Isnin, Julai 09, 2018

Kulat tahun tambah pendapatan tambahan



TEMERLOH 16 April – Kemunculan cendawan tahun atau kulat tahun yang lebih banyak pada tahun ini memberi rezeki tambahan kepada penduduk di sekitar Kampung Sementeh, Lanchang, dekat sini.

Ia adalah sejenis cendawan yang tumbuh beberapa hari selepas berlakunya hujan lebat di sesuatu kawasan seperti di ladang kelapa sawit.

Bagi Nurul Sala Khanapi, 33, kemunculan cendawan yang tumbuh secara semula jadi itu memberikannya pendapatan tambahan apabila dapat menjual kira-kira 300 kilogram sehari.

“Saya terkejut kerana pada tahun-tahun sebelum ini kulat tahun tidak tumbuh sebanyak tahun ini. Sambutan diberikan pelanggan amat menggalakkan kerana cendawan ini bukannya ada setiap tahun.

“Kulat tahun juga digemari oleh masyarakat di negara ini,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurut Nurul Sala, cen¬dawan itu dijual pada harga purata RM10 sekilogram.
Selain mendapat bekalan daripada masyarakat Orang Asli, katanya, dia mengutip cendawan itu di kawasan berhampiran.

“Saya juga menghantar bekalan ke rumah pembeli yang menempahnya,” katanya.

Tiada ulasan:

a> Related Posts with Thumbnails