Sabtu, Disember 27, 2008

Modal Permulaan Tanaman Cendawan

Modal Permulaan. Soalan yang paling kerap ditanya di Cendawan Global oleh ramai bakal pengusaha dan peminat cendawan dan hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang kos ataupun modal yang diperlukan.
..
Untuk first Starter. Paling sedap kalau ada RM15K.
..
  • Buat bangsal (20’ X 25’) dengan 5,000 beg muatan.= RM5,000
  • Beli beg cendawan matang 5,000 beg (RM1.10) = RM5,500
  • Modal pusingan dan lain2 perbelanjaan.= RM4,500
  • Jumlah Kos Keseluruhan.= RM15,000
  • Jumlah pendapatan 3 bulan (5Kx0.05kgx6xRM7) = RM10,500
..
Dalam hal ini, pengusaha dah lepas bayar balik modal bangsal dan modal beli beg cendawan. Jika dia beli lagi 5,000 beg, maka dia akan dapat untung RM4,000. Iaitu pendapatan RM10,500 - RM5,500 (Kos beli beg).
..
Pendapatan RM10,500 di perolehi jika dia menjual setinggi RM7 setiap kilogram. Jika dia dapat jual RM10 atau RM12 ke atas seperti di pasar malam atau pasar siang, maka jualan akan lebih tinggi. RM7 adalah harga minimum untuk borong. Jika kita survey di pasar malam, kita akan dapati harga di pasar malam ada yang mencecah RM13 hingga RM15 setiap kilo.
..
Cuba bayangkan jika pengusaha dapat jual dengan harga tersebut. Lagi satu, modal pusingan tu hanya untuk pelan kecemasan sahaja sebab kalau takde sebanyak RM4,500 pun takpe..sebab gunanya tu untuk bayar bil air api dan beli plastic bungkus cendawan je. Dan satu lagi yang penting, jangan gajikan orang sebab, kalau setakat 5,000 beg...mak ayah kita boleh jagakan...tak susah sangat pun. Untuk kecil-kecilan.
..
Saya cadangkan pengusaha boleh mula dengan 1,000 beg dahulu. Tak perlu buat bangsal. Just beli canopy sahaja dengan syarat, canopy tersebut diletakkan di bawah rimbunan pohon atau pokok yang merendang supaya canopy tersebut sejuk.
  • Beli 1 canopy (10’ X 10’) = RM300 – RM400
  • Beli 1,000 beg cendawan = RM1,100
  • Cash flow = RM1,000
  • Pendapatan 3 bulan (1Kx0.05kgx6xRM7) = RM2,100
Cara kiraan hasil = (Jumlah beg cendawan X keluaran setiap kali harvest X Berapa kali pengeluaran X Harga Jualan).
..


Attachment photo untuk canopy
..
Maklumat ini saya perolehi daripada rakan saya, En. Zul Cendawan Puchong dan sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh mendaftar kursus yang beliau anjurkan seperti iklan kursus yang tertera.

Rabu, Disember 24, 2008

Kursus Cendawan 2009

..
Bisnes cendawan dan produk keluaran berasaskan cendawan masih hangat dan menarik minat dan menjadi tumpuan kepada sesiapa sahaja. Kita di Malaysia beruntung kerana pihak kerajaan menggalakkan rakyatnya melibatkan diri dalam bidang pertanian.
..
Satu kajian yang telah dibuat oleh badan profesinal mendapati bidang pertanian berpotensi serta berupaya menyumbang kepada aktiviti ekonomi yang sekarang ini berdepan dengan keadaan meleset. Pihak Cendawan Global amat berbesar hati dan berbangga kerana telah dan akan sentiasa menyokong industri ini dari masa ke semasa.
..
Bagi merancakkan lagi bisnes cendawan ini, sekali lagi dengan kerjasama daripada CendawanPuchong, sesi kursus cendawan akan dianjurkan bagi bulan Januari 2009. Pendaftaran dibuka sekarang dan sila hubungi pihak urusetia untuk maklumat lanjut. Seklik ke dunia cendawan!
..

Selasa, Disember 23, 2008

Cara memilih benih yang baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru sebentar tadi saya poskan 20 paket benih cendawan kepada seorang pelanggan di Sarawak. Beliau bolehlah dianggap pelanggan tetap kami dalam urusan benih cendawan ini. Setakat ini usaha yang dibuat memberikan hasil yang memuaskan.
..
Khas untuk pengunjung Cendawan Global, saya amat bertuah kerana rakan bisnes saya iaitu En. Zul dari CendawanPuchong sudi berkongsi beberapa tip bagi memilih benih cendawan yang baik. Terima kasih atas kerjasama beliau.
..

..
Cara memilih benih yang baik:
..
1 Benih yang baik biasanya berwarna putih seperti kapas, gebu dan agak kering@peroi. Sebelum guna sila lihat dalam corong di tengah benih dan jika ada dot warna selain warna putih so jangan guna. Ia sudah tercemar!!!
..
2 Ramas 3 hari sebelum guna sebab kulat hijau susah nak nampak melainkan diramas dulu. Ia akan muncul selepas 2-3 hari dibiarkan. Jika nampak kulat hijau maka buang terus atau bakar benih tu.
..
3 Simpan benih di dalam suhu bilik. Benih boleh tahan selama 10 hari dari masa pembelian benih. Usia sebenar benih adalah 1 bulan tetapi kita tidak tahu bila ia dihasilkan. Jadi 10 hari adalah masa selamat kita untuk guna.
..
4 Benih yang agak tua masih boleh diguna. Tanda-tanda tua adalah keluar minyak yang sedikit dan benih menggerutu. Jika minyak yang keluar terlalu banyak dan menggerutu pon banyak sangat, maka benih sudah terlalu tua dan sudah tak kuat. Jadi jangan guna.

...
..
Cara suntik dan adap-adap ketika menyuntik:
..
Yang ini anda boleh pelajari semasa sesi kursus cendawan yang akan diadakan seperti jadual tertera. Selamat maju jaya kepada semua.

Jumaat, Disember 19, 2008

Global Kit 101 ke Kelana Jaya dan benih cendawan ke Sarawak

..
Dalam kesibukan kerja pun masih sempat lagi pihak kami menghantar Global Kit ke Kelana Jaya. Terima kasih diucapkan kepada Cik Aidaroyani atas pembelian. Ternyata penanaman cendawan masih lagi mendapat tempat di kalangan bakal usahawan dan peminat kulat di seluruh Malaysia. Dengan cara penanaman dan penyediaan yang ringkas dan senang dipelajari, saya percaya bisnes ini mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan lagi.
..
Juga penghargaan kepada seorang pelanggan nun jauh di Sarawak iaitu En. Angga, dua paket benih diterbangkan khas ke Sibu, Sarawak sebagai percubaan bagi beliau.
...
Pihak Cendawan Global merakamkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada anda berdua.


a> Related Posts with Thumbnails