Jumaat, November 13, 2009

3 Jenis Cendawan Pemangkin Sistem Imun

Terdapat beberapa jenis cendawan atau fungus yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan kepada sesiapa yang mengambilnya. Pada masa ini semakin banyak kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap cendawan-cendawan yang telah banyak banyak digunakan oleh orang zaman dahulu untuk memperbaiki kualiti kesihatan mereka.
.
Berikut ialah tiga jenis cendawan atau fungus yang banyak digunakan untuk mempertingkat kualiti kesihatan iaitu Ganoderma, Agaricus dan Cordyceps.
.
Ganoderma
Ganiderma Lucidum juga dikenali dengan nama Lingzhi di kalangan orang Cina ataupun Reishi di kalangan orang Jepun. Cendawan ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional orang Jepun dan China.

..
Traditional Chinese Medicine (TCM) contohnya telah menggunakan cendawan ini dalam sistem perubatannya sejak 2000 tahun dahulu untuk meningkatkan tenaga, daya ingatan, memanjangkan umur dan melambatkan kesan penenuaan.
.
Ia adalah sejenis cendawan yang hidup pada kayu yang telah mati. Cendawan ini mempunyai rasa yang pahit dan tidak digunakan di dalam masakan. Walau bagaimanapun, ada juga yang menjadikan ia sebagai teh.
.
Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati ganoderma telah menunjukkan keberkesanannya dalam membantu mempertingkat sistem imun apabila seseorang itu semakin berusia. Kajian-kajian ini mendapati penggunaan ganoderma berupaya untuk meningkatkan aliran darah, memperbaiki sistem saraf, meningkatkan peluang untuk sembuh daripada barah, meningkatkan sistem imun dan mempunyai kesan anti oksida yang tinggi.
.
Keupayaan ganoderma untuk membantu merawat barah disebabkan oleh agen anti kanser iaitu polysakarid dan germanium yang terdapat di dalamnya, ia membantu mempertingkatkan dan menyelaras sistem endoktrin yang meningkatkan peredaran darah dan menghapuskan radikal bebas.
.
.
Mengikut kajian, ia juga boleh mengurangkan kesan toksik yang terhasil daripada sesi kemotreapi dan radioterapi.
.
Agaricus
Agaricus (Cendawan Butang) ialah cendawan yang berasal daripada Brazil dan ramai penyelidik yang percaya bahawa ia antara cendawan yang sangat menakjubkan yang pernah ditemui. Cendawan ini semakin banyak digunakan sebagai makanan tambahan oleh mereka yang mahu meningkatkan sistem imun mereka dan ia juga mengandungi beta glucan yang tinggi.
. .
Beta glucan ialah sejenis polisakarid yang ditemui dalam cendawan yang mempunyai khasiat dari segi kesihatan. Beta glucan diketahui dapat menjadikan sistem imun lebih peka dan seimbang.
.
Kajian-kajian yang dijalankan mendapati ia boleh meningkatkan sistem imun tubuh dan juga sebagai anti kanser. Ia meningkatkan pengeluaran interferon dan interleukin, mengurangkan tekanan darah tinggi, gula di dalam darah, tahap kolesterol dan kesan arterioklorosis, anti radang dan anti alergi.
.
Cordyceps
Cordyceps juga dikenali sebagai nama Chinese caterpillar fungus. Ini disebabkan oleh cordyceps adalah jenis parasit yang hidup dan membesar pada larva ulat bulu. Pada zaman dahulu orang cina menganggap cordyceps sebagai serangga yang hidup pada musim sejuk dan bertukar menjadi tumbuhan pada musim panas.
.
.
Cordyceps telah digunakan sebagai ubatan herba untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Ia dianggap mempunyai keseimbangan di antara Ying dan Yang oleh pengamal perubatan TCM (Traditional Chinese Medicine).
.
Secara tradisinya cordyceps telah digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah jantung, pernafasan, membekalkan tenaga dan juga untuk tujuan melengahkan kesan penenuaan.
.
Mengikut kajian, cordyceps meningkatkan peredaran darah ke organ-organ tubuh terutamanya bahagian otak.
.
Cordyceps juga didapati bioleh mempertingkatkan penggunaan oksigen oleh tubuh badan serta membantu mereka yang mempunyai masalah asma dan bronkitis. Ia mengandungi antioksidan yang menghentikan kerosakan selular serta menghalang radang daripada terjadi.
.
Oleh kerana banyak faedah dari segi kesihatan yang diperolehi daripada cordyceps, pada masa kini semakin banyak kajian dan penyelidikan dijalankan untuk mengetahui keberkesannya dalam membendung dan merawat penyakit kronik daripada terjadi terutamanya kanser.
.
Walaupun cendawan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan, mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan penyakit kronik masih perlu untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit mereka.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails