Isnin, Ogos 13, 2018

Pembuatan bongkah cendawan kurang diceburi

ALOR GAJAH: Ramai usahawan tani Bumiputera berani menceburi industri penanaman cendawan tiram kelabu, tetapi tidak ramai mahu menceburi sektor pembuatan bongkah cendawan.
Sebagai subsektor dalam industri penanaman cendawan, penghasilan bongkah cendawan dilihat kebanyakan usahawan sebagai aspek membebankan kos, tenaga dan masa.
Ini kerana, mereka berpendapat daripada membazir wang, tenaga dan masa untuk menghasilkan bongkah, lebih bermanfaat jika hanya membabitkan diri dalam sektor penanaman cendawan atau bahasa saintifiknya Pleurotus sajorcaju.
Namun, tidak bagi Mohd Syukor Ahmad, 38, yang sudah 10 tahun terbabit dalam industri itu kerana baginya jika tiada usahawan Bumiputera sanggup menceburi subsektor membuat bongkah cendawan, mereka akan mudah diperangkap dalam permainan harga ditawarkan pengeluar bongkah cendawan.
"Bukan mudah untuk menghasilkan bongkah cendawan kerana selain memerlukan modal besar, kita juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran membuatnya.
"Ini amat penting bagi memastikan usahawan tani Bumiputera tidak menjadi mangsa permainan harga pengeluar," katanya ketika ditemui di ladangnya di Kampung Gadek, di sini, hari ini.
Untuk menghasilkan bongkah cendawan berkualiti, Mohd Syukor yang juga Pengarah Urusan syarikat Sinar Syukrawie Enterprise mencampurkan habuk kayu, dedak padi gred A dan kapur pertanian dalam bongkah, sebelum mengukusnya dalam dapur khas antara tempoh tujuh hingga lapan jam.
Selepas itu, bongkah terbabit disejukkan selama 24 jam, sebelum disimpan dalam bilik yang dilengkapi alat pendingin hawa untuk menjalani proses memasukkan benih cendawan.
PEKERJA meneliti keadaan cendawan tiram kelabu bagi memastikan ia bebas penyakit di ladang cendawan di Kampung Gadek, Alor Gajah. - Foto Hassan Omar
MOHD Syukor (kanan sekali) membantu pekerja menyusun bongkah cendawan di ladang cendawannya di Kampung Gadek, Alor Gajah. - Foto Hassan Omar
"Suhu rendah dan persekitaran dingin amat penting ketika proses memasukkan benih cendawan ke dalam bongkah bagi mengelakkan benih dicemari anasir perosak seperti hama dan kumbang," katanya.
Dalam sehari, pekerja Mohd Syukor mampu menghasilkan kira-kira 1,700 bongkah cendawan tiram kelabu yang dipasarkan pada harga antara RM1.50 hingga RM2.50 seunit.
Dengan kemampuan syarikat itu menghasilkan bongkah cendawan berkualiti tinggi, Mohd Syukor mampu memasarkannya ke seluruh Melaka dan sebahagian besar negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Selain menghasilkan bongkah cendawan, usahawan berkenaan memiliki lapan rumah cendawan yang mampu memenuhi permintaan ke atas cendawan di Melaka. 
Mereka yang berminat menceburi industri berkenaan boleh melayari laman web www.sinarsyukrawie.com.my.

sumber: Berita Harian 

1 ulasan:

DUŠKA ALŽBĚTA berkata...

Saya akan sangat mengesyorkan perkhidmatan pembiayaan meridian Le_ kepada sesiapa yang memerlukan bantuan kewangan dan mereka akan membuat anda berada di atas direktori tinggi untuk sebarang keperluan selanjutnya. Sekali lagi saya memuji diri anda dan kakitangan anda untuk perkhidmatan dan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, kerana ini merupakan aset yang hebat untuk syarikat anda dan pengalaman yang menyenangkan kepada pelanggan seperti saya sendiri. Mengharapkan anda semua yang terbaik untuk masa depan. Perkhidmatan pembiayaan meridian adalah cara terbaik untuk mendapatkan pinjaman mudah, di sini ada email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau bercakap dengan Encik Benjamin Pada WhatsApp Via_ 1-989-394-3740 Terima Kasih untuk membantu saya dengan pinjaman sekali lagi dengan sepenuh hati saya bersyukur selama-lamanya.

a> Related Posts with Thumbnails