Khamis, Mei 02, 2013

Cendawan - Industri Pertanian Bernilai Tinggi


  • RECENT POSTS
  • Sahabat-sahabat Industri Cendawan,
    Baru-baru ini saya telah mewakili Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia menghadiri mesyuarat mengenai Dasar Agromakanan Negara (DAN) di Putrajaya.

    Dalam Dasar Agromakanan Negara, 2011-2020 - cendawan telah dipilih sebagai salah satu daripada 7 Industri Khusus dan kategorikan sebagai Industri Pertanian Bernilai Tinggi setanding dengan Sarang Burung Walit, Akuakultur, Ikan Hiasan, Rumpai Laut, Herba & Rempah-Ratus dan Florikultur. Oleh itu kita kena membantu Urusetia (Jabatan Pertanian) untuk mengumpul maklumat-maklumat mengenai cendawan.
    Di sini saya meminta kerjasama penanam-penanam cendawan supaya memaklumkan kepada saya mana-mana persatuan/koperasi berkaitan industri cendawan diperingkat negeri yang anda tahu/sertai. Tolong PM saya dan berikan nama Persatuan/Koperasi, Pengerusi/Pengurus dan Contact Number nya sekali. Terima kasih dengan kerjasama anda.
     Cendawan Global: Sekiranya anda mempunyai apa-apa maklumat cendawan di kawasan anda, bolehlah hubungi Puan Normah Ibrahim bagi bersama-sama kita kembangkan industri cendawan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kini.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails