Selasa, Ogos 26, 2008

Potensi Penanaman Cendawan di Jerteh

Hari Jumaat, 25 Ogos lepas, saya mengambil kesempatan bercuti untuk melawat keluarga di kampung di Seberang Jerteh, Terengganu. Tempoh masa cuti yang agak lama digunakan sepenuhnya untuk meninjau kawasan berhampiran rumah untuk dijadikan tapak komersil penanaman cendawan tiram kelabu nanti.
...
Kawasan tak lah luas sangat tapi kalau nak bina 2 buah rumah cendawan bersaiz 20' x 40' pun boleh. Yang lebih menggalakkan ialah adanya sokongan daripada keluarga dan juga bakal rakan kongsi. Kajian pasaran dah buat serba sedikit. Kiranya kalau ada projek kat kampung, lebih keraplah boleh balik berbanding sekarang. Tidak lama lagi proses pembinaan rumah cendawan akan dibuat termasuk kos dan modal yang terlibat . Perancangan awal pada pertengahan September nanti.

...
Saya juga berkesempatan berjumpa dengan seorang pengusaha cendawan yang dah pun memulakan projeknya di kampung berhampiran iaitu Kg. Pengkalan Sentul, En. Shauki. Sempatlah bertukar-tukar info tentang bekalan bahan-bahan mentah cendawan di sini dan saya juga membeli beg cendawan beliau sebagai sampel.
...
Dalam masa seminggu dua ni, proses perbincangan akan dibuat dengan bakal rakan kongsi tentang cara memulakan projek dan besar kemungkinan kami akan membeli dahulu dalam 1,000 ke 2,000 beg yang telah siap untuk diperam sementara mendapatkan pembekal bahan mentah dan pembinaan bangsal cendawan siap nanti.
....
Menurut En. Shauki, harga di kawasan ini boleh dikatakan agak rendah kerana adanya persaingan daripada pengeluar Siam yang menawarkan pada harga yang jauh lebih murah tetapi saya yakin dengan strategi pemasaran yang akan dibua t boleh mengatasi masalah berkenaan. Jadi, bersedialah rakan-rakan dan bakal pemborong dan pelanggan cendawan kerana Cendawan Global akan mula mengusahakan sendiri cendawan tiram kelabu secara komersil sebelum akhir tahun ini.
...
Saya akan kemas kini perkembangan dari masa ke semasa. Buat masa ni, gambar pun lupa nak ambik, lain masa nanti.

...
Kepada yang berminat untuk mendalami ilmu penanaman cendawan, rakan saya dari CendawanPuchong akan menganjurkan kursus yang terakhir bagi bulan Ogos sebelum berehat untuk memberi laluan kepada bulan Ramadhan dan Hari Raya. Pendaftaran di buka sekarang.

...


Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails