Rabu, Januari 07, 2009

Tanaman cendawan semakin diminati

20,000 pengusaha bumiputra sertai usaha penanaman komersil yang menawarkan hasil lumayan.
..
Oleh Ahmad Fiesal Othman
Petikan daripada : Berita Harian, 3 Januari 2009
....
..
Tanaman cendawan adalah antara industri semakin berkembang di Malaysia kerana iklim dan cuaca negara ini bersesuaian bagi menanamnya secara komersil.
..
Cendawan bukan sahaja enak dimakan dengan pelbagai jenis masakan, malah ia juga mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan, selain ada jenis tanaman itu yang boleh dijadikan ubat bagi merawat penyakit tertentu.
..
Permintaan terhadapnya yang cukup menggalakkan serta harga yang tinggi di pasaran menjadikan cendawan semakin mendapat tempat di kalangan pengusaha tempatan dan dianggarkan ketika ini ada kira-kira 20,000 pengusaha bmiputera menceburi bidang itu.
..
Berikutan potensinya, beberapa syarikat menawarkan kursus cara penanaman cendawan dan antara yang popular ialah Mofamag Resources di Puchong, Selangor.
..
Mofamag Resources menawarkan kursus intensif memproses, menanam dan menuai cendawan tiram selain membekal beg atau bongkah cendawan berbenih (polybag) yang dikenali sebagai ‘beg media’ yang sedia mengeluarkan hasil.
..
Pengurus operasinya, Zulkifli Arif Mohd Hanafiah, berkata Mofamag Resources membekal cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya ‘Pleurotus Sajor-caju’ serta menawarkan khidmat kursus intensif memproses, menanam, menuai cendawan tiram secara teori dan praktikal menggunakan kaedah pembajaan E.M. (Efektif Mikrob-teknologi Jepun).
..
Katanya, ada kira-kira 2,500 species cendawan secara keseluruhannya tetapi cendawan yang paling popular ialah cendawan tiram.
..
Beliau berkata, penanaman cendawan mampu menjana pendapatan lumayan berikutan penawarannya yang kurang berbandibg permintaan selain harganya yang agak mahal di pasaran iaiatu antara RM10 hingga RM15 sekilogram bagi cendawan tiram.
..
"Mofamag Resources menyediakan khidmat A-Z (keseluruhan) untuk tanaman cendawan iaitu dari kursus yang disertai teori dan praktikal hingga kepada membekal benih dan nasihat serta kepakaran dan kelengkapan untuk memulakan perusahaaan tanaman cendawan.
..
"Untuk benih cendawan, kami mempunyai kapasiti pengeluaran kira-kira 20,000 bongkah cendawan sebulan yang dijual pada harga RM1.40 satu beg dan perkhidmatan penghantaran adalah percuma untuk kawasan lembah klang,” katanya dalam satu temubual di Puchong, baru-baru ini.
..
Zulkifli yang mendapat latihan dan bimbingan dalam bidang penanaman cendawan daripada Jabatan Pertanian berkata, syarikatnya mula menawarkan kursus penanaman cendawan yang disertai dengan teori dan praktikal secara kecil-kecilan sejak 2005 sebelum aktif mengusahakan sejak setahun lalu.
..
Katanya, selain menjadi masakan digemari, cendawan tiram kelabu sebenarnya mempunyai khasiat mampu mengawal atur darah-anti-trombotik, merendahkan kan tekanan darah dan kandungan glukosa serta lipid; meningkatkan system imunisasi badan melawan jangkitan virus dan bakteria; merencatkan tumbesaran tumor dan sebagai antioksida serta aktiviti pelindung gen.
..
Beliau berkata proses tanaman cendawan adalah mengikut tiga peringkat 'rumah' penghasilan iaitu rumah proses, rumah peram dan rumah hasil.
..
"Cendawan mempunyai jangka hayat tiga bulan (semusim) dan setiap beg media mampu mengeluarkan enam kali hasil dalam tempoh berkenaan," katanya.
..
Katanya, proses di rumah peram dianggap paling kritikal kerana pekerja dan bilik mestilah bersih serta perlu disembur ubat pembasmi kuman sebelum beg media dimasukkan ke situ dan diletakkan di rak peram.
..
"Beg media yang menunjukkan pertumbuhan positif iaitu berisi cendawan kelabu seakan-akan putih yang banyak akan dipindahkan ke rumah hasil, manakala yang bertukar warna oren atau hitam akan disingkirkan kerana dikategorikan sebagai rosak,”katanya.
..
Zulikifli menjelaskan, proses di rumah hasil agak rumit dan memerlukan penelitian kerana di situlah cendawan akan bercambah dan membesar sebelum dipetik.
..
Beliau tidak menafikan wujud juga risiko tanaman musnah dan rosak akibat dijangkiti penyakit dalam mengusahakan penanaman cendawan sekiranya ia tidak dijaga dengan baik serta tidak mempunyai pengetahuan cukup berkaitannya, tetapi risikonya amat kecil.
..
Mereka yang beminat menyertai kurus tanaman cendawan dianjurkan Mofamag Resources atau mendapatkan benih cendawan boleh melayari http://cendawanpuchong.blogspot.com/.
..


..
"Penanaman cendawan mampu menjana pendapatan lumayan berikutan penawarannya yang kurang berbanding permintaan selain harganya yang agak mahal di pasaran." ..

...
Zulkifli Ariff Mohd Hanafiah
Pengurus Operasi
Mofamag Resources
...

Nota Cendawan Global: Saya mengucapkan tahniah buat rakan bisnes saya En. Zul sebab dah masuk paper atas usaha dan komitmen beliau dalam bisnes cendawan. Ternyata industri ini mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan. Satu contoh sikap seorang usahawan yang boleh berjaya pada masa hadapan.


Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails