Sabtu, November 15, 2014

Kursus Agropreneur Muda Cendawan 2014

Assalam.

Saya merasa amat bertuah kerana terpilih untuk menghadiri kursus agropreneur muda cendawan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian bertempat di PBU, Pagoh.

Seramai 29 orang peserta berkampung selama 4 hari bermula dari 10-14 November. Ada yang paling berpengalaman yang telah mengusahakan projek cendawan lebih daripada 9 tahun hinggalah kepada yang baru 2-3 bulan memulakan projek.

Matlamat utama program ini ialah bagi melahirkan usahawan cendawan yang mampu menghasilkan pendapatan lebih RM5,000 sebulan.


Para peserta datang dari seluruh Malaysia dan kami merupakan kumpulan yang paling awal bagi Agropreneur muda cendawan. Para penceramah pula terdiri daripada pakar dari bidang masing-masing dan kami amat bertuah kerana didedahkan dengan maklumat terkini dan cara yang betul bagi menjalankan projek cendawan melalui teori dan praktikal.


Sesi wajib, bergambar di hadapan pusat latihan sebelum memulakan kelas.


Pada hari terakhir dan di majlis penutup.


Kami dibawa melawat ke ladang cendawan C & C Mushroom yang merupakan ladang cendawan terbesar di Malaysia. Pengeluaran cendawan tiram kelabu di sini ialah sebanyak 3.5 tan sehari!


Alat yang digunakan untuk mengukus bongkah.

Pejabat jualan C&C.

Sepanjang kursus, banyak maklumat baru dan berguna dapat dikutip untuk dibawa balik dan dipraktikkan di tempat masing-masing dan adalah diharapkan semoga usaha MOA untuk melahirkan usahawan muda yang berjaya di dalam bisnes cendawan akan tercapai.

1 ulasan:

fahmy berkata...

Salam... boleh bagi informasi tak macam mana nak join program Agropreneur muda cendawan ni? Ada peluang lagi x ... :)

Terima kasih ya admin.

a> Related Posts with Thumbnails