Khamis, Julai 16, 2015

Teknik Asas Penanaman Cendawan


Aktiviti Utama Penanaman Cendawan:
1. Menyediakan Beg Media Cendawan
2. Mengukus Beg Media Cendawan
3. Menyuntik Benih
4. Pemeraman Beg Media Cendawan
5. Memungut Hasil
6. Pengendalian Lepas Tuai
7. Pemasaran

Penyediaan Beg Media Cendawan

Peralatan yang diperlukan:

- Beg Plastik Tahan Panas (6cm x 13cm, tebal 0.05)
- Tutup dan Leher Beg Media, Kapas/Span Penyumbat
Projek Kecil: Penyodok besar dan kecil
Projek Besar: Mesin bancuh (Mixer), Mesin Pengisi Beg

Bahan yang diperlukan
- Dedak padi (halus)
- Kapur Pertanian
- Habuk kayu getah
- Air

Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1 mengikut berat.

Siram air sehingga habuk kayu tidak berderai apabila dikepal.

Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan padatkan sehingga tingginya 18 cm dan beratnya 1 kg.

Pasangkan leher dan tutup (penutup disumbat dengan sedikit kapas).

Jika berminat untuk menempah bongkah cendawan berbenih separa matang pada harga istimewa, boleh hubungi saya di 019-7589774 (Nizam)

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails