Jumaat, Mac 21, 2014

Projek cendawan global di Johor pun bermula


Alhamdulillah..bermula bulan Mac 2014, Cendawan Global memulakan projek cendawan di Kota Tinggi, Johor. Target pengeluaran ialah sebanyak 20,000 bongkah untuk permulaan dan akan ditambah jumlah bongkah dari masa ke semasa berdasarkan sambutan dan permintaan daripada pelanggan.


Kami juga menwarkan tempahan bongkah untuk bakal pengusaha cendawan di seluruh Malaysia dan khusunya buat warga Johor yang berdekatan. Apabila siap pada bulan depan, kami akan buka pintu seluas-luasnya untuk anda datang dan melawat ladang kami. Kehadiran anda amat dialu-alukan. 

Adik, salah seorang krew kami sedang beraksi. Beliau sedang menguji skil mengimbangkan diri.

 Saya dengan gaya je yang lebih, hehe.
Gambar rumah cendawan. Empat buah daripada enam buah keseluruhannya. Boleh memuyatkan sehingga 60,000 bongkah cendawan.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi saya / whatsapp di 019-7589774 (Nizam) atau emailkan ke nizamsky@gmail.com 

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails