Jumaat, Ogos 07, 2009

London Eye


Salam.
..
Hari ni cerita lain daripada cendawan, pasal London. Lepas tiga minggu kat sini, banyak tempat saya dah lawati dan pelbagai perkara menarik yang berlaku. Minggu lepas tinggal sorang2 je sebab kawan-kawan ramai dah balik dulu. Minggu ni baru datang lagi dua orang so ada la geng nak teman pegi jalan-jalan.
..
Saya tinggal di apartmen Gainsbrough House, Casillis Road, Canary Wharf. Tengah bandar London. Menurut maklumat, kalau sewa kat sini dalam £600 seminggu. Kira bertuah sebab syarikat yang tanggung hehe.
..
Misi minggu ni dan seterusnya, ambik gambar banyak2, pegi tempat yang belum pegi lagi. Masalah kat sini makanan halal susah skit lah tapi sebab sekarang ni musim panas takde masalah nak jalan-jalan.
..
Memang kebanyakan barang diaorang mahal, tambah kalau nak fikir convert ke RM sebelum beli, tak terbeli.
..

..
Apapun, sistem pengangkutan awam dia memang canggih, diaorang panggil tube. Rondalah area sini satu hari sampai lenguh kaki. Satu lagi, saya nampak banyak peluang bisnes boleh dibuat kat sini. Ingat nak buat satu bisnes venture satu hari nanti dan bila dah kaya nak bawak famili lak datang.

Saya kongsikan gambar untuk tatapan semua.
..
Salam dari London
6 Ogos 2009

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails