Selasa, Februari 12, 2008

Cendawan Komersil - Alah Asap dan Bau Wangi

Pembiakan Cendawan Tiram Kelabu secara komersil bukanlah satu proses yang sukar. Ia cuma memerlukan suhu yang lembap, tidak terdedah kepada cahaya matahari dan kerja-kerja suntikan benih oleh pekerja mahir, organisma ini juga mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi.



Oleh FARAH DIBA JAMALUDDIN

Dipetik dari Kosmo! 11 Feb 2008


..
Sejak lima dekad lalu, organisma kecil seperti kulapuk cendawan, yis dan kulat memberi sumbangan yang besar dalam dunia perubatan. Antobiotik pertama sendiri terdiri daripada ekstrak kulat. Ubat penicilin, tetracylene dan auremycin terhasil daripada kulapuk cendawan. Organisma ini turut digunakan untuk mengkomersilkan produk seperti roti, bir, keju asid organik dan vitamin c.
..
Pil Vitamin C yang anda ambil selama ini juga berasal daripada ekstrak sejenis kulapuk cendawan. Ini adalah antara khasiatnya yang tidak diketahui ramai.
,, ..
Cendawan hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan. Mengapa?
..
Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral, tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan. Lantaran itu, tidak hairanlah cendawan yang popular dalam kuisin masyarakat Cina kini sudah menghiasi kulinari dunia. Di Malaysia, populariti cendawan melonjak kerana permintaannya yang tinggi.
..
..
Hari ini terdapat pelbagai jenis cendawan di pasaran. Salah satu yang semakin popular ialah Cendawan Tiram Kelabu. Tetapi tahukah anda, Cendawan Tiram Kelabu alah kepada bau-bauan dan asap seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya?
..
Malah tanaman tersebut juga memerlukan kelembapan suhu sekitar 28 darjah Celsius pada waktu siang dan 25 darjah hingga 26 darjah Celsius pada waktu malam. Berbeza dengan tumbuhan lain yang memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk melakukan proses fotosintesis, cendawan memerlukan 90 peratus kegelapan bilik dan berkeadaan tertutup untuk ia membiak dengan sihat.
.. ..
Salah seorang pengusaha tanaman cendawan tiram kelabu di negeri Terengganu, Wan Hassan Wan Nawang, 48, memberitahu tanaman cendawan memerlukan kelembapan yang mencukupi untuk pertumbuhannya dan tidak memerlukan penjagaan yang sukar.
..
"Bagi memastikan tumbuhan itu mendapat kelembapan yang secukupnya, saya telah membina rumah cendawan yang dikenali sebagai green house atau rumah hijau.
..
"Rumah hijau itu diperbuat daripada daun nipah yang dijadikan atap dan dinding yang berupaya memberi kelembapan secara semula jadi.
..
"Selain itu, pekerja-pekerja saya akan menyiram air ke atas lantai sebanayak dua kali sehari bagi melembapkan suhu di dalam rumah hijau itu pada waktu pagi dan tengah hari,"
..
katanya ketika ditemui di rumah cendawan miliknya yang terletak di Kampung Bukit Jong, Tepoh, Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Wan Hassan yang dibantu anak lelaki sulungnya, Wan Hafizi Wan Hassan, 24, mengusahakan projek tanaman tersebut sejak Oktober tahun lalu bersama 20 pekerja lain.
..
Bekerja di rumah cendawan Wan Hassan, beliau mempunyai pantang larang tambahan yang mungkin kedengarannya agak pelik.Jikau di tempapt kerja lain, memakai pewangi digalakkan semasa bertugas tetapi di rumah hijau cendawan Wan Hassan mengharamkan pekerja-pekerjanya daripada merokok dan memakai bau-bauan. Peraturan itu penting bagi mengelakkan implikasi yang tidak diingini kepada tumbuhan itu kerana ia amat sensitif kepada unsur-unsur tersebut.
..
"Cendawan tidak boleh terdedah dengan asap atau bau-bauan yang terlalu kuat. Ini akan menjejaskan pertumbuhan dan kualitinya. Saya amat menitik beratkan mutu produk yang dihasilkan," katanya.
..
Wan Hassan sekarang memiliki tiga buah rumah cendawan seluas 20x80 kaki setiap satu. Ia berupaya memuatkan 30,000 bongkah kayu cendawan pada satu-satu masa.
..
Lelaki ini memulakan projek tanaman itu setelah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan Jabatan Pertanian Muar, Johor yang banyak memberi bimbingan dan nasihat kepadanya tentang projek tanaman itu.
..
Sebelum cendawan mengeluarkan hasil, perkara pertamaa yang perlu dilakukan adalah membuat bongkah yang merupakan tempat di mana tumbuhan itu akan dibiakkan. Kerja-kerja membuat bongkah dilakukan oleh lapan orang pekerja Wan Hassan yang bermula daripada memasukkan habuk kayu getah, dedak padi halus yang dicampurkan dengan kapur pertanian ke dalam mesin adunan khas sehingga sebati.
..
Wan Hassan berkata, adunan tersebut akan dimasukkan ke dalam bungkusan plastik yang disediakan dengan anggaran berat satu kilogram bagi setiap satu bungkus bongkah.
..
"Kemudian, bongkah-bongkah tersebut akan ditutup dengan penutup khas agar ia tidak dicemari bakteria-bakteria dari persekitaran luar.
..
"Bongkah-bongkah cendawan tersebut perlu berada dalam keadaan sederhana lembap yang terdiri daripada campuran air bagi menggalakkan pertumbuhan cendawan," katanya.
..
Setiap hari sebanyak 1,000 unit bongkah dapat dihasilkan sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengewap bagi menghapuskan bakteria yang terdapat pada bongkah-bongkah tersebut.
..
"Mesin pengewap itu mampu mensterilkan 1,000 unit bongkah cendawan sehari untuk tempoh lapan jam sebelum ia dibiarkan selama 48 jam di luar.
..
"Selepas tamat tempoh tersebut, bongkah-bongkah cendawan itu akan diberi suntikan benih dengan anggaran satu sudu besar benih kulat tiram kelabu melalui penutup khas yang akan dibuka seketika untuk tujuan itu," katanya.
..
Jelas beliau yang yang memperolehi benih cendawan daari Johor dan Selangor, kerja-kerja suntikan itu akan dilakukan oleh seorang pekerja mahir.
..
"ini kerana kerja-kerja suntikan adalah tugasan yang paling penting dan perlu dijaga rapi kerana pada pada peringkat ini aspek kebersihan amat dititik beratkan dan kecuaiannya boleh menyebabkan penghasilan keluaran yang kurang baik.
..
"Oleh itu, pekerja tersebut perlu sentiasa berkeadaan bersih dan memakai uniform khas. Sekiranya dia keluar dari bilik suntikan itu, dia dikehendaki memakai pakaian lain. Bilik suntikan juga perlu bersih, " katanya yang mengakui proses menjaga cendawan bagaikan menatang minyak yang penuh.
..
Kemudiannya, setelah selesai tugasan menyuntik itu, cendawan-cendawan itu akan dibawa masuk ke dalam rumah hijau dan diletakkan di atas rak-rak yang ditetapkan. Seorang pekerja akan mencatat rekod seperti tarikh masuk dan tempoh bila ia akan dibuka.
..
Cendawan kulat tiram kelabu akan mengeluarkan hasilnya yang pertama pada hari ke-60 dan ke-60 iaitu apabila pentupnya boleh dibuka dan hasilnya dapat dipungut.
..
Seterusnya, penutup tersebut akan ditutup semula dalam tempoh seminggu sebelum ia dibuka semula bagi mendapatkan hasil yang seterusnya.

Tembusi pasar raya Giant
..
CENDAWAN-CENDAWAN yang dikutip itu akan dibungkuskan oleh dua orang pekerja sebelum ia dihantar ke pasar raya Giant dan peniaga-peniaga lain serta orang perseorangan di sekitar Kuala Terengganu.
...
Apa yang membanggakan Wan Hassan, hasil tanamannya itu berjaya menembusi pasaran tempatan dengan memasuki Giant Kuala Terengganu sejak awal bulan Januari lalu.
..
Menurut Wan Hassan, itu cuma permulaan dan beliau berhasrat memasarkan produknya itu ke semua rangkauan pasar raya Giant di samping beberapa pasar raya lain di seluruh Malaysia.
..
Jelas beliau, para penggemar cendawan boleh membeli cendawan tersebut di Giant Kuala Terengganu pada harga yang berpatutan iaitu RM1.49; 100 gram, RM2.49;200 gram dan RM4 bagi cendawan yang beratnya 500 gram. Kesemua produk cendawan itu telah disejuk beku dan tahan untuk tempoh 10 hari.
..
Menyentuh mengenai rancangan masa depannya, Wan Hassan berkata, beliau ingin memasarkan tanamannya itu ke luar negara.
..
"Matlamat saya ialah untuk mengembangkan lagi tanaman cendawan ini, malah tidak mustahil untuk menembusi pasaran antarabangsa.
..
"Secara tidak langsung ia akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar kampung ini," katanya.
..
NOTA CG : Inilah contoh dan ciri-ciri usahawan yang berjaya kerana beliau nampak peluang yang ada, kumpulkan sumber yang ada dan memperolehi keuntungan daripada usaha yang dilakukan. Sekali lagi, sebagai anak Terengganu, saya merasa bangga kerana seorang lagi anak watan bakal memperolehi pendapatan lumayan hasil daripada bisnes cendawan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]discount mountain software, [url=http://firgonbares.net/]buy photoshop online[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] downloadable software software to store information
oem software review [url=http://firgonbares.net/]adobe photoshop cs3 installation lost cd[/url] software market discount
[url=http://firgonbares.net/]educational learning software[/url] adobe acrobat 9
[url=http://firgonbares.net/]microsoft software programs[/url] where to buy adobe software
cheap childrens software [url=http://firgonbares.net/]software for retail store[/b]

Tanpa Nama berkata...

[url=http://murudobaros.net/][img]http://murudobaros.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]microsoft money software, [url=http://murudobaros.net/]office project software[/url]
[url=http://murudobaros.net/]buy and sell software[/url] prices of softwares version of photoshop to buy
microsoft freeware software [url=http://murudobaros.net/]cheap software to[/url] buy macromedia flash
[url=http://murudobaros.net/]quarkxpress project viewer[/url] filemaker pro 10 basics
[url=http://murudobaros.net/]windows vista installer problems[/url] nero 9 torrent
macromedia flash software for free [url=http://murudobaros.net/]nero 9 activation crack[/b]

Tanpa Nama berkata...

[url=http://bariossetos.net/][img]http://vonmertoes.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]music production software academic, [url=http://vonmertoes.net/]software store locator[/url]
[url=http://vonmertoes.net/][/url] 1 Mac cheap microsoft office standard
software stores london [url=http://bariossetos.net/]windows vista backgrounds[/url] buy softwares online
[url=http://bariossetos.net/]discount adobe software[/url] key acdsee
[url=http://bariossetos.net/]software at a discount[/url] 2008 Standart Edition Mac
cheap music software [url=http://hopresovees.net/]microsoft software manager[/b]

Tanpa Nama berkata...

[url=http://bariossetos.net/][img]http://hopresovees.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]source shop software, [url=http://bariossetos.net/]of software stores[/url]
[url=http://hopresovees.net/][/url] bmc software stock price discount software windows xp
Bento 2 Mac Readiris [url=http://bariossetos.net/]web office software[/url] office 2003 vista
[url=http://hopresovees.net/]discount software and[/url] used software stores
[url=http://bariossetos.net/]22microsoft office 2003 ...[/url] adobe photoshop cs4 for mac
instinct software store [url=http://hopresovees.net/]download acdsee pro free[/b]

a> Related Posts with Thumbnails