Selasa, Januari 08, 2008

Cendawan Butang

..
Agaricus Bisporus yang juga dikenali orang ramai sebagai Cendawan Butang, Cendawan Meja atau Cendawan Tani merupakan salah satu fungi Basidiomycota yang boleh dimakan dan tumbuh semula jadinya di kawasan padang rumput dan ladang-ladang. Walaupun spesies ini hanya terdapat di sekitar Eropah dan Amerika Utara tetapi populasi spesies ini naik mendadak dan merupakan salah satu cendawan yang paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia.
....
Agaricus bisporus yang tumbuh liar secara semula jadi mempunyai
pileus keperang-perangan serta insang yang berwarna perang gelap. Bagaimanapun variasi yang lebih hampir dengannya ialah genus Agaricus putih dengan pileus, batang dan isi masing-masing berwarna putih serta insang yang berwarna perang.
....
Sebilangan besar kedai runcit di negara barat menjual cendawan ini dalam bentuk tin dan penyediaan secara segar. Insang cendawan ini sering dibuang ketika penyediaan. Cendawan butang yang telah dimasak biasanya boleh dijumpai khususnya atas
piza dan kaserol, secara mentah yang dimakan bersama salad dan sebagainya. Seorang pakar mikologi bernama Paul Stamets berasa bimbang kerana kemungkinan cendawan ini mengandungi kuantiti kecil kimia agaritin yang berbahaya iaitu kaseinogen yang biasa didapati pada kulat tetapi tidak dikenalpasti berapa banyak paras kimia tersebut untuk menyebabkan keracunan kepada pengguna dan menjadi isu hangat pada masa ini.
..
..

Taksonomi dan Penamaan
Agaricus bisporus dikenali sebagai champignon de Paris di
Perancis. Ia juga disebut "champignon" (Perkataan Perancis untuk "kulat") di kebanyakan negara.
....
Cendawan butang yang biasa ditanam merupakan ahli genus Agaricus yang besar di mana kebanyakan ahlinya boleh dimakan, mempunyai perisa dan dikutip secara meluas di seluruh dunia. Paling dikenali dan popular yang dikutip secara liar ialah
A. campestris yang dikenali sebagai meadow mushroom di Amerika Utara atau field mushroom di England and Australia. Spesies ini banyak dijumpai di Amerika Syarikat dan Eropah.
..
Agaricus bisporus berasal daripada nama Agaricus brunnescens oleh
Charles Horton Peck pada tahun 1900 sebelum ditukar dan disinonimkan kepada A. bisporus. Nama bisporus dikatakan berasal daripada perkataan bi yang bermaksud dua dan sporus bermaksud spora. Kebanyakan Basidiomycota memiliki empat spora per basidia tetapi spesies ini hanya memiliki dua spora per bosidia.

Spesies Sepunya
Biasanya cendawan ini mudah dikelirukan dengan kulat yang beracun,
Amanita Virosa yang juga disebut orang ramai sebagai destroying angel. Walaupun nampak serupa dari segi bentuk fizikalnya tetapi kedua-dua spesies ini mempunyai sedikit perbezaan dari segi bentuk di bahagian tapak pileus yang dikenali sebagai volva dan warna insangnya. Amanita Virosa mempunyai insang yang berwarna putih manakala Agaricus bisporus hampir kepada warna perang atau merah jambu. Oleh sebab itulah kita perlu mencuci cendawan terutama di bahagian volva sehingga serpihannya (debris) dibuang untuk menentukan coraknya, di samping itu memotong spesimen muda untuk mengenal pasti warna insangnya.
..
Selain itu, "destroying angel" tumbuh di atas kayu berlumut dan hidup secara simbiosis dengan pokok fir.
..
Satu lagi cendawan yang agak sama dan popular iaitu Agaricus xanthodermus yang berwarna kuning. Biasanya cendawan tersebut dijumpai di serata dunia di kawasan berumput di mana dapat dikenalpasti melalui bau kimia beracun, phenol dan isinya akan bertukar kuning apabila lembik. Kulat ini memberi kesan kepada bahagian gastrousus seperti rasa loya dan muntah pada sesetengah orang.
..
Khasiat Pemakanan
Cendawan butang kaya dengan
vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi khususnya kandungan vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori.
....
Selain itu, cendawan ini juga mempunyai perisa yang unik berbanding cendawan lain. Tiada perisa khusus untuk diterangkan; Cendawan digambarkan sebagai "kayu" kerana mempunyai rasa yang agak
pahit tetapi cendawan butang rasanya sedikit manis atau agak "berdaging".
..
Sama seperti epal dan ubi kentang, cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit atau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.
..
Sumber : Wikipedia

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails