Rabu, Mei 19, 2010

Masalah lalat kecil

Salam.
.
Pagi tadi saya menerima satu sms daripada pelanggan saya dari Sabah yang bertanyakan tentang masalah beg media cendawan yang ada lalat kecil bersarang di dalamnya. Apa tindakan yang patut diambil untuk mengatasinya?
.
Saya rasa pernah dengar masalah ni dan ada yang candangkan guna EM semasa proses penyediaan beg media dan juga semburkan semasa peram.
.
Jika rakan-rakan secendawan boleh bantu, sila komen di sini atau emailkan saya di nizamsky@gmail.com. Terima kasih.

Selasa, Mei 04, 2010

Lagi ladang cendawan di Kelantan

.
KUALA LUMPUR 22 Feb. – Jabatan Pertanian Negeri Kelantan bersedia untuk menggalakkan perladangan dan pemprosesan cendawan di bawah pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
.

Malaysia kini mengeluarkan 24,000 kilogram cendawan setiap hari, masih jauh daripada permintaan tempatan sebanyak 50,000 kilogram.

.

Untuk menggalakkan peladang menanam tanaman itu, jabatan itu menganjurkan pelbagai kursus latihan mengenai penanaman cendawan dan pemprosesan makanan, kata ECER dalam kenyataannya.

.

Antara peserta yang mendapat faedah daripada kursus itu ialah Rosmaizan Che Abdullah, yang memulakan perniagaan cendawan goreng dengan jayanya.

.

“Saya mula dengan menjual 20 bungkus cendawan goreng pada September tahun lalu, dan nampaknya ia menjadi makanan ringan yang digemari. Sekarang, pengeluaran telah meningkat kepada enam kilogram cendawan setiap hari bagi pengeluaran lebih daripada 100 bungkus cendawan goreng,” kata Rosmaizan.

.

Sasaran beliau ialah untuk menjual 500 bungkus cendawan goreng dan memasarkan produk itu di pasar raya di seluruh Kelantan dan negeri lain.

.

Cendawan tiram yang dikeluarkan dikatakan boleh merangsang pengedaran darah dengan lebih baik sambil menurunkan tekanan darah, pengumpulan lipid dan paras glukosa.

.

Setakat tahun lepas, sebanyak 334 ladang komersial cendawan ditubuhkan di Malaysia, dengan Johor mencatatkan bilangan tertinggi sebanyak 67 buah ladang.- Utusan Online

a> Related Posts with Thumbnails