Rabu, Jun 04, 2008

Pengusaha Cendawan Sg. Balak Cheras

...
Sg. Balak Cheras 3 Jun - Lahirnya seorang lagi usahawan cendawan hasil bimbingan dan latihan daripada CendawanPuchong. En. Johari namanya. Bermula dengan menjadi driver lori kepada seorang temannya yang ingin membeli 3000 beg cendawan di CendawanPuchong telah menarik minatnya untuk belajar menanam cendawan.
..
Jadi, pihak CendawanPuchong telah menawarkan kursus kepada beliau. Tamat sahaja kursus, beliau bersama 2 orang rakannya telah membina bangsal (bertukang sendiri) dan lengkap semuanya dalam 1 bangunan. Bermakna bangunannya memang besar lengkap dengan tempat simpanan habuk kayu, tempat proses, kukus, peram dan ruangan suntik. Bilik hasil juga ada. WOW!!!! Sungguh bersemangat dan gigih.
..

..
Atas kegigihan dan bersungguhnya beliau ini, maka tak sampai 1 bulan sebanyak 5,000 beg telah berjaya dihasilkan dengan 98% berjaya. Pihak CendawanPuchong kerap melawat di samping memberi lagi beberapa tunjuk ajar, cara penjagaan kualiti dan tip-tip tambahan perasa bagi meningkatkan lagi mutu dan juga produktiviti pengeluaran cendawan.
...

Setakat ini, Alhamdulillah. Beliau sudah mula dikenali dan telah sibuk menerima kunjungan dan lawatan individu-individu yang berminat dan yang paling syok lagi ialah harga cendawan bagi 100g di tempat beliau ialah RM2.50. Manyak syok!!!!
.. ...
So, kepada sesiapa yang nak mengenali beliau atau ingin berguru dengan beliau bolehlah menghubungi terus no telefon ini : 012-263 2605.

..

Nota Cendawan Global: Inilah yang dikatakan ciri-ciri seorang usahawan yang berpotensi untuk berjaya, di mana beliau melihat peluang, kumpulkan pasukannya dan mendapat keuntungan daripada peluang yang diambil. Tahniah kepada En. Johari daripada Cendawan Global.

..

...

Kepada anda yang berhajat dan mempunyai semangat membara untuk menceburi bidang ini serta ingin mendapatkan tip dan tunjuk ajar daripada sifu cendawan, pendaftaran dibuka sekarang dan anda boleh pilih tarikh kursus yang sesuai kerana En. Zul dan teamnya bersedia membantu anda merealisasikan rancangan bisnes cendawan anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!....

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails