Selasa, Disember 04, 2007

Kunjungan Ilmu ke Rembau, Negeri Sembilan






.. ..


..
..
Atas jemputan rakan saya, En. Mohd Rasul, pengusaha cendawan tiram dari Rembau, Negeri Sembilan, satu lawatan yang saya suka panggil Kunjungan Ilmu telah diadakan pada 30 November 2007 (Jumaat) yang lepas. Saya bertolak dari KL pukul 7 pagi dan dijemput oleh beliau sendiri dan salah seorang partnernya, En. Din dari Seremban ke tempat rumah cendawan yang terletak di Kundur, Rembau. Lagipun eden pornah tinggal kek Negori ni 10 tahun.
....



...


..

....
..
Perusahaan cendawan ini dijalankan atas nama Ayu Naim Enterprise bermula hampir setahun yang lepas dan diuruskan bersama tiga orang rakan kongsi iaitu En. Zul (pengurus operasi - tiada dalam gambar), En. Rasul (business development) dan En. Din (logistik). Saya amat berbesar hati dan bangga kerana syarikat beliau merupakan antara pengusaha cendawan bumiputra yang berjaya di Negeri Sembilan.
..

..
Ini kerana syarikat ini mampu membina sehingga empat buah rumah cendawan yang mempunyai kapasiti sehingga 40,000 buah beg pada setiap rumah cendawan tersebut. Ramai pembekal cendawan kecil-kecilan di kawasan berdekatan datang untuk mendapatkan bekalan cendawan segar dan bahan mentah di sini..
... ....
Setibanya saya di sana terasa macam masuk kat taman tema, punyalah 'excited'. Perasaan kagum bercampur bangga kerana En. Rasul sudi berkongsi cerita dan kepakarannya serta menjadi salah seorang ahli Jaringan Cendawan Global.
....
Apa lagi, kesempatan yang ada saya gunakan sepenuhnya untuk menanyakan seberapa banyak soalan dan juga berkongsi pendapat bagi mengembangkan serta memajukan lagi bisnes ini. Rumah cendawan beliau diusahakan oleh seramai 17 orang pekerja yang dibuat secara sepenuh masa.

..


Bersama partner beliau, En. Din
..
Banyak yang telah saya pelajari dan 'business deal' dibuat hasil daripada lawatan ini dan semakin yakin bahawa industri perusahaan cendawan mempunyai potensi yang amat besar di negara ini untuk dimajukan. Cuma bagaimana kita mengambil kesempatan tersebut dan melaksanakan ia dengan sebaik mungkin bagi mencapai kejayaan yang diidamkan.
....
En. Rasul menunjukkan ribuan cendawan yang sedia untuk dituai hasilnya...
....
Kunjungan ilmu diakhiri dengan sesi bergambar dengan ribuan beg cendawan yang hanya menunggu masa untuk dipetik tidak lama lagi. Tidak lupa juga saya membawa balik buah tangan beberapa kilo cendawan segar hasil daripada ladang beliau. Yang paling penting saya membawa pulang ilmu yang bermanfaat serta tip berguna untuk diaplikasikan dan dikongsi bersama anda di Cendawan Global kelak...
..

Saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohammad Rasul, En. Din dan En. Zul kerana sudi menerima kunjungan ilmu daripada saya.

Kalau nak tau, inilah En. Rasul, yang berbaju oren tu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera,
RASE ingin mendapatkan bekalan plastik bag 6" x 13.5" dengan harga bawah RM7.50/kg, boleh tak hantar dalam minggu ini ? kuantiti sekali order 200 kg.
sila hubungi Mr. Go 019-6536313.
Terima kasih

a> Related Posts with Thumbnails