Ahad, Februari 24, 2008

Pakej Membuat Rumah Cendawan

..
Matlamat utama saya mengendalikan Cendawan Global ialah untuk menjadi satu platform dan rujukan kepada seluruh pengusaha, peminat cendawan dan juga bakal usahawan yang memilih untuk menanam cendawan sebagai pilihan kerjaya samada separuh masa mahupun sepenuh masa.
..
Sepanjang tempoh bermula dari bulan Julai 2007 sehingga sekarang, banyak perkembangan tentang cendawan yang saya sendiri lihat dari segi kesedaran orang ramai, wujudnya blog-blog cendawan dan juga urusniaga terhasil daripadanya.
..
.
Bagi melengkapkan lagi perkhidmatan dan fungsi Cendawan Global, saya dengan rasminya melancarkan Pakej Pembinaaan Rumah Cendawan dengan kerjasama daripada Mentah Resources. Tujuannya ialah untuk memudahkan kepada anda bakal penanam cendawan membina rumah cendawan tanpa risaukan tentang bagaimana menyiapkannya pada kos yang berpatutan dan dalam bajet yang ada.
..
Pakej ini lebih diutamakan kepada anda yang tinggal di sekitar Lembah Klang bagi memudahkan urusan logistik dan juga perkara yang berkaitan.
..
....
Berikut adalah senarai pakej berkenaan:
.. ..
Pakej 1
Harga : RM12,200
Spesifikasi : Rumah Cendawan 15' x 15'
......................Bongkah cendawan 3500
......................Pengangkutan
Jangkaan hasil dalam 6 bulan : (3500 x 0.4 x RM8) : RM11,200
..
Pakej 2
Harga : RM24,000
Spesifikasi : Rumah cendawan 20' x 30'
......................Bongkah cendawan 10,000
......................Pengangkutan
Jangkaan hasil dalam 6 bulan : (10000 x 0.4 x RM8) :
RM32,000
..
Pakej 3
Harga : RM37,000
Spesifikasi : Rumah cendawan 30' x 40'
......................Bongkah cendawan 25,000
... ..................Pengangkutan
Jangkaan hasil dalam 6 bulan : (25,000 x 0.4 x RM8) : RM80,000

Pakej 4
Harga : RM64,000
Spesifikasi : Rumah cendawan 30' x 60'
......................Bongkah cendawan 35,000
......................Pengangkutan
Jangkaan hasil dalam 6 bulan : (35,000 x 0.4 x RM8) : RM112,000

Pakej 5
Harga : RM87,000
Spesifikasi : Rumah cendawan 30' x 80'
......................Bongkah cendawan 50,000
......................Pengangkutan
Jangkaan hasil dalam 6 bulan : (50,000 x 0.4 x RM8) :
RM160,000
..
Satu lagi kelebihan kepada mereka yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang ialah sebagai pelanggan pakej ini, anda boleh memohon untuk menandatangani 'contract farming' dengan syarikat ini. Maknanya, Mentah Resources akan membeli hasil keluaran cendawan anda pada harga tertentu dan anda tidak perlu risaukan tentang masalah untuk memasarkan keluaran cendawan anda. Lagipun bekalan bahan mentah bagi penyediaan media cendawan sedia ditawarkan pada bila-bila masa mengikut pesanan.
..
Saya akan kemas kini maklumat lanjut termasuk gambar yang berkaitan. Pada masa kini, hasil kerjasama, kami dalam peringkat akhir untuk memulakan satu projek di Subang Jaya dan Melaka pada masa terdekat dan saya akan update perkembangannya nanti. Pastinya ia akan menjadi projek perintis CG dan membuka lebih banyak lagi peluang untuk pengusaha dan bakal usahawan cendawan yang memilih bidang ini sebagai sumber pendapatan tambahan mereka.

Anda boleh hubungi saya (019-758 9774) untuk tetapkan masa dan tarikh bagi membincangkan urusan pembinaannya.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails