Isnin, Jun 08, 2009

Samosa Cendawan

BAHAN-BAHAN:
..
  • 1/2 kg kentang
  • 1/2 kg Cendawan Tiram Kelabu - cincang
  • 750 ml minyak masak
  • 20-30 keping popia
  • 50 gm rempah kari
  • Garam
  • Gula
..
BAHAN CINCANG:
..
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
..
CARA MEMBUAT:

1. Kentang dikupas kulit dan dipotong empat. Kemudiannya direbus sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya.
..
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan tumiskan seketika.
..
3. Tuangkan bahan tumisan ini di dalam rebusan kentang. Masukkan cendawan, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga kering dan angkat. Sejukkan inti samosa ini seketika.
..
4. Letakkan sedikit inti di dalam kulit popia. Lipat tiga segi lalu goreng sehingga kekuningan.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails