH Retail dan untuk permulaan, kita cuba di Pantai Tiumr dahulu bagi melihat sambutan sebelum diedarkan ke rangkaian Giant dan Cold Storages di seluruh negara,” katanya.

– Bernama
..
Petikan Daripada : Utusan Malaysia Online 20 Disember 2007
..
Komen Cendawan Global : Bangganya anak Terengganu telah mengambil langkah besar menjadikan bisnes cendawan sebagai satu perniagaan yang lumayan dan sebagai anak Terengganu, saya pun terpanggil untuk bersama-sama kembangkan industri ini. Cara berbeza tetapi matlamat yang sama!

Produk Keluaran Cendawan

Pagi Tahun Baru 2008 saya menerima satu panggilan daripada En. Azri yang menanyakan sesiapa yang mempunyai info ataupun tahu jika ada pengusaha cendawan yang boleh mengeluarkan cendawan sejuk beku untuk jumlah yang banyak iaitu 500kg seminggu. Beliau sanggup untuk mengambil bekalan jika ada yang boleh sediakan. Saya pun ada juga tanyakan kepada rakan-rakan pengusaha cendawan yang ada dan setakat ini mereka pun masih mencari maklumat dan rasanya susah jugak kot.
..

Saya maklumankan di sini, jika ada sebarang info, boleh contact saya di 019 7589774 atau pun emailkan. Mungkin boleh membantu saudara Azri dan mana tahu, ini pun salah satu usaha untuk mengembangkan lagi industri cendawan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna dan rakyat Malaysia. Produk nilai tambah daripada hasil cendawan!
a> Related Posts with Thumbnails