.
# 1. Hericium
erinaceus
Atau Cendawan Gigi Berjanggut salah satu kulat yang boleh dimakan. Terdapat di Amerika Utara di kawasan hutan pokok Beech Amerika. Bila dimasak rasanya seperti makanan laut. Menakjubkan rupanya,kan?
Atau Cendawan Gigi Berjanggut salah satu kulat yang boleh dimakan. Terdapat di Amerika Utara di kawasan hutan pokok Beech Amerika. Bila dimasak rasanya seperti makanan laut. Menakjubkan rupanya,kan?
.
# 2. Gyromitra esculenta
Cendawan
otak. Spesies yang jarang ditemui.Ada yang boleh
dimakan dan ada yang beracun. Ditemui dengan mudah di kawasan hutan kedua-dua belah Atlantik Ia terus dicari oleh pemburu cendawan walaupun cendawan otak telah diharamkan daripada dijual kepada orang awam
di Sepanyol.
.
# 3. Fly Agaric
(Amanita Muscaria)
Cendawan Fairy Tale Ia juga dikenali sebagai Fly
Amanita, ini mungkin salah satu cendawan yang paling terkenal di dunia
dalam lukisan, kartun Smurfs, cerita dongeng Alice In Wonderland, filem,
dan permainan komputer. Cendawan yang indah dengan topi merah terang
dan bintik putih. Sangat cantik untuk dipandang tetapi hakikatnya ia
adalah sangat beracun.
Cendawan Gigi Berdarah .
# 4. Hydnellum pecki
Cendawan
Gigi Berdarah, mendapat
namanya daripada cecair yang berwarna merah seperti batu delima yang
meleleh dari liang-liang kulat seperti bentuk gig. Ini menjadikan
ia kelihatan seperti cendawan berdarah dari dalam. Bagaimanapun, cecair
ini juga
boleh menjadi merah jambu, jingga, kuning atau beige.
Cecair merah
seperti darah membuat ia kelihatan sangat dramatik dan menyeramkan.
Walaupun tidak toksik, kulat ini tidak boleh dimakan manusia kerana
rasanya yang amat pahit. Walau
bagaimanapun, penyelidikan saintifik memberi kredit kepada cendawan ini
dengan sifat
antibiotik yang berkesan terhadap streptococcus pneumoniae.Kuman ini
penyebab utama penyakit pneumonia.
.
# 5. Lactarius indigo ( biru)
Biasanya
dikenali
sebagai penutup susu indigo, indigo Lactarius atau
cendawan susu biru, adalah spesies kulat dalam
keluarga cendawan Russulaceae .
Suatu spesies yang tumbuh secara semulajadi di
timur Amerika Utara, Asia Timur dan Amerika Tengah, juga selatan
Perancis. Ia tumbuh di atas tanah di hutan daun luruh dan
hutan konifer. Warna badan dari biru gelap ke biru pucat-kelabu yang
lebih tua.
Susu atau susu getah, yang meleleh apabila tisu
cendawan dipotong atau pecah berwarna biru nila, tetapi perlahan-lahan
bertukar menjadi hijau apabila
terdedah kepada udara. Penutup biasanya antara 5 hingga 15 cm diameter,
dan batang 2 hingga 8 cm tinggi. Ia adalah cendawan yang boleh dimakan
dan
dijual di pasaran luar bandar di Mexico, Guatemala dan China. Boleh
dimakan tetapi tidak sedap dimakan kerana rasanya sedikit pahit.
.
.
Chorioactis
juga dikenali sebagai Curut Syaitan, dan ia merupakan salah satu kulat
yang jarang ditemui di dunia. Setakat ini, hanya dikesan di tengah Texas
dan beberapa tempat-tempat yang sangat terpencil di Jepun. Badan buah
kelihatan sedikit seperti curut coklat hitam atau gelap. Tetapi apabila
ia dibuka, ia mempinyai bentuk yang indah seperti bintang. Satu lagi
yang menarik mengenai kulat ini adalah ia mengeluarkan desiran atau
bunyi bersiul apabila buah terbuka untuk melepaskan awan spora ke udara.
Wah...betullah...macam curut berasap....Subhanallah...
..
# 7. Cendawan Bercahaya - Mycena
chlorophos
Cendawan kulat bercahaya yang ditemui di hutan Brazil dan Jepun. Mereka bercambah dari bumi selepas monsun dan diketahui kembang di kawasan-kawasan yang tidak diganggu oleh manusia. Di Jepun, adalah biasa bagi sekumpulan orang untuk menempuh perjalanan ke dalam hutan setiap malam untuk menikmati permukaan lantai hutan yang dipenuhi dengan gumpalan cahaya fosforus pucat mycena chlorophos.
Cendawan kulat bercahaya yang ditemui di hutan Brazil dan Jepun. Mereka bercambah dari bumi selepas monsun dan diketahui kembang di kawasan-kawasan yang tidak diganggu oleh manusia. Di Jepun, adalah biasa bagi sekumpulan orang untuk menempuh perjalanan ke dalam hutan setiap malam untuk menikmati permukaan lantai hutan yang dipenuhi dengan gumpalan cahaya fosforus pucat mycena chlorophos.
.
.
# 8. Puffball Giant (Calvatia
gigantea)
Puffball gergasi, Calvatia gigantea, mudah dikenali oleh saiz dan
bentuknya. Spesimen tipikal dengan saiz bola sepak yang bulat. Ia boleh
menjadi lebih besar (5-kaki, 50 paun dalam rekod!). Boleh dimakan
sebelum ia menjadi matang dan bertukar warna kekuningan di mana spora
yang terbentuk didalamnya bila ia matang boleh menjadi racun. Rasa
seprti taufu atau keju cair bila dimasak.
Hem...nampak macam sedap..
Hem...nampak macam sedap..
.
# 9. Trametes versicolor
Sering dipanggil "Cendawan ekor ayam belanda," kerana memang kelihatan seperti ekor ayam Belanda. Terdapat di kebanyakkan tempat di dunia. Mempunyai nilai perubatan sebagai terapi perangsang sistem pertahanan badan manusia daripada penyakit kanser juga digunakan dalam perubatan Cina.
.
.
.
# 10 Ophiocordyceps
Cendawan yang tumbuh daripada kepala
"zombi" semut dalam hutan hujan Brazil. Spesies kulat boleh menjangkiti
seekor semut, mengambil alih otak, dan kemudian membunuh serangga tersebut
sebaik sahaja ia bergerak ke lokasi yang ideal untuk kulat berkembang dan
menyebarkan spora mereka.disebabkan
oleh perubahan iklim dan pembasmian hutan, kata David Hughes, ketua bagi kajian entomologi di Penn State University.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan